DAP menuduh akhbar harian milik Umno - Utusan Malaysia - menyiarkan "pembohongan" dalam laporan muka depannya untuk membawa "agenda" pemiliknya supaya pendaftaran parti pembangkang itu dibatalkan.
NONELaporan itu memetik seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, pemilihan itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang
menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, laporan tersebut tidak mempunyai merit.
Katanya, ini kerana pemilihan peringkat cawangan adalah urusan tahunan parti itu dan tahun ini ia telah ditangguhkan dari April/Mei kepada Jun kerana pilihan raya umum ke-13.
NONE"Utusan Malaysia nak tipu sampai bila? Jelas ia nak beri tanggapan buruk dan negatif dengan motif akhirnya untuk memberi justifikasi
ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk membatalkan pendaftaran DAP," kata Loke (kiri dalam foto).
Tegasnya, walaupun jika ROS akhirnya mendapati DAP perlu mengadakan pemilihan CEC, senarai senarai perwakilan asal dari Disember lepas akan digunakan.
Oleh itu, hujahnya, tidak timbul persoalan pemilihan peringkat cawangan diadakan untuk menggagalkan sebarang pemilihan CEC.
Selain itu, katanya, ROS juga belum menemui sebarang kesalahan DAP. -MK
Thursday, June 6, 2013
Utusan Malaysia berbohong untuk jatuhkan DAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Benar atau tidak, serahkan kepada pohak berkuasa untuk membuat siasatan.
ReplyDeleteNONE"Utusan Malaysia nak tipu sampai bila? Jelas ia nak beri tanggapan buruk dan negatif dengan motif akhirnya untuk memberi justifikasi
ReplyDeleteMasalah dalaman biarlah DAP sendiri yang selesaikannya.
pandailah kita menilai
ReplyDeleteSaman lagi dia 100 juta...
ReplyDeleteTimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta pasukan polis menggunakan pendekatan lebih canggih dalam usaha mengubah persepsi negatif penduduk negara ini terhadap pasukan berkenaan
ReplyDeleteMenurutnya, bukan hanya dengan menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) semata-mata, tetapi menggunakan semua pendekatan yang ada khasnya melalui publisiti media.
ReplyDeleteGunakan semua pendekatan yang ada, sama ada media mainstream atau alternatif gunakan semuanya untuk memberitahu masyarakat tentang kejayaan dan peranan pasukan polis.
ReplyDeleteDedahkan peranan, beritahu tugas polis yang bermula sebaik sahaja keluar dari pusat latihan dan kita perlu beritahu bahawa hanya orang yang betul-betul terpilih menganggotai pasukan ini,
ReplyDeleteBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersamanya di Restoran Tawau Seafood yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib
ReplyDeleteHal ini kerana menurutnya, walau seribu perkara kebaikan dilakukan dan kejayaan yang dicapai, namun jika terdapat satu perkara buruk yang berlaku ia akan memadam semua kebaikan dan kejayaan yang diperolehi.
ReplyDeleteKejadian jenayah seperti ragut, samun yang berlaku lebih dihebohkan walaupun kadar jenayah menurun dikebanyakkan tempat, sedangkan kematian polis berkorban untuk negara tidak diendahkan
ReplyDeletePasukan polis juga katanya, perlu mengambil contoh dari negara Singapura yang begitu cepat menyebarkan maklumat kepada penduduknya mengenai sesuatu kejadian
ReplyDeleteMasyarakat perlu diberitahu apa yang berlaku, kita ini biasanya membuat kerja tetapi masyarakat tidak diberitahu, akhirnya apabila ada yang buruk orang lain akan bagi tahu, tapi bila kita buat yang baik tidak pula dihebohkan
ReplyDeleteJelasnya, pendekatan memaklumkan kepada masyarakat dengan kadar segera adalah amat penting bukan sahaja membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat bahkan juga menolak persepsi negatif kepada pasukan polis
ReplyDeleteDalam pada itu, beliau memuji dan mempercayai kebolehan pasukan polis ketika menjalankan operasi Ops Daulat yang telah menggunakan pendekatan media untuk memberitahu apa yang berlaku kepada masyarakat
ReplyDeleteKesedaran mengenai penjagaan alam sekitar serta kerjasama menggerakkan sumber-sumber pencegahan dan pengawalan penyakit adalah amat penting kepada semua lapisan masyarakat.
ReplyDeleteKerjasama dan sokongan semua pihak sama ada kerajaan dan bukan kerajaan terutama sekali penduduk kampung amat diperlukan dan tanggungjawab itu tidak seharusnya diserahkan kepada satu pihak sahaja untuk melaksanakannya.
ReplyDeleteKe arah itu, penduduk di Kampung Molisau, dekat sini telah mengadakan ‘Kempen Kebersihan Musnahkan Aedes’ di sekitar Balai Muhibbah dan bangunan KDCA di kampung itu, kelmarin.
ReplyDeleteKetua Kampung, KK Robert J. Tunggale berkata, baru-baru ini, pihaknya telah diberi surat oleh pihak berkaitan untuk megadakan gotong-royong di kampung itu.
ReplyDeleteProgram Kempen Kebersihan ini adalah susulan daripada surat perintah berkaitan Akta Pemusnahan Serangga Penyakit 1975 daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran bertarikh 24 Jun lalu,” katanya
ReplyDeleteMenurut beliau, kawasan persekitaran kampung itu telah dilihat oleh pihak kesihatan bahawa berpotensi menjadi tempat perlindungan dan pembiakan serangga terutamanya nyamuk Aedes.
ReplyDeleteJusteru, beliau sebagai salah seorang pemimpin terpanggil untuk mengadakan gotong-royong untuk kebaikan semua pihak bukan sahaja di kampung itu malah sebagai contoh kepada kampung sekitar
ReplyDeleteBercakap kepada media, beliau turut menasihati semua penduduk agar memungut dan membuang sampah di kawasan rumah masing-masing terutamanya bekas-bekas yang mengandungi atau boleh menakungi air dan menjadikan amalan kebersihan di dalam dan luar rumah sebagai tanggungjawab bersama
ReplyDeleteKawasan perumahan juga penting untuk dibersihkan supaya kelihatan ceria dan bebas daripada wabak penyakit terutama dengg
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua penduduk yang hadir, hari ini dan beberapa hari sebelumnya ada sebahagian penduduk termasuk belia yang sudah mendahului, semoga semangat kerjasama seperti ini akan berterusan
ReplyDeleteDalam pada itu, seorang penduduk, Julian Sibeh, 60an berkata, kebanyakan penduduk di mana-mana kawasan masih memandang ringan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan persekitaran rumah masing-masing
ReplyDeletePenduduk kadang-kadang membiarkan persekitaran rumah mereka dipenuhi sampah dan semak-samun sehingga menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes
ReplyDeleteprogram Kempen Kebersihan seperti itu baik di bangunan kegunaan kampung atau kawasan perumahan sendiri amat baik dibuat sekurang-kurangnya dua kali sebulan sebagai salah satu usaha mengurangkan nyamuk Aedes dan bahaya penyakit Denggi di kampung berkenaan
ReplyDelete