Monday, June 24, 2013

Undian Speaker TIDAK Dijalankan Secara Rahsia?

Persidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula hari ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh 133 undi.

Sementara calon yang dinamakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman telah mendapat undi penuh daripada PR sebanyak 89 undi.

Keputusan pemilihan Speaker ini menyerupai keputusan Pilihan raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi 133 berbanding Pakatan Rakyat 89 kerusi parlimen.

Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen PR mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan Pandikar untuk mengekalkan jawatan sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat.

Pencalonan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Khalid bagi pihak PR, mencadangkan Kadir dan disokong oleh ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Oleh sebab lebih dari seorang nama dicadangkan, mengikut peraturan 4 (3), undian bersurat dilakukan dan Dewan mengedarkan kertas undi kepada ahli-ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, keadaan tenang pada pemulaanya bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama (masing-masing) di kertas undi.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.

Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu.

"Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.

Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli Parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.



Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang.

81 comments:
Write comments
  1. Aapakah nanti SPR pun minta pengundi tulis nama dan IC di kertas undi!

    ReplyDelete
  2. Apa pun tahniah kepada pendikar Amin Mulia sekali lagi telah dipilih menjadi speaker Dewan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.

    ReplyDelete
  4. Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  5. Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti.

    ReplyDelete
  6. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

    ReplyDelete
  7. Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan.

    ReplyDelete
  8. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  9. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan

    ReplyDelete
  10. Macam kes Anwar yang cakap tidak mahu angkat sumpah. Tapi tiba-tiba ada pula angkat sumpah. Apa sudah jadi?

    ReplyDelete
  11. Sebab kalau Anwar tidak angkat sumpah selama 6bulan secara automatik jawatan yang ada akan digugurkan. Lepas itu tidak dapat buat apa-apa lagi.

    ReplyDelete
  12. Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.

    ReplyDelete
  13. Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan.

    ReplyDelete
  14. Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-13 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-9 dan tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah.

    ReplyDelete
  15. Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  16. Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:
    mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
    megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
    membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
    memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.

    ReplyDelete
  17. Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.

    ReplyDelete
  18. Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.

    ReplyDelete
  19. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

    Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

    ReplyDelete
  20. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.

    Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

    Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

    ReplyDelete
  22. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.

    Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  23. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .

    Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

    ReplyDelete
  24. Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

    ReplyDelete
  25. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

    Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  26. Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

    Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

    ReplyDelete
  27. Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mensabotaj Speaker Dewan Rakyat gagal lagi apabila Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjaya dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

    Pelantikan Pandikar Amin, 58 dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  28. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sebelum ini, Anwar berkempen melobi Datuk Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat.

    ReplyDelete

  29. Abdul Kadir dicalonkan Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) dan disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

    Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah yang mengendalikan pengundian Speaker Dewan Rakyat mengumumkan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi.

    ReplyDelete

  30. Sebelum mengangkat sumpah, Pandikar Amin yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipakaikan songkok dan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan pembantunya.

    Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pula Anwar mencalonkan Ahli Parlimen Pas Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, namun hasratnya itu juga tidak kesampaian apabila pembangkang gagal mengemukakan calon mereka dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

    ReplyDelete

  31. Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

    “Kalau pembangkang tidak berpuas hati kenapa tidak fail notis cadangan kepada pejabat Speaker 14 hari sebelum persidangan hari ini (Isnin).

    ReplyDelete

  32. “Saya tidak boleh melonggarkan peraturan mesyuarat kerana kegagalan anda berbuat demikian,” katanya ketika mengumumkan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.

    Kiandee dan Ismail merupakan dua nama yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam surat bertarikh 6 Jun lalu kepada pejabat Speaker.

    ReplyDelete

  33. Ini merupakan penggal kedua Kiandee dilantik sebagai Timbalan Speaker.

    Pelantikan Ismail yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengisi kekosongan satu lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beliau tidak boleh memegang jawatannya sebelum ini.

    ReplyDelete

  34. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai senarai 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

    Najib mengangkat sumpah kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin.

    ReplyDelete

  35. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya mengangkat sumpah selepas Najib sebelum diikuti oleh Menteri Kabinet, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen BN lain.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) juga turut mengangkat sumpah di hadapan Pandikar Amin Mulia.

    ReplyDelete
  36. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Belum pun isu mengenai himpunan Black 505 selesai diperkatakan, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sekali lagi dengan pementasan drama yang baru bertujuan untuk mempengaruhi minda di bawah sedar dengan sandiwara terbaru nukilannya. Ia ekoran dari kegagalannya untuk mempengaruhi sokongan ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang agar memboikot sidang parlimen yang bakal diadakan pada minggu depan.

    ReplyDelete
  37. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Lihat sahaja bagaimana dia bersungguh dengan program jelajah di seluruh negara agar rakyat turut bangkit dan simpati dengan drama arahannya kononnya berlaku penipuan dalam sistem pilihanraya. Namun apabila sokongan yang diterima semakin merosot hari demi hari, dia terpaksa menarik ‘handbrake gear’ dengan menjual nama Yang di-Pertuan Agong sebagai alasan untuk hadir majlis angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  38. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Namun skrip pementasan drama terbarunya itu tidak berhenti setakat itu sahaja, kali ini dia cuba mengugut akan terjadi ‘perang besar’ sekiranya pemilihan Speaker Dewan Rakyat tidak dijalankan secara undi rahsia. “Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini,” ugut Anwar semalam.

    ReplyDelete
  39. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Bagi yang sentiasa mengikuti seisi persidangan Dewan Rakyat, sudah pasti akan sedia maklum dengan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat menurut Perkara 62 (1) Perlembagaan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai ‘Buku Biru’ di kalangan ahli-ahli dewan.

    ReplyDelete
  40. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Di dalam buku peraturan tersebut secara jelas telah menggariskan tatacara yang perlu dilakukan sebagai garis panduan urusan mesyuarat. Sebagai contoh buku tersebut di dalam Perkara 4 (3) muka surat 4, secara jelas mengatakan “Jika lebih daripada seorang ahli atau seorang lain cadangkan dan disokong jadi Tuan Yang di-Pertua, maka Majlis hendaklah menjalankan pilihan dengan undi bersurat”.

    ReplyDelete
  41. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Oleh yang demikian seharusnya tidak timbul sebarang kenyataan berbaur ugutan untuk mengadakan ‘perang besar’. Tambahan pula Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak menetapkan jumlah undi 2 pertiga 3 untuk pemilihan jawatan Speaker. Memadai dengan calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih untuk menjawat jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  42. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Ahli Permatang Pauh itu sebelum ini mengatakan pakatan pembangkang akan mencadangkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.

    ReplyDelete
  43. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Memandangkan parti Barisan Nasional (BN) mempunyai jumlah perwakilan seramai 133 orang, melebihi 60 peratus, berbanding DAP 38 orang, PKR 30 orang dan Pas 21 orang (jumlah keseluruhan 89). Dengan perbezaan seramai 44 orang perwakilan, ia sudah cukup memberikan kelebihan yang besar kepada calon yang dikemukakan oleh BN.

    ReplyDelete
  44. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Memandangkan Anwar telah menyedari mengenai hakikat ini, maka untuk apa isu yang remeh ini ingin dibangkitkan? Jawapan yang mudah ialah, mengambil langkah awal dengan menyerang institusi (jawatan Speaker) tersebut seperti yang sering dilakukan olehnya sebelum ini. Dengan cara itu, semua isu yang bakal atau sengaja diadakan kelak akan dengan mudah diletakkan kepada Speaker.

    ReplyDelete
  45. KEKECOHAN INI SUDAH DIRANCANG AWAL OLEH ANWAR IBRAHIM

    Kesimpulannya, pementasan dram terbaru Anwar ini hanya bertujuan untuk menutup aibnya yang sebelum ini secara jelas telah GAGAL untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang untuk akur dengan gesaan memboikot Majlis Angkat Sumpah. Ini kerana, umum mengetahui Anwar sudah tidak lagi dapat membendung nafsu dan impian untuk bergelar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  46. Pembangkang Tidak Layak Pertikai SPR Kerana Mereka Penuh Kepalsuan

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebenarnya dijadikan kambing hitam oleh pembangkang untuk merosakkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Ujarnya, imej SPR dirosakkan teruk dengan pelbagai tuduhan hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah diberi mandat untuk menerajui negara menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

    “Rakyat telah membuat pilihan dan pilihan rakyat adalah BN. Pembangkang tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan cuba menumbangkan kerajaan sedia ada menerusi revolusi jalan raya. Kononnya inilah sahaja cara mencari keadilan.

    “Apa yang saya persoalkan adalah sekiranya benar PRU-13 tidak telus dengan tuduhan pengundi hantu, dakwat tidak kekal, blackout dan sebagainya, mengapa mereka tidak menghantar petisyen berkenaan perkara ini?

    “Mereka boleh hantar petisyen untuk batalkan keputusan di beberapa kawasan dengan alasan politik wang tetapi mereka tidak mengemukakan petisyen berkenaan apa yang mereka jaja selama ini? Ini jelas membuktikan mereka hanya berbohong dan tiada bukti,” katanya kepada UMNO-Online.

    ReplyDelete
  47. Pembangkang Tidak Layak Pertikai SPR Kerana Mereka Penuh Kepalsuan

    Beliau yang juga Ketua UMNO Batu Pahat berkata pembangkang sebenarnya hanya ingin mewujudkan persepsi kononnya berlaku ketidakadilan tetapi hakikatnya tidak seperti itu.

    “Bagi saya, sebenarnya telah wujud dua kumpulan di dalam perhimpunan haram ini iaitu satu puak yang benar-benar mahu membantah keputusan PRU dan satu lagi adalah untuk membantah pembangkang yang mengangkat sumpah.

    “Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusan PRU dan menuduh kerajaan tidak betul mengapa mereka mengangkat sumpah. Oleh itu saya mencabar Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendiriannya adakah dia sebenarnya hanya berselindung di sebalik perhimpunan ini ataupun memang dia mahu menggulingkan kerajaan melalui revolusi jalanan.

    “Sekiranya dia menyokong guling kerajaan melalui revolusi jalanan maka dia tidak boleh angkat sumpah. Tapi semalam dia telah angkat sumpah… maka dia harus menyelar penyokong mereka yang berhimpun ini…

    “Tapi saya yakin, Anwar akan mencipta seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa dirinya benar. Sebab itu pembangkang sebenarnya sama sekali tidak layak untuk mempertikaikan SPR kerana mereka sendiri penuh dengan kepalsuan,” jelasnya lagi.

    ReplyDelete
  48. Pemilihan Parti Buktikan UMNO Jauh Lebih Matang Berbanding PKR, DAP dan Pas

    Keterbukaan UMNO yang akan mengadakan pemilihan parti tahun ini menjadi bukti bahawa ia jauh lebih matang berbanding parti-parti dalam pakatan pembangkang iaitu PKR, DAP dan Pas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Shamsuddin Yahya.

    Katanya, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini akan menggunapakai pindaan perlembagaan baru UMNO bermakna semua peringkat termasuk di cawangan akan terlibat membuat pilihan kepimpinan tertinggi parti.

    “Ini amat berbeza dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang yang mana ada diantaranya lebih berkuasa daripada kedudukan presiden parti sebagaimana Anwar Ibrahim yang lebih banyak membuat keputusan berbanding Wan Azizah.

    “Lebih dari itu, konsep dalam PKR juga menunjukkan bahawa orang yang tidak dipilih mempunyai kedudukan dan kuasa yang lebih besar berbanding dengan anggota parti yang menang dalam pemilihan kerana Anwar sendiri tidak bertanding,” katanya.

    Jelas beliau, ini adalah bukti sebenar bagaimana sikap hipokrit yang wujud dalam parti tersebut sedangkan pemimpin terbabitlah yang banyak mencanangkan soal keadilan dan pemilihan yang telus termasuklah mempertikaikan keputusan dalam pilihan raya baru-baru ini juga.

    “Sikap berpura-pura pakatan pembangkang diterjemah dengan mempertikaikan keputusan pilihan raya iaitu menerima kemenangan yang berpihak kepada mereka sedangkan apabila Barisan Nasional (BN) yang mendapat kuasa maka ia dimanipulasi dengan dikatakan berlaku penipuan dan sebagainya.”

    Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi turut membandingkan pemilihan UMNO yang dianggap sangat konsisten berbanding dengan DAP juga.

    “Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP menimbulkan kontroversi dengan pemimpin atasannya sendiri mengakui berlaku pengiraan undi walhal anggota yang terlibat tidak seramai dalam pilihan raya pun, dan sehingga kini masih diperkatakan.

    “Begitu juga dengan parti Pas yang banyak kecelaruan dan menimbulkan persoalan berkaitan sikap pemimpinnya yang tidak tegas termasuk sanggup menukar prinsip yang menjadi idealogi mereka.”

    Ujar beliau, dengan perubahan yang dilaksanakan oleh UMNO dalam pemilihan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa proses transformasi berlaku dan parti tersebut membuka pintu seluas-luasnya kepada ahli-ahlinya.

    “Mereka yang terlibat ini bukan saja berperanan sebagai pemilih tetapi turut berpeluang untuk menawarkan diri sebagai calon pemimpin namun tentunya mana-mana pihak yang mahu bertanding akan ‘ukur baju di badan sendiri’.

    “Pilihan raya yang baru berlangsung juga menjadi pengukur bahawa UMNO terus mendapat sokongan daripada bangsa Melayu dan sokongan ini dikembalikan kepada rakyat dalam kuasa untuk menentukan siapakah pemimpin tertinggi parti.”

    Pada Pilihan Raya Umum ke-13, bilangan kerusi UMNO telah bertambah daripada 79 kepada 88.

    “Teraju kepimpinan UMNO telah aplikasi mengutamakan rakyat dan tentunya pemilihan yang dibuat dengan penglibatan ratusan ribu ahli-ahli parti juga dibuat atas kepentingan rakyat dalam hasrat negara ini menuju kepada negara maju sebagaimana Wawasan 2020.”

    Beliau turut memaklumkan bahawa hasil mesyuarat bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan 25 bahagian di negeri terbabit, mereka sepakat menyokong penuh usaha Presiden parti dan pelaksanaan pemilihan tetapi mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

    Lebih 150,000 perwakilan UMNO daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti selain anggota Pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan membabitkan pertambahan 100,000 bagi setiap sayap.

    ReplyDelete
  49. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan slogan-slogan pembangkang untuk mengajak Ahli Parlimen mengubah sikap menjadi lebih matang.

    ReplyDelete
  50. “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya telah mendengar beberapa seruan yang seringkali dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat akar umbi seperti, ubah, transformasi, reformasi, ini kalilah, kalau bukan kita siapa lagi? kalau bukan sekarang bila lagi?.

    “Mereka yang telah mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Akan tetapi bagi saya, seruan-seruan ini bermesej menyeru “mengubah sikap untuk membuat kebaikan.”

    “Maka bertolak dari roh maksud tafsiran ini, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekelian untuk membudayakannya sewaktu bertugas di Dewan Rakyat. Ayuh! kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah!

    “Ini kalilah…kita julang memartabatkan parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap seperti yang disebut oleh Erskine May dalam bukunya, “Parliamentary Practice” yang bermaksud “kesabaran dan kesederhanaan adalah ciri-ciri berbahas di parlimen,”katanya.

    ReplyDelete
  51. Pandikar dipilih menjadi Speaker menerusi undian bersurat (undi sulit) di mana setiap ahli parlimen dikehendaki menulis nama calon pilihan mereka di atas sekeping borang yang diedarkan.

    Proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha Parlimen 1, Datuk Rosmee Hamzah. Nama Pandikar dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

    Pembangkang pula mencalonkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, dicadang oleh Ahli Parlimen PKR Bandar Tun Razak, Datuk Khalid Ibrahim dan disokong oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh. Datuk Rosmee mengumumkan Pandikar menang dengan 133 undi dan Kadir mendapat 89 undi.

    ReplyDelete
  52. Sejurus keputusan dibacakan, Pandikar telah dipakaikan jubah oleh Setiausaha Parlimen dan mengangkat sumpah sebagai Speaker. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Lim Kit Sing, Penasihat DAP dan semua Ahli Perlimen berdiri semasa Pandikar mengangkat sumpah.

    Dengan berdirinya ketiga-tiga tokoh pembangkang itu bermakna bermula dari tarikh semalam, mereka telah menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dengan memperolehi 133 kerusi, berbanding dengan pakatan pembangkang yang hanya memperolehi 89 kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  53. Daripada 89 kerusi parlimen pembangkang itu, DAP mendapat majoriti apabila berjaya meraih 38 kerusi, diikuti dengan PKR, 30 kerusi dan PAS, 21 kerusi. Namun, atas helah politik DAP, Anwar tetap dilantiknya sebagai Ketua Pembangkang dan dalam masa sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan ayahnya, Lim Kit Siang sebagai Ketua Ahli parlimen DAP di parlimen. Seperti diramal keputusan PRU kali ini membuktikan DAP sebagai pencatur keputusan PR.

    ReplyDelete
  54. Beta juga menghargai komitmen kerajaan dan rakyat yang sentiasa memberi bantuan kemanusiaan serta sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat," titah baginda.

    ReplyDelete
  55. Baginda turut menyatakan penghargaan terhadap kesetiaan, dedikasi, keikhlasan dan sumbangan anggota perkhidmatan awam, Anggatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak ke arah pembangunan serta kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  56. Titah baginda lagi, ketenteraman awam dan keselamatan negara tetap menjadi keutamaan kerajaan.

    ReplyDelete
  57. Kerajaan juga perlu terus berusaha memperbetulkan jurang antara persepsi dan hakikat tahap keselamatan negara.

    ReplyDelete
  58. Di peringkat antarabangsa pula, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi jenayah merentasi sempadan dengan meningkatkan kerjasama strategik dengan negara-negara lain

    ReplyDelete
  59. The announcement made by the Youth and Sports Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan in his address at the recent State Assembly Sitting for the free usage of fields and courts has been well received by all sports enthusiasts.

    ReplyDelete
  60. The Minister said the State Government is toying with the idea of offering free use of football fields and sports courts and arenas as it takes a new approach to entice communities to adopt a healthy lifestyle.

    ReplyDelete
  61. This new approach has been well praised by most sports officials and coaches at all levels towards promoting sports culture as a way to go about with their daily lives from all angles.

    ReplyDelete
  62. This new approach has been well praised by most sports officials and coaches at all levels towards promoting sports culture as a way to go about with their daily lives from all angles.

    ReplyDelete
  63. Kenyataan DAP dan PKR yang bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengenepikan cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti, memperlihatkan sikap tidak demokratik Pakatan Pembangkang di dalam soal pemilihan ketua untuk menerajui negara.

    ReplyDelete
  64. Ini disebabkan, jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baik di dalam parti PKR, mahu pun di dalam gabungan Pakatan Pembangkang merupakan jawatan lantikan dan bukannya pemilihan secara demokrasi yang berlaku di peringkat akar umbi, demikian menurut kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

    ReplyDelete
  65. “Sedangkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli akar umbi mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bagaimana kita mahu meletakkan seorang pemimpin yang tidak tidak dipilih secara demokrasi di dalam partinya sendiri untuk menerajui negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi?

    ReplyDelete
  66. “Sepatutnya, Presiden Pas lebih layak lantaran jawatan yang dipegang beliau di dalam parti adalah berdasarkan pemilihan ahli di peringkat akar umbi. Jadi, daripada sudut demokrasi, ternyata Abdul Hadi lebih layak berbanding Anwar untuk jawatan PM,” tegas beliau

    ReplyDelete
  67. Sistem PRU masih tidak wajar.

    ReplyDelete
  68. Keselamatan dan keamanan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  69. Upacara angkat sudah berakhir. Laksanakan tanggung jawab masing-masing.

    ReplyDelete
  70. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:19 PM

    Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah (gambar) berkata proses pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat akan dijalankan melalui "undi bersurat".

    ReplyDelete
  71. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:21 PM

    Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci sama ada pengundian itu dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan perkara itu menjadi isu.

    ReplyDelete
  72. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:22 PM

    "Ia akan dilakukan melalui undi bersurat. Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4," katanya sambil menegaskan bahawa cara itu telah dilakukan bagi memilih Yang diPertua Dewan Rakyat sejak ia ditubuhkan.

    ReplyDelete
  73. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:23 PM

    Menurut Peraturan Mesyuarat 4 (4), undi bersurat ialah setiap ahli parlimen yang hadir akan diberi sekeping kertas undi dan ahli itu boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lain yang hendak diundinya.

    ReplyDelete
  74. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:23 PM

    Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu tidak boleh dilihat, dan hendaklah ditandatangan oleh ahli yang mengundi.

    ReplyDelete
  75. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:24 PM

    Keputusan undi itu pula hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha.

    Sebelum ini, Blok pembangkang memberi amaran untuk memberi tentangan keras sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 24 Jun tidak dijalankan melalui secara undi rahsia.

    ReplyDelete
  76. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:25 PM

    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parlimen akan berdepan dengan "perang besar" dari blok pembangkang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

    ReplyDelete
  77. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:26 PM

    "Kalau kamu gagal bersikap jujur dalam Parlimen, kamu nak langgar pemilihan Speaker, kamu berdepan dengan perang besar pada 24 Jun ini," katanya.

    Beliau mensasarkan amaran tersebut kepada sekretariat Parlimen, yang akan menjalankan pengundian tersebut.

    ReplyDelete
  78. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:26 PM


    Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi menekankan bahawa gabungan parti itu mahu bekas hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Kadir Sulaiman dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  79. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:26 PM

    Pakatan juga akan mencadangkan ahli parlimen Tumpat Datuk Kamruddin Jaafar untuk jawatan timbalan speaker.

    Anwar berkata Pakatan dimaklumkan tempoh speaker bagi sesi lalu akan tamat pada 23 Jun ini.

    ReplyDelete
  80. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:27 PM

    Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara konsensus meminta beliau menyambung sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat

    ReplyDelete
  81. PEMILIHAN SPEKER ADALAH TELUSOctober 19, 2013 at 9:27 PM

    Anwar turut mengulangi bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir dalam majlis angkat sumpah bagi menghormati Yang di-Pertuan Agong yang akan merasmikan sesi parlimen kali ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.