Monday, June 24, 2013

VIDEO : Menang Minoriti, Tapi Berlagak Besar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang perubahan yang bakal berlaku di negara ini akan dibuat secara aman.

Berucap dalam Himpunan Black 505 di Padang Merbok semalam, Anwar mengulangi tuntutan Pakatan Rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Katanya, tuntutan rakyat jelas iaitu mahu kedua-dua pemimpin SPR itu berundur, namun ia akan dibuat secara aman sepertimana himpunan hari ini.

“Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman,” katanya depan puluhan ribu rakyat yang hadir.

Pakatan sebelum ini memfailkan 39 petisyen berhubung penipuan dan salahlaku pilihan raya membabitkan kawasan parlimen dan DUN seluruh negara.

Tegas Anwar, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Tan Sri Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan kerana kegagalan mereka, khususnya dalam isu dakwat kekal dan berpihak kepada Umno-BN.

“Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah,” katanya dipetik harakahdaily.

Beliau juga memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.

“Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno,” katanya.

Anwar turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti didakwa pihak tertentu.

Namun katanya tujuan beliau ke sana adalah atas undangan presiden negara republik itu.

“Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno BN,” katanya.

Selain mendesak pemimpin SPR berundur, Himpunan Black 505 menuntut agar pilihan raya diadakan semula di kawasan berlaku penipuan.

Di samping itu, ia juga menggesa agar persempadanan semula tidak dilakukan hingga anggota SPR yang dipersetujui Pakatan Rakyat dilantik. -KD

85 comments:
Write comments
  1. Dengar-dengar sambutan sangat kurang pada Black 505 itu.

    ReplyDelete
  2. Ini membuktikan rakyat tidaklah mudah tertipu lagi dengan permainan Anwar ini.

    ReplyDelete
  3. Alasan Anwar kerana cuaca tidak mengizinkan. Bukankah sebelum ini Anwar berbangga walaupun HUJAN lebat turun penyokongnya tetap akan turun.

    ReplyDelete
  4. Tapi sekarang ini ada pula alasan Anwar cuaca tidak mengizinkan. Tidak tahulah benar atau tidak. Mungkin ini bagi menyenangkan hati Anwar sendiri semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Anwar semakin ditolah. Perhimpunan hanya permainan Anwar semata-mata.

    ReplyDelete
  6. Kalau kita lihat sekarang ini pun rasanya penyokong Anwar ini seperti ditipu hidup-hidup. Kenapa Anwar angkat sumpah>?

    ReplyDelete
  7. Pelbagai perkara Anwar cuba rancang untuk membuat perpecahan rakyat dan MP BN.

    ReplyDelete
  8. Seperti dalam Dewan Rakyat sendiri. Anwar cuba mencalonkan Speaker baru dan semua MP perlu menulis siapa yang mahu dipilih.

    ReplyDelete
  9. Tujuan Anwar cuba membuat undian Speaker adalah untuk memecah belahkan MP BN dan melihat adakah mereka tidak memilih Speaker yang sedia ada atau memilih yang baru.

    ReplyDelete
  10. Permainan Anwar siapa tidak tahu. Tapi akhirnya 133 menang berbanding 89 yang mana Pendikar Amin Mulia mendapat kemenangan yang mana semua ahli BN mengundi beliau.

    ReplyDelete
  11. Rancangan Anwar gagal lagi untuk memecah kesetiaan ahli parti BN. Itu semua hanya perangkap daripada Anwar.

    ReplyDelete
  12. Ahli BN masih setia dengan parti dan tidak akan mudah terpedaya dengan lakonan Anwar ini. Anwar memang bijak tetapi jangan ingat mudah menipu pemimpin BN.

    ReplyDelete
  13. Mereka sudah masak dengan gaya Anwar, bagaimana orangnya Anwar ini.

    ReplyDelete
  14. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:07 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Ketika para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat cuba menimbulkan kekecohan dengan 'kekuatan' seramai lebih kurang 200 orang di luar pekarangan bangunan Parlimen dan menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya pada pagi Isnin untuk ke tempat kerja terutama yang menggunakan laluan ke Damansara dari arah Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seramai 89 orang, mengangkat sumpah jawatan masing-masing dengan penuh bersahaja dan selamba tanpa menghiraukan apa yang mereka laung-laungkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  15. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:08 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada jam 11:50 pagi dengan menyatakan bahawa:

    "Saya, Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara."

    ReplyDelete
  16. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:08 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Sekaligus, kepala yang beria-ia benar mahukan demonstrasi menumbangkan kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang diselenggarakan oleh SPR, telah pun memperakui bahawa keputusan PRU13 tidaklah sebagaimana dakwaannya. Bahkan secara tidak langsung, dia sendiri telah memperakui keputusan PRU13 yang sebelum ini dipertikaikan.

    ReplyDelete
  17. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:08 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Kekecohan yang dilakukan oleh para penyokongnya di luar pekarangan Parlimen, nampaknya langsung tidak merencatkan Anwar Ibrahim untuk bergelar Ahli Parlimen. Sebaliknya, memorandum yang hendak disampaikan oleh kumpulan yang melakukan kekecohan dengan liputan penuh daripada stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera tersebut, hanya diterima oleh ‘balacinya’, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pada jam 12:05 tengah hari yang kemudian mengeluarkan arahan agar mereka bersurai.

    ReplyDelete
  18. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:08 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Anwar Ibrahim yang semalamnya bersungguh-sungguh berucap walaupun sedikit hambar setelah melihat ramai yang meninggalkan venue tunjuk perasaan iaitu Padang Merbok, ternyata hari ini kekal sebagai seorang penipu dan pemerdaya terbesar.

    ReplyDelete
  19. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:09 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Daripada memujuk rakyat Malaysia agar turun berdemonstrasi untuk menzahirkan penolakan terhadap keputusan PRU13 dan PRU13 yang dikendalikan oleh SPR, akhirnya setelah bersungguh-sungguh para pengikutnya cuba merealisasikan impian dan hajatnya, Anwar Ibrahim dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 88 orang yang lain, tanpa menghiraukan para pengikut mereka, mengangkat sumpah terima tugas.

    ReplyDelete
  20. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:09 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Agak pelik dengan gelagat para pemimpin Pakatan Rakyat. Ketika bersama-sama penyokong, mereka menjadi manusia yang sangat kuat berpegang kepada prinsip. Mereka melafazkan pelbagai omongan yang dilihat mampu mempengaruhi para pengikut agar menuruti segala kehendak mereka, sekalipun terpaksa melanggar segala peraturan dan undang-undang di negara ini.

    ReplyDelete
  21. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:09 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Namun apabila mereka sendiri mendapat peluang, segala yang dijanjikan kepada para pengikut yang sanggup menggadaikan keselamatan diri, bahkan sanggup dibuang kerja atas alasan perjuangan, akhirnya menjadi hampas belaka.

    ReplyDelete
  22. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:09 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Bukti terbaru adalah apabila para pemimpin Pakatan Rakyat yang menang dalam PRU13 lalu, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah walaupun pada awalnya, bersungguh-sungguh pula mereka merancang untuk memboikot perjalanan Parlimen Malaysia atas alasan, keputusan PRU13 meragukan.

    ReplyDelete
  23. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:09 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Apakah sekarang ini, melihat kepada bukti-bukti ciptaan yang ada tidak mampu untuk mengubah keputusan, maka para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim enggan melepaskan peluang menjadi Ahli Parlimen?

    ReplyDelete
  24. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:10 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Atas alasan apa pula mereka menerima tugas selaku Ahli Parlimen, sedangkan setahu ramai, bahkan rekod juga telah membuktikan, hampir kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu, tidak pernah menjalankan tugas mereka selaku wakil rakyat pun.

    ReplyDelete
  25. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:10 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Banyak masalah rakyat terbiar dan akhirnya diselesaikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri, lebih banyak berkempen ke serata pelusuk negara untuk menaikkan sentimen rakyat, sekaligus mewujudkan suasana tidak tentera dan politik yang tidak stabil.

    ReplyDelete
  26. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:10 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Walau apa pun, ternyata peristiwa hari ini jelas menunjukkan bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim lebih memikirkan perihal tekak dan perut mereka sendiri berbanding rakyat.

    ReplyDelete
  27. PKR = PAKAR KENCING RAKYATJune 25, 2013 at 12:11 PM

    DILUAR, DIA HASUT RAKYAT SUPAYA MERUSUH, DALAM PARLIMEN DIA ANGKAT SUMPAH IKTIRAF PRU13

    Di sebalik laungan dan cemuhan terhadap SPR sehingga sanggup pula menganjurkan demonstrasi dengan sasaran penyertaan 1 juta orang, hari ini, mereka terlebih awal berada di Parlimen untuk mengangkat sumpah, sekaligus menerimapakai keputusan PRU13 yang mereka pertikaikan sebelum ini!

    ReplyDelete
  28. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai mempunyai masalah moral di kalangan ahli Pas, tidak lagi relevan untuk menjadi Perdana Menteri, kata Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali.

    ReplyDelete
  29. Katanya, Anwar juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. "Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan.

    ReplyDelete
  30. Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.

    ReplyDelete
  31. Rata-ratanya rakyat sama ada penyokong pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai-bagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk pakatan dan malapetaka untuk negara.

    ReplyDelete
  32. Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  33. Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beraneka dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  34. Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, di kalangan orang Cina, orang India dan suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.

    ReplyDelete
  35. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respon yang seolah-olah kaku daripada perwakilan ditambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan" Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.

    ReplyDelete
  36. Pada masa yang sama Pas kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran Pas melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional Pas mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  37. Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri di peringkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai- bagai kedudukan dan latar belakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya pakatan menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  38. Sikap hipokrit Ahli Parlimen pembangkang terserlah

    Sikap hipokrit pembangkang terserlah selepas kesemua Ahli Parlimen mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen hari ini.

    Tindakan kesemua 89 Ahli Parlimen pembangkang itu sekali gus membuktikan mereka bersetuju dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Rakyat.

    Perkara itu juga bertentangan dengan objektif penganjuran beberapa siri perhimpunan haram anjuran pembangkang termasuk yang terakhir di ibu negara Sabtu lalu, kononnya bagi menyampaikan mesej Pilihan Raya Umum Ke-13 penuh penipuan.

    Selain itu, keputusan Ahli Parlimen pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat turut mengecewakan kira-kira 200 penyokong pembangkang yang berhimpun di luar Parlimen bagi membantah sidang pertama Dewan Rakyat penggal ke-13 yang bermula hari ini.

    ReplyDelete
  39. Sikap hipokrit Ahli Parlimen pembangkang terserlah

    Sebelum ini, pembangkang terutama wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan mempertimbang memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini sebagai bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sikap hipokrit pembangkang akan terserlah jika kesemua 89 Ahli Parlimennya hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

    Dalam sesi mengangkat sumpah hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengetuai barisan wakil rakyat pembangkang diikuti Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta 86 Ahli Parlimen pembangkang lain.


    ReplyDelete
  40. Anwar angkat sumpah, penyokong berbaring di jalan raya

    SELEPAS melakukan pelbagai propaganda, hasutan, tohmahan dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengetuai pakatan pembangkang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

    Anwar dan sekutu-sekutunya dilaporkan berbuat demikian kira-kira sejam selepas polis menahan sekumpulan 200 peserta perhimpunan haram yang bertindak ganas merempuh kawalan polis yang mengawal perkarangan Bangunan Parlimen.

    Tindakan ganas itu dilakukan oleh saki-baki kumpulan yang sebelum ini menyertai perhimpunan haram di Padang Merbok yang berpunca daripada seruan Anwar supaya rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan berkenaan bagi membantah keputusan PRU-13.

    Ternyata, peserta-peserta berkenaan yang ada antara mereka 'berkampung' di dalam khemah di Padang Merbok sejak Sabtu lalu telah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

    Segala susah-payah mereka dalam perjuangan sia-sia itu tidak membawa apa-apa makna kerana Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang tetap mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.


    ReplyDelete
  41. Anwar angkat sumpah, penyokong berbaring di jalan raya

    Kalau benarlah pemimpin pembangkang mendakwa pilihan raya umum lalu penuh kepincangan dan penipuan, kenapakah mereka mahu mengiktiraf keputusan yang berpihak kepada mereka tetapi menolak kemenangan yang menyebelahi BN?

    Sepatutnya sama ada perhimpunan haram atau keganasan di hadapan bangunan Parlimen tersebut tidak akan berlaku, jika Anwar berjiwa besar untuk menasihatkan penyokong-penyokong supaya menghormati proses melakukan bantahan iaitu melalui petisyen kepada mahkamah.

    Namun malangnya, Anwar tidak berbuat demikian, beliau seolah-olah bangga apabila ramai anak muda yang terpengaruh dengan dakyah beliau khususnya kelompok yang bergabung dalam Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

    Dengan jumlah kehadiran di Padang Merbok tidak mencapai sasaran pakatan pembangkang, ia sepatutnya memberikan kesedaran kepada Anwar bahawa perjuangan beliau melakukan politik jalanan tidak akan berhasil. Mana mungkin kalau setakat 200 orang yang berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen akan mampu melunturkan semangat perjuangan pegawai-pegawai SPR.


    ReplyDelete
  42. Anwar angkat sumpah, penyokong berbaring di jalan raya

    Bagaimanapun, apa yang kita saksikan, Anwar terus memberi galakan kepada kumpulan berkenaan untuk melakukan bantahan. Ketika kelompok itu menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga menunjukkan kebodohan mereka dengan tidur dalam keadaan berjerebu, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain selesa berada di kediaman masing-masing membuat persiapan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

    Setakat melahirkan penghargaan kepada perjuangan kelompok itu, ia tidak membawa makna apa-apa. Sepatutnya kalau Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang benar-benar bertekad bahawa berlaku penipuan dalam PRU-13, mereka juga akan bersama-sama kumpulan itu yang antara lain mahukan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak mengangkat sumpah.

    Jelaslah, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, semalam menunjukkan sikap hipokrit pada tahap paling tinggi yang tidak mungkin ada kepada mana-mana Ahli Parlimen di seluruh dunia.

    Apa pun yang paling malang ialah penyokong-penyokong mereka yang begitu mudah diperbodohkan sehingga sanggup berkhemah, bermalam dan berbaring di jalan raya serta ditangkap oleh polis. Segala-galanya berpunca daripada sikap hipokrit dan watak 'sesumpah' pemimpin pembangkang seperti Anwar!

    ReplyDelete
  43. BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.


    ReplyDelete
  44. Telatah pembangkang mengada-ngada

    ReplyDelete
  45. Tindakan Anwar berterusan melaksanakan himpunan haram sebenarnya makin mededahkan kolaborasi antara beliau dan agenda Israel yang telah merancang siri himpunan huru-hara di seluruh dunia. Amat jelas agenda ini didalangi oleh kuasa besar dan jahat. Siri himpunan dan rusuhan seperti di Istanbul dan Mesir merupakan perancangan yang tersusun untuk memastikan Negara Islam gagal bangkit berkali-kali dan gagal mencari formula kemajuan untuk mendaulatkan Islam. Kerajaan terpaksa berterusan menangani masalah rusuhan dan ini bakal memesongkan dari pembangunan yang sepatutnya difokuskan oleh kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete
  46. Umat Islam seluruh Negara harus membuka minda untuk melihat reality sebenar disebalik semua tindakan jahat Anwar Bin Ibrahim. Beliau juga terpaksa memesongkan rakyat dari janji beliau untuk bersara apabila pembangkang telah kalah dalam PRU13 yang lepas. Memandang Anwar sememangnya manusia munafik yang terlalu gilakan kuasa maka beliau terpaksa mengalihkan tumpuan sebenar iaitu persaraan beliau kepada tuntutan PRU13 yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete

  47. Berita » RENCANA » Utama
    Blackout 505: Agenda Anwar Heret Rakyat Tutup Masalah Peribadi

    June 21, 2013 · 23 Comments
    anwar marah

    Tindakan Anwar berterusan melaksanakan himpunan haram sebenarnya makin mededahkan kolaborasi antara beliau dan agenda Israel yang telah merancang siri himpunan huru-hara di seluruh dunia. Amat jelas agenda ini didalangi oleh kuasa besar dan jahat. Siri himpunan dan rusuhan seperti di Istanbul dan Mesir merupakan perancangan yang tersusun untuk memastikan Negara Islam gagal bangkit berkali-kali dan gagal mencari formula kemajuan untuk mendaulatkan Islam. Kerajaan terpaksa berterusan menangani masalah rusuhan dan ini bakal memesongkan dari pembangunan yang sepatutnya difokuskan oleh kerajaan yang memerintah.



    Umat Islam seluruh Negara harus membuka minda untuk melihat reality sebenar disebalik semua tindakan jahat Anwar Bin Ibrahim. Beliau juga terpaksa memesongkan rakyat dari janji beliau untuk bersara apabila pembangkang telah kalah dalam PRU13 yang lepas. Memandang Anwar sememangnya manusia munafik yang terlalu gilakan kuasa maka beliau terpaksa mengalihkan tumpuan sebenar iaitu persaraan beliau kepada tuntutan PRU13 yang tidak masuk akal.



    Munafiknya Anwar ini juga apabila beliau tidak mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional namun pada masa yang sama beliau telah bersetuju untuk menerima jawatan Ahli Parlimen bermula Isnin ini. Disamping itu juga perhimpunan haram Blackout 505 Sabtu ini juga untuk menutup ketakutan beliau terhadap tiga perkara. Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

    ReplyDelete
  48. Anwar tetap mahu mengheret rakyat untuk menutup masalah peribadinya. Kes liwat beliau telah dijadikan kes politik agar rakyat dapat diheret bersama dalam hal ehwal peribadinya. Seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab dunia akan melepaskan jawatan apabila terpalit dengan kes peribadi bagi mengelakkan parti dan rakyat diheret bersama.Namun kerakusan kuasa telah menyebabkan Anwar bertindak sebaliknya.

    ReplyDelete
  49. Rakyat harus sedar bahawa Anwar sedang mempergunakan rakyat. Beliau sanggup memanipulasikan rakyat demi cita-cita politik. Perjanjian yang beliau telah buat bersama kuasa jahat dunia dan kepentingan peribadi yang terlalu banyak telah membuatkan beliau sanggup menggadaikan semua nilai , maruah, agama, bangsa dan tanahair. Namun apa sekalipun alasan Anwar, namun rakyat harus menilai bahawa tindakan mengadakan himpunan ini merupakan tindakan jahat yang amat tidak bermoral untuk Negara. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab maka rakyat wajib memboikot himpunan haram yang amat memudaratkan kesejahteraan dan keamanan Negara kita

    ReplyDelete
  50. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan agar kedudukan agama Islam tidak dipersoalkan dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

    ReplyDelete
  51. Baginda turut bertitah agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.

    ReplyDelete
  52. "Kerajaan beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasiah Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan

    ReplyDelete
  53. Dalam pada itu, baginda turut memuji usaha Malaysia untuk mengeratkan hubungan baik dengan negara-negara lain di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  54. Hakikatnya anwar masih pemimpin terbaik dan berkaliber d malaysia berbanding pemimpin2 umno termasuk najib....

    ReplyDelete
  55. Mahkamah akan membuat penilaian dan keputusan terhadap bantahan tersebut.

    ReplyDelete
  56. Masing-masing ada sokongan sendiri. Harus menyeru agar penyokong mereka tidak bertindak ikut emosi.

    ReplyDelete
  57. Anwar kehilangan peluang menjadi PM.

    ReplyDelete
  58. Rakyat juga mensyaki PRU tidak adil dan adanya penipuan.

    ReplyDelete
  59. Jika benar adanya SPR tidak melaksanakan tanggung jawab, tidak salahuntuk menyeru supaya meletak jawatan.

    ReplyDelete
  60. SUDAH- SUDAHLAH ANWAR.. AKU DAN KAWAN- KAWAN PENAT DALAM MENAIKKAN ORANG PILIHANMU. KAMI YANG BERPULUH TAHUN BERJUANG NI ENDAK DAPAT JUGA JADI CALON Y.B. WALAU HANYA PENASIHAT PKR, SEMUA PEMBODEK KAU YANG DAPAT

    ReplyDelete
  61. Investment Incentive Package for the SDC was approved and was expected to further increase investment activity in the state mainly in tourism, manufacturing, agriculture and major industries and in designated strategic development areas and projects

    ReplyDelete
  62. Musa said the incentives would vary based on the focus areas, such as full tax exemption on statutory income for up to 10 years, investment tax allowance of 100 per cent on qualifying capital expenditure for five years, and full exemption on import duty and sales tax exemption, subject to current policy.

    ReplyDelete
  63. Major chemical and bio-organic operations have also been set up in the POIC including a RM4.5 billion fertiliser plant by Petroliam Nasional Bhd (Petronas), which is expected to almost double its fertiliser output from 1.4 million tonnes to 2.6 million tones annually.

    ReplyDelete
  64. Sabah was also regarded as the world’s third largest producer of palm oil with some 1.36 million hectares under cultivation and RM16.75 billion worth of palm oil exports for the first nine months of this year.

    ReplyDelete
  65. Malaysian Investment Development Authority (Mida) revealed in September that the state’s manufacturing sector received RM4.8 billion in investments during the first nine months of 2012 compared to RM921.4 million

    ReplyDelete
  66. Mida also offered Sabah enterprises a RM1 billion fund for research and development in the Kinabalu Gold Coast Enclave, SAIP, Lahad Datu POIC, Sabah Oil and Gas Terminal, Sandakan Education Hub and Marine Integrated Cluster

    ReplyDelete
  67. the state revealed its largest ever budget totalling RM4.09 billion with some RM764 million allocated for the construction of roads, bridges, ports, harbours and rail service as well as plans for a public transport system in the state capital as part of the Federal Urban Transformation plans.

    ReplyDelete
  68. The state’s fiscal responsibility also received favourable reviews with local agency RAM Ratings reaffirming the ‘AAA’ rating of the state government’s bonds for a fourth consecutive year.

    ReplyDelete
  69. The agency said the rating reflected Sabah’s rich natural wealth, which remained the key to spurring economic growth, the government’s strong revenue-adjustment capacity, its healthy fiscal position, and its supportive relationship with the Federal government, hence unlocking Sabah’s long-term development potential.

    ReplyDelete
  70. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadi.October 21, 2013 at 8:49 PM


    ALJUB TAHU PKR CHECK MATE DAN TIDAK ADA HARAPAN DI PRU 13! RAKYAT akan dipaksa untuk berhimpun di Dataran Merdeka, untuk apa perhimpunan tersebut? Mari kita bongkar!!!

    ReplyDelete
  71. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadi.October 21, 2013 at 8:49 PM

    KENAPA PERLU BERHIMPUN DIDATARAN MERDEKA SEMASA PENGIRAAN UNDI? Tentunya ada sebab tertentu Kenapa? kenapa perlu semua pembangkang mahu berhimpun di Dataran Merdeka ketika undi sedang dikira.

    ReplyDelete
  72. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadi.October 21, 2013 at 8:50 PM

    Untuk apa? Bukan kah masa begini yang semua parti akan menunggu pengiraan undi sehingga setiap keputusan di Daerah mengundi diketahui. Semua parti yang bertanding tentunya tak akan keluar dari dewan yang menerima serta mengira peti undi yang hadir. Kenapa tiba-tiba perlu ditinggalkan dan dikerah kedataran merdeka?

    ReplyDelete
  73. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadi.October 21, 2013 at 8:57 PM

    Pilihanraya negeri Sarawak pada April 2011 lalu sebenarnya paling merisaukan aljubri, manakan tidak kekalahan teruk yang memalukan PKR sendiri bila bertanding kerusi Dun yang terbanyak dalam sejarah Pilihanraya Sarawak.

    ReplyDelete
  74. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadi.October 21, 2013 at 8:58 PM

    Sekali pun pada awalnya dia menafikan PKR akan bertanding di Sarawak sebaliknya datang hanya untuk membantu pakatan roket sebagai rakan Parti.

    ReplyDelete
  75. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:25 PM

    Agak ganjil sebenarnya kalau orang luar berhasrat merampas Sarawak kerana sudah menjadi resam dan lazim Rakyat Sarawak memang sukar menerima orang luar kesini, dari dahulu terbukti kesepakatan ini memang jelas malah di PRN Sarawak 2011 juga menyaksikan bagaimana mereka tidak menerima terutamnya Parti Kencung Rakyat, bagaimanapun DAP yang rata-rata bertanding di 16 kawasan atau dun sebenarnya menumpu di kawasan-kawasan bandar yang didiami kebanyakannya majoriti Bangsa Cina, menang selesa di semua kerusi.

    ReplyDelete
  76. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:25 PM

    PAS juga yang mencuba di 8 Kerusi tumpuan pendudukan orang melayu juga gagal mendapat walaupun satu dun pun terpaksa menerima kekalahan yang memalukan.

    ReplyDelete
  77. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:27 PM

    Aljub memang berharap kemenangan besar kepada PKR memperlihatkan betapa haloba kuasa meletakan calon paling banyak dalam sejarah pilihanraya di Sarawak kerana mahu menang banyak supaya ia dilihat sebagai gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong Pakartun Roket, gelombang kejayaan ini sebenar akan menjadi mimpi ngeri kepada BN di Semenanjung dan pastinya Malaysia milik mereka

    ReplyDelete
  78. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:28 PM

    Bagaimana pun sebaliknya PKR bungkus teruk malah 4 kali ganda lebih teruk sebagaimana aljub sendiri mendakwa tsunami kepada BN di 2008. PKR nyata lansung tidak diterima oleh Sarawak, hanya mampu menang 3 dun termasuk Ali biju di Krian dan Baru Bian yang nak diangkat sebagai CM atau Ketua Menteri kalau PR menang hanya mampu menang tipis dengan majoriti lebih kurang 200 undi sahaja.

    ReplyDelete
  79. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:29 PM

    Tak hairan lah kalau tiba-tiba kita dikejutkan berita pengganas Sulu tiba-tiba hadir diSabah, Sabah yang juga merupakan kubu kuat bagi BN, lebih mengemparkan bial anggota keselamatan kita juga turut terkorban, atas dasar apa pula serangan oleh penggans Sulu ini menyerang? Pelik juga sedangkan sebelum nie tak pulak Pengganas Sulu nak buat kacau, kenapa bila nak pilihanraya mereka muncul? Cukup jelas kita boleh andaikan mereka sekadar datang dan mahu buat kacau, kalau benarlah mereka mahu menawan Sabah mana mungkin Pengganas sulu datang sekadar 200 orang sahaja? Memang tak masuk akal kalau Penggans Sulu begitu bodoh membuat percaturan dengan sebanyak itu mana mungkin mampu menawan Sabah, jelas kehadiran mereka nampaknya sekadar mahu daruratkan Sabah supaya PRU 13 pastinya Sabah bakal tercicir...

    ReplyDelete
  80. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:30 PM

    Dengan pendedahan portal, media dan risikan Pilipina nampaknya mencari jalan selamat dengan berterus terang bahawa ini adalah angkara pengkhianat negara, ranpa segan silu mereka mengatakan aljub terlibat dan kaitan jelas tanpak kesinambungan dalam episode serangan Sulu di Sabah, Akhirnya Sabah juga gagal didaruratkan malah dengan keperihatianan kerajaan, manjadikan sokongan Rakyat Sabah bertambah jitu terhadap Barisan Nasional

    ReplyDelete
  81. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:30 PM

    Aljub nampaknya tetsepit dan harapan makin runcing, di semenanjung juga dia tahu bagaimana PKR mendapat sokongan, sebenarnya pengundi mengundi PKR bukan kerana tidak menyokong UMNO, sebaliknya mengundi PKR sebagai alternatif atau protes terhadap pemimpin tetapi bukan Parti, berpendapat sekali pun protes dan terus mengundi PKR pengundi yakin BNmasih mampu bertahan, malang nya bila semua berbuat pekara yang sama maka akhirnya terjadilah nasib yang menyebelahi aljub dan PKR,

    ReplyDelete
  82. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:31 PM

    Adakah aljub yakin dia boleh mendapat sokongan rakyat seperti 2008?, dia juga tahu pengundi cukup serik dan tidak akan melakukan kesalahan lagi kerana rakyat telahpun dihukum bila negeri-negeri yang ditadbir pembangkang cukup-cukup tersiksa, manamungkin mahu mengulangi kembali seperti sebelum ii, yang cukup jelas rakyat dah serik dan pastinya tidak akan mempersia-siakan undi kali ini.

    ReplyDelete
  83. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:31 PM

    Jadi berbalik pada tajuk awal, Untuk apa perhimpunan di dataran merdeka ketika undi sedang dikira? Kenapa perlu berhimpun ramai-ramai? Memang tidak logik kalau alsannya untuk meraikan kemenangan Pakartun Roket yang dia tahu berdasarkan segala urutan cerita belum tentu dia boleh menang sebaliknya tanda-tanda berakhirnya Parti Kencing Rakyat sudah tampak muncul...

    ReplyDelete
  84. PKR telah kalah PRU13 walau apa pun terjadiOctober 21, 2013 at 9:31 PM

    Apa lagi harapannya kalau bungkus kali nie, tak kan dia nak tunggu 5 tahun lagi dan dia jugak tahu kekalahan kali ini bakal menjadikan PKR sudah boleh ditalkin dan dicatakan sebagai sejarah, bagaimana pula nak jawab dengan taukey besar yang mahu pulangan setimpal dengan lambakan yang dia beri... Tak mustahil beb! Jalan akhir bila kalah, tiada pilihan kecuali rusuhan dan pembrontakan lembu-lembu didikan nya sebagai usaha terakhir...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.