Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI
Thursday, June 13, 2013
Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN hanya dpt undi popular dr Sabah dan Srwak. Maknanya,UMNO gagal di Semenanjung. Kenapa gagal?. Secara hakikat, UMNO tak layak mndabik dada dgn kemenangan pd PRU ke 13 lalu kerana :
ReplyDelete1) Penipuan besar2an oleh anasir jahat SPR
2) kemenangan besar hanya di sekitar BORNEO shj yg mnyaksikan rakyat
Sabah/Srwak mmenangkn BN kerana tak mau 'pihak luar' Borneo yg jadi
pmimpin mereka.
Maknaya,kemenangn BN utk kerusi parlimen bukan secara HAKIKI tetapi secara KONTRAK dan selayaknya di terminated bila2 masa.
Rakyat sabah unfi bn kerana tertarik dgn GST yg akan bn laksanakan
ReplyDeleterakyat sabah undi bn mengharapkan GST..tatap bn
ReplyDeleteJika ada usaha setengah pihak samada dikalangan orang Melayu atau rakyat yang lain untuk mencari pimpinan baru yang meyakinkan rakyat maka potensi untuk UMNO kembali pulih itu tetap ada. UMNO memerlukan manusia pemimpin yang lain dari yang ada sekarang ini bagi memusnahkan persepsi rakyat yang UMNO itu adalah parti rasuah dan jahat kepada situasi politik yang berlainan.
ReplyDeleteApabila UMNO menukar pimpinan dan berjaya memadamkan imej korup, lemah, salahguna kuasa dan sebagainya, maka tidak mungkin bagi parti-parti lain untuk mengambilalih kuasa dari mereka setidak-tidaknya satu hingga dua dekad yang akan datang.
Mohd Najib berkata masalah utama Umno/BN adalah imej dan persepsi. Imej Umno/BN dan persepsi mengenanya akan terus menjadi masalah kalau dakwaan-dakwaan terbuka – yang terbaru mengenai pemberian kontrak mencetak lapan juta naskhah manifesto BN dengan harga yang luar biasa - tidak dinafikan dengan fakta dan angka - atau mengenai adanya penasihat beliau yang memakai kereta mewah (macam Lamboghini) selepas PRU. Kalau bohong wajib dijawab bohong lengkap dengan fakta dan angka, kalau betul apakah tindakan yang PM berani lakukan? Dan Kemudian timbul pula satu teori baru iaitu Mohd Najib tidak akan diubah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi beliau akan disyaratkan berubah. Kalau teori ini benar-benar wujud dan praktikal, siapakah yang akan menentukan jenis perubahan yang Mohd Najib wajib lakukan?
ReplyDelete