Thursday, May 9, 2013

PR Akan Buru Semua Yang Terlibat Dalam Penipuan PRU 13

Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu.

“Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita,” kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli.

Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13.

“Kita akan cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita.

“Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram,” katanya dalam ucapan di perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat”

“Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini.

“Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang,” katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini.

Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi.

133 comments:
Write comments
  1. Kejar Rafizi kejar jangan tak kejar. Bukan sahaja satu malaysia malah satu dunia mahu tahu ada atau tidak penipuan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Tindak-tanduk parti pembangkang yang dilihat cuba mengheret emosi penyokong mereka berkenaan keputusan pilihan raya umum ke-13 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

    ReplyDelete
  3. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Maslin Sham Razman berkata pelbagai persepsi akan ditimbulkan parti pembangkang terbabit khususnya menimbulkan pelbagai keraguan terhadap proses perjalanan pilihan raya Ahad lalu.

    ReplyDelete
  4. Justeru beliau tidak menolak pelbagai persepsi akan terus dimomokkan oleh pimpinan parti pembangkang dalam usaha memastikan keputusan pilihan raya umum lalu berterusan menjadi pertikaian.

    ReplyDelete
  5. “Mereka akan cuba timbulkan pelbagai ragam dan akan cuba wujudkan pelbagai persepsi dengan harapan rakyat akan mempercayai apa yang mereka ketengah dan dendangkan itu untuk kepentingan mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  6. “Kepada seluruh rakyat di negara ini, nilai dan hayatilah dengan mendalam bagaimana proses pilihan raya dijalankan. Jika bolehlah diadakan manipulasi dan sebagainya, takkan Selangor dan Kelantan serta Pulau Pinang terus mereka pertahankan selain kegagalan Barisan Nasional (BN) mencapai majoriti dua pertiga di peringkat Parlimen,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  7. Beliau yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan pada pilihan raya umum lalu seterusnya berharap segala ketidakpuasan hati mana-mana pihak dilakukan secara berhemah iaitu menerusi saluran perundangan yang sah.

    ReplyDelete
  8. Dalam pada itu beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi yang telah mengundi beliau pada Ahad lalu.

    ReplyDelete
  9. “Alhamdulillah saya bersyukur atas kemenangan tersebut dan insyaallah akan menggunakan kepercayaan tersebut untuk bersama-sama rakyat di Bukit Chandan. Saya sedia berkhidmat untuk mereka,” ujarnya.

    ReplyDelete
  10. rafizi nak jadi ejen 007 lagi.. haha.. lepas ni dia nak malukan diri dia lagi pla

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANG MERANCANG PERHIMPUNAN JAHAT

    Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berulang kali menegaskan pihaknya melarang sebarang sambutan atau perarakan oleh mana-mana parti politik sama ada yang menang atau kalah selepas keputusan PRU-13 diketahui esok, pakatan pembangkang telah merancang mengadakan perhimpunan rakyat yang akan bermula selepas tamat pengundian esok.

    Bagaimanapun polis memberi jaminan keselamatan kepada para pengundi di seluruh negara untuk mereka keluar mengundi esok. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana pasukan polis sentiasa bersiap sedia.

    Sumber memberitahu, perhimpunan itu dirancang dengan mengadakan perhimpunan di pusat-pusat penjumlahan undi di seluruh negara, bermula dengan gerakan propaganda menerusi SMS, media elektronik dan risalah yang bertujuan membangkitkan kemarahan penyokong dan ahli parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat.

    Dalam pada itu, pergerakan para penyokong sebuah parti pembangkang pembangkang di sekitar Serdang dan Bangi juga dirancang untuk menghala ke Putrajaya mulai petang esok dengan tempat berkumpul di Masjid Putra.

    Perancangan jahat itu tidak lain daripada usaha terdesak pembangkang kononnya untuk menunjukkan bantahan rakyat, setelah mendapati mereka tiada peluang menang pada PRU esok.

    Usaha itu dirancang kononnya perhimpunan tersebut menuntut satu pilihan raya yang adil, kata sumber itu.

    ReplyDelete
  12. Mustahil PR Mampu Bina Negara Stabil

    Pakatan pembangkang yang giat menabur fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin negara tidak mungkin dapat membina sebuah negara yang stabil seperti hari ini sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, ini kerana dasar perjuangan mereka berbeza iaitu Pas mahu memperjuangkan negara Islam tetapi DAP menentangnya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula membawa amalan pluralisme agama yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.

    “Pakatan pembangkang tidak ada titik temu, jadi segala dasar yang ingin dilakukan juga tidak akan berjaya kerana mereka tidak sependapat.

    Mustahil PR Mampu Bina Negara Stabil

    “Ketiga-tiga komponen itu, sifat dan fahamannya bercanggah yang jelas menunjukkan mereka tidak mungkin akan dapat membina kerajaan yang stabil,” katanya yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dalam majlis Wacana Ilmu di Tanjung Kling di sini semalam.

    Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan kerajaan sedia ada yang tahu arah tuju untuk negara ini.

    Sehubungan itu, beliau meminta rakyat menyemak rekod baik yang kerajaan telah lakukan termasuk pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang, simpanan wang dalam negara yang selesa, kadar inflasi terkawal dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat.

    Mustahil PR Mampu Bina Negara Stabil

    Tegasnya, apa yang rakyat dan negara kecapi pada masa sekarang ialah kesinambungan dan rekod baik daripada kerajaan sedia ada.

    “Kita sudah tahu track record kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi yang akan datang kita tidak tahu,” katanya.

    Oleh yang demikian ujar beliau, rakyat perlu membuat pilihan yang bijak atas pertimbangan rekod yang baik dan kesinambungan kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  13. RAFIZI JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"

    Kekalahan sebilangan pihak pada PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ahad lepas kini dikaitkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan 'kambing hitam'.

    Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, golongan tersebut sengaja meencari kesalahan SPR kerana enggan mengaku kekalahan yang dihadapi justeru menimbulkan pelbagai keraguan dan prsepsi negatif terhadap suruhanjaya tersebut.

    ReplyDelete
  14. RAFIZI JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"

    "Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada intergriti, tidak credible (dipercayai), suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap Saya rasa cerita yang dibawa ini satu pembohongan, dusta yang sangat melampau dan keji.

    "Kalau orang Islam yang buat ini dia memang tidak takut dosa besar nampaknya, Sebab bila kita semak semua pihak, soal putus bekalan ini tidak pernah berlaku," katanya kepada pemberita semalam.

    ReplyDelete
  15. RAFIZI JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"

    Tambahnya lagi, tindakan beberapa pihak yang menyebarkan gambar pengiraan proses pengundian yang dilakukan dalam gelap tidak pernah berlaku dalam SPR dan gambar tersebut mungkin menggunakan tipu helah kamera.

    Jelasnya, persepsi seperti ini menunjukkan SPR seperti sebuah badan yang tidak mempunyai integriti walaupun hakikatnya tugas SPR yang sebenarnya adalah bagi menyediakan ruang dan bukannya menentukan keputusan pilihan raya.

    ReplyDelete
  16. RAFIZI JADIKAN SPR "KAMBING HITAM"

    Isu dakwat kekal sebagai contoh katanya, pelbagai pihak cuba mempersoalkan kewibawaan SPR dengan menunjukkan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat yang dicalit pada jari pemilih yang telah mengundi.

    Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pengundi hantu, Abdul Aziz menimbulkan rasa kecewa kepada pihak yang mencetuskan kekecohan dengan bertindak berdasarkan emosi dan menghalang sesetengah pihak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

    Ujarnya, orang awam tidak berhak untuk menahan sesiapa serta memeriksa kesahihan kad pengenalan kerana hanya polis dan SPR sahaja berhak melakukan sedemikian.

    ReplyDelete
  17. Anwar memang terkenal dengan suka bermain dengan angka. Sebagai seorang graduan cukup makan pengajian Melayu, kebolehan memetik angka mampu menaikkan imejnya sebagai seorang yang bijak.

    ReplyDelete
  18. Namun, Anwar tidak sedar bahawa angka tidak boleh dipetik sesuka hati kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dimanipulasi sesuka hati. Kesilapan memetik angka, akan memperlihatkan bahawa Anwar sebenarnya tidaklah bijak. Antara angka yang pernah dipetik Anwar ialah, “2 bulan sahaja masalah Kampung Buah Pala akan selesai”, dan “2 minggu sahaja masalah flat di Padang Kota akan selesai”, atau “16 September saya akan jadi Perdana Menteri”. Semuanya ternyata auta belaka bukan fakta.

    ReplyDelete
  19. Dan sebelum pilihanraya umum ke-13 Anwar memetik angka berikut pula: 45,000 pendatang asing dibawa dari Sabah Sarawak untuk mengundi BN. Malah, lebih spesifik lagi, beliau juga turut ‘menunjuk bukti’ berbentuk dokumen yang dihitamkan di sana sini, yang kononnya menunjukkan bahawa 4,500 pendatang asing masuk melalui KLIA setiap hari. Dan 40,500 dari mereka sudah pun berada di Malaysia melalui 16 penerbangan sehari bermula dari 25 April 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,
      Jangan mbodohkan rakyat lah. Disabah orang dah tau ada beratus ribu pendatang asing yg ada IC. Anytime keluar masuk ke negeri negeri lain.

      Delete
  20. Malangnya, selepas pilihanraya, Anwar tidak lagi bermain dengan angka spesifik. Sebaliknya menuduh secara rambang dan rawak bahawa kononnya berlaku gangguan elektrik di beberapa tempat sewaktu proses pengiraan undi. Tetapi beliau gagal memberitahu di tempat mana dan berapa lama. Kononnya, selepas gangguan elektrik kotak undi bertambah. Tetapi beliau juga tidak pula boleh menyatakan berapa kotakkah pertambahan itu.

    ReplyDelete
  21. Beliau menuduh ramai warga Bangladesh telah didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu. Tetapi, beliau tidak menyatakan berapa ramai secara tepat mahupun pecahan-pecahan tempat di mana mereka mengundi. Malah, mereka yang kononnya menangkap warga Bangladesh dengan kad pengenalan palsu itu juga gagal membawa walaupun satu bukti dan seorang saksi bagi menguatkan tuduhan.

    ReplyDelete
  22. Secara tiba-tiba selepas PRU-13, ‘angka’ atau ‘fakta’ sudah tidak memainkan peranan lagi dalam ceramah dan ucapan Anwar. Sedangkan, jika Anwar ingin membuat bantahan, beliau perlu terlebih dahulu mengemukakan fakta dan angka ke atas semua tuduhan konon berlaku penipuan SPR itu. Dan inilah yang penyokongnya ingin dengar dalam Himpunan Bantah PRU-13 di Kelana Jaya .

    ReplyDelete
  23. Namun, walaupun Anwar ‘berjaya’ menipu penyokongnya sebelum pilihanraya ternyata Anwar telah gagal menjelaskan kenapa beliau masih gagal membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. ini kerana, selain menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan PR patut menang berdasarkan undi popular, Anwar tidak dapat membina satu ‘kes’ yang tulen ke atas semua tuduhannya.

    ReplyDelete
  24. Apa yang beliau mampu lakukan hanyalah mengajak penyokongnya terus berdemonstrasi di Ipoh dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini bagi meneruskan bantahan. Rungutan di kalangan hadirin terdengar berbunyi “bantahan atas dasar apa?” “Apakah asasnya?” Tetapi, soalan hanya tinggal soalan di celah-celah keriuhan jeritan semangat mereka-mereka yang belum tersedar. Justeru, pulanglah hadirin himpunan itu dalam keadaan keliru, hampa dan marah. Perlahan-lahan yang belum sedar tadi juga mula menyedari yang mereka telah diperbodohkan atau sememangnya bodoh selama ini.

    ReplyDelete
  25. Saya dalam membincang hal ini, cuma 2 atau 3 orang sahaja yang bercakap dan tidak setuju...Penyokong tegar UMNO ni..

    ReplyDelete
  26. Sementara semua orang menunggu giliran untuk membuang undi, sempatlah untuk melihat ‘perkembangan’ penipuan penyokong tegar PR. Secara tidak langsung ia dapat mengubah pendirian pengundi.

    ReplyDelete
  27. Penipuan ini adalah langkah terdesak PR untuk meraih undi dari rakyat Malaysia sementalah mereka sendiri sudah mengetahui akan menghadapi kekalahan teruk.

    ReplyDelete
  28. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak juga sudah menegaskan tidak ada pengundi hantu langsung dalam PRU13 dan ia disokong kuat oleh SPR. Jadi mengapakah PR dan penyokong-penyokong mereka terlalu tuli dan pekak untuk meneima kebenaran?

    ReplyDelete
  29. Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai penipuan ini tanpa usul periksa. Jika benar ada pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya

    ReplyDelete
  30. Adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN dalam PRU13 sedangkan BN menang tipis dan tewas undi popular?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi hantu tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  31. Ternyata, PR memang kalah dalam PRU13 dan membuktikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya tidak berhasil. Itulah kebenaran dan hakikat yang pahit untuk penyokong PR terima.

    ReplyDelete
  32. Tidak cukup dengan penipuan kononnya BN membawa pegundi hantu, mereka sekali lagi sebarkan penipuan dengan mengatakan berlakunya salah kira undi dengan terjadinya ‘blackout’.Walhal, insiden ‘blackout’ langsung tidak terjadi! Dan ia disahkan sendiri oleh pemimpin DAP dan wartawan pro-PR.

    ReplyDelete
  33. Apa yang pelik, penyokong PR menuduh BN sengaja adakan ‘blackout’ supaya salah kira undi berlaku tetapi bagaimana mereka cepat-cepat menyediakan lampu suluh? Alasan, takut berlakunya terputus bekalan elektrik.

    ReplyDelete
  34. Nampaknya, taktik Anwar menggunakan agenda penipuan telah diturunkan kepada penyokong-penyokong tergarnya yang telah buta hati dan akal. Padahal, pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13 di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  35. Paling tidak pun, fikirlah secara logik, jika benar keputusan tidak adil, mengapa BN masih tewas di tangan pembangkang untuk negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan?

    ReplyDelete
  36. Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat anjuran PR disifatkan sebagai menyemarakkan lagi sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Timbalan Presiden Gabung Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd Rahman berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya mengajak rakyat untuk menghormati sistem demokrasi negara bukan mencabar kerajaan.

    ReplyDelete
  38. “Tindakan PR menganjurkan perhimpunan tersebut seolah-olah tidak menghormati demokrasi. Apa yang mahu ditunjukkan adalah revolusi jatuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
  39. “Cara sebegini bukan politik matang, ini politik dendam, sepatutnya tidak ada dalam diri pemimpin kita,” katanya

    ReplyDelete
  40. Menurutnya, kejayaan PR menghimpunkan ribuan rakyat bukan perkara yang perlu dibanggakan.
    “Itu bukan indikator yang sepatutnya dan ini bukan isyarat untuk kaedah revolusi atau reformasi.

    ReplyDelete
  41. Jom Nilaikan : Jika PRU13 tidak telus & terdapat penipuan seperti yang didakwa...persoalannya...MENGAPA PEMERHATI SAMA ADA DARI WAKIL PARTI POLITIK ATAU WAKIL PEMERHATI ANTARABANGSA TIDAK TAMPIL UNTUK MEMBUAT LAPORAN? Yang sibuk mencanang adalah para pemimpin parti? Pelik? Nampaknya trend politik kini adalah - CANANG DULU, BUKTI KEMUDIAN = TUDUHAN TANPA BUKTI/SAKSI. Adakah ini tidak terfikir oleh para penyokong PR?...ingat...IKUT RASA-BINASA, IKUT HATI-MATI & IKUT AKAL-KEKAL.

    ReplyDelete
  42. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama.

    ReplyDelete
  43. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang. Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?

    ReplyDelete
  44. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Hakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR. “Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang … bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.

    ReplyDelete
  45. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula. PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.

    ReplyDelete
  46. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan. Mereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.

    ReplyDelete
  47. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu dijadikan senjata bagi menyemai perasaan ‘sakit hati’ kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  48. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Impak permainan psikologi meraih simpati ini jelas dilihat dengan kemenangan besar PR di Selangor, malah BN pula memperoleh bilangan kerusi yang sedikit kerana secara realitinya tiada siapa yang mahu menggunakan pengundi hantu untuk kalah, apatah lagi kalah dengan majoriti besar.

    ReplyDelete
  49. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Namun sehingga semalam, tanpa rasa bersalah dan malu PR tetap mempertahan penipuannya itu dan kali ini lebih kepada mendakwa SPR gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil khususnya di Selangor.

    ReplyDelete
  50. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa antara kerusi yang ‘dicemari’ dengan aduan salah laku ketika pengundian termasuk pengundi hantu itu ialah kerusi parlimen Shah Alam dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Meru, Sekinchan dan Ijok.

    ReplyDelete
  51. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Jika benar pengundi hantu wujud di empat kawasan itu, maka logiknya pengundi hantu ini menyumbang kepada kemenangan ketiga-tiga parti, iaitu PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam dan kerusi DUN Meru, manakala PKR dan DAP masing-masing menang kerusi DUN Sekinchan dan kerusi DUN Ijok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi hantu tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  52. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Malah mereka menang dengan majoriti selesa di kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Khalid Abdul Samad menang dengan majoriti 10,939 undi, DUN Meru Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman menang dengan majoriti 9,079 dan kerusi DUN Sekinchan menyaksikan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng See Lim menang majoriti undi 2,239.

    ReplyDelete
  53. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Namun apabila ditanya sama ada ketiga-tiga parti itu akan mengemukakan petisyen pilihan raya ke atas keputusan di Selangor khususnya empat kerusi itu, Azmin berdolak dalik dalam memberikan jawapan. Setelah diasak wartawan, beliau berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji aduan yang diterima terlebih dahulu. Pandai pula mereka mahu mengkaji dahulu sebelum bertindak atau bercakap apabila terkena batang hidung sendiri.

    ReplyDelete
  54. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Penipuan isu pengundi hantu oleh PR ini sepatutnya menuntut rakyat, terutama yang menyokong atau percaya secara melulu tanpa menimbangkan logik tuduhan itu, lebih berhati-hati dalam reaksi dan tindakan mereka untuk tidak mengeruhkan dan menghuru-harakan proses demokrasi negara dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui PRU yang telus.

    ReplyDelete
  55. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Anwar memang terkenal dengan suka bermain dengan angka. Sebagai seorang graduan cukup makan pengajian Melayu, kebolehan memetik angka mampu menaikkan imejnya sebagai seorang yang bijak. Namun, Anwar tidak sedar bahawa angka tidak boleh dipetik sesuka hati kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dimanipulasi sesuka hati. Kesilapan memetik angka, akan memperlihatkan bahawa Anwar sebenarnya tidaklah bijak.

    ReplyDelete
  56. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Antara angka yang pernah dipetik Anwar ialah, “2 bulan sahaja masalah Kampung Buah Pala akan selesai”, dan “2 minggu sahaja masalah flat di Padang Kota akan selesai”, atau “16 September saya akan jadi Perdana Menteri”. Semuanya ternyata auta belaka bukan fakta.

    ReplyDelete
  57. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Dan sebelum pilihanraya umum ke-13 Anwar memetik angka berikut pula: 45,000 pendatang asing dibawa dari Sabah Sarawak untuk mengundi BN. Malah, lebih spesifik lagi, beliau juga turut ‘menunjuk bukti’ berbentuk dokumen yang dihitamkan di sana sini, yang kononnya menunjukkan bahawa 4,500 pendatang asing masuk melalui KLIA setiap hari. Dan 40,500 dari mereka sudah pun berada di Malaysia melalui 16 penerbangan sehari bermula dari 25 April 2013.

    ReplyDelete
  58. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Malangnya, selepas pilihanraya, Anwar tidak lagi bermain dengan angka spesifik. Sebaliknya menuduh secara rambang dan rawak bahawa kononnya berlaku gangguan elektrik di beberapa tempat sewaktu proses pengiraan undi. Tetapi beliau gagal memberitahu di tempat mana dan berapa lama. Kononnya, selepas gangguan elektrik kotak undi bertambah. Tetapi beliau juga tidak pula boleh menyatakan berapa kotakkah pertambahan itu.

    ReplyDelete
  59. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Beliau menuduh ramai warga Bangladesh telah didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu. Tetapi, beliau tidak menyatakan berapa ramai secara tepat mahupun pecahan-pecahan tempat di mana mereka mengundi. Malah, mereka yang kononnya menangkap warga Bangladesh dengan kad pengenalan palsu itu juga gagal membawa walaupun satu bukti dan seorang saksi bagi menguatkan tuduhan.

    ReplyDelete
  60. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Secara tiba-tiba selepas PRU-13, ‘angka’ atau ‘fakta’ sudah tidak memainkan peranan lagi dalam ceramah dan ucapan Anwar. Sedangkan, jika Anwar ingin membuat bantahan, beliau perlu terlebih dahulu mengemukakan fakta dan angka ke atas semua tuduhan konon berlaku penipuan SPR itu. Dan inilah yang penyokongnya ingin dengar dalam Himpunan Bantah PRU-13 di Kelana Jaya semalam.

    ReplyDelete
  61. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Namun, walaupun Anwar ‘berjaya’ menipu penyokongnya sebelum pilihanraya ternyata Anwar telah gagal menjelaskan kenapa beliau masih gagal membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. ini kerana, selain menuduh SPR menipu, bersekongkol dengan BN dan PR patut menang berdasarkan undi popular, Anwar tidak dapat membina satu ‘kes’ yang tulen ke atas semua tuduhannya.

    ReplyDelete
  62. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Apa yang beliau mampu lakukan hanyalah mengajak penyokongnya terus berdemonstrasi di Ipoh dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini bagi meneruskan bantahan. Rungutan di kalangan hadirin terdengar berbunyi “bantahan atas dasar apa?” “Apakah asasnya?” Tetapi, soalan hanya tinggal soalan di celah-celah keriuhan jeritan semangat mereka-mereka yang belum tersedar.

    ReplyDelete
  63. TUDUHAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP SPR HANYA PERMAINAN PSIKOLOGI TERDESAK BAGI MERAIH SOKONGAN,, ATAU MUNGKIN MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN KHIDMAT PENGUNDI HANTU

    Justeru, pulanglah hadirin himpunan itu dalam keadaan keliru, hampa dan marah. Perlahan-lahan yang belum sedar tadi juga mula menyedari yang mereka telah diperbodohkan atau sememangnya bodoh selama ini.

    ReplyDelete
  64. Pentas politik kecoh seketika apabila blog dan portal pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan kononnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan membuat pengumuman untuk keluar parti.

    ReplyDelete
  65. Tambah memeranjatkan lagi apabila, beberapa orang ahli parlimen dari PKR turut dikatakan akan mengambil tindakan yang sama sebagai tanda sokongan terhadap ‘anak emas’ Anwar Ibrahim itu.

    ReplyDelete
  66. Malah pihak media dan para blogger turut menerima jemputan untuk menghadiri sidang akhbar khas yang akan dilakukan oleh Azmin di salah sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur. Ia semakin mengesahkan laporan yang telah dikeluarkan oleh portal yang menjadi lidah rasmi untuk pakatan pembangkang itu sebelum ini.

    ReplyDelete
  67. Isu ini dibangkitkan oleh Azmin sendiri yang nyata kecewa dengan tindakan Anwar dan Wan Azizah yang menolak untuk mencalonkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor (MB). Sedangkan menurutnya, Anwar sebelum ini telah berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada dirinya.

    ReplyDelete
  68. Namun disebabkan desakan yang kuat dari Wan Azizah selaku Presiden parti, Anwar akhirnya terpaksa akur engan kehendak tersebut bagi mengelakkan masalah yang lebih besar ditimbulkan oleh ‘isteri kesayangannya’ itu.

    ReplyDelete
  69. Lihat sahaja bagaimana sebelum ini, Anwar akhirnya terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak Azizah yang bertegas mahu Khalid diletakan bertanding di kerusi DUN walaupun mendapat tentangan hebat dari Azmin.

    ReplyDelete
  70. Kegagalan Anwar untuk tunduk dengan desakan isterinya sebelum ini itu telah menyebabkan Presiden PKR itu memboikot program jelajah Anwar selama 3 hari, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penyokong mereka.

    ReplyDelete
  71. Namun sejurus selepas pengumuman Anwar untuk mencalonkan Khalid bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang, kelibat Azizah kembali muncul mengiringgi program jelajah Anwar di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  72. Malah Azizah sendiri sebelum ini turut mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi DUN di Selangor sebagai alasan untuk menyekat kemaraan Azmin. Kerana secara lojiknya, sebagai Presiden parti dia merasakan lebih layak untuk diletakkan sebagai MB Selangor. Di tambah dengan alasan perlantikan tersebut akan menyebabkan PKR dipandang tinggi dan menjadi pembuka sejarah kerana meletakkan wanita sebagai calon MB yang pertama.

    ReplyDelete
  73. Isu pergeseran antara Azmin – Azizah ini, akhirnya reda buat seketika apabila semua penyokong mereka memberikan tumpuan kepada kempen pilihanraya. Ia kembali hangat apabila Azmin melihat Anwar cenderung dengan desakan Azizah yang mahukan agar Khalid kembali diberi mandat mentadbir Selangor.

    ReplyDelete
  74. Malah sidang akhbar yang diadakan telah dijadikan medan untuk Azmin menghentam Khalid yang dikatakan GAGAL melaksanakan tugasnya dengan betul. Pelbagai isu dibangkitkan sehingga ada dikalangan petugas media yang merasakan Azmin sedang ‘gila meroyan’.

    ReplyDelete
  75. Tidak cukup dengan itu, Azmin turut menjadikan Azizah sebagai tempat untuk melampiaskan kemarahaannya kerana dikatakan telah menyerahkan perlantikan Khalid sebagai MB kepada Istana tanpa persetujuan PKR negeri.

    ReplyDelete
  76. Menurut sumber tersebut, Azmin berang apabila mesyuarat tergempar yang dipengerusikan olehnya pada Khamis lalu telah bersetuju untuk mengemukakan 3 nama bagi dipertimbangkan oleh pihak Istana sebagai MB. Namun Azizah dikatakan enggan menandatanggi surat tersebut yang mencalonkan nama Azmin, Nik Nazmi dan Shuhaimi Shafie sebagai MB Selangor.

    ReplyDelete
  77. Ekoran tindakan tersebut, Azmin mendakwa Azizah selaku Presiden telah mengamalkan nepotisme dan pilih kasih. Malah dia turut menempelak Pas dan DAP yang sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong Khalid Ibrahim.

    ReplyDelete
  78. Baru jawatan MB selangor pun dh kecoh........Kalo PR jadi pemerintah............sure MALAYSIA ada 3 Perdana Menteri..........1Malaysia bole jadi 3Malaysia.Berebut-berebut-berebut....

    ReplyDelete
  79. Semua sindiket penipuan harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  80. Isu pendatang asing mengundi bukan isu baru lagi.

    ReplyDelete
  81. Perlukan bukti yang kukuh atas tuduhan ini.

    ReplyDelete
  82. BN masih tidak sedar apakah masalahnya.

    ReplyDelete
  83. Politik Malaysia sudah sakit.

    ReplyDelete
  84. Di Sabah, terdapat juga khabar2 angin & cerita2 kedai kopi mengatakan bahawa PKR ada bagi duit kepada pengundi. Mungkin Rafizi berminat untuk siasat??

    ReplyDelete
  85. Berjanji memang mudah, apatah lagi dengan penyokong fanatik PR yang walaupun PR tidak tunai janji, akan tetap sokong buta tuli.

    Namun, begitu, dengan penyokong yang tidak begitu fanatik, tidak buta dan tidak tuli agak sukarlah untuk berjanji kerana mereka akan mula menilai janji-janji sebelumnya yang masih tidak tertunai satu pun.

    ReplyDelete
  86. Apatah lagi dengan bukan penyokong kerana mereka pastinya bukan sahaja tidak percaya malah akan menghalusi setiap satu janji tersebut untuk melihat dari segi praktikal dan logik perlaksanaannya.

    Blog-blog pembangkang giat menguwar-uwarkan bagaimana BN merasa tercabar dengan janji-janji PR.

    ReplyDelete
  87. Hakikatnya, tiada siapa yang tercabar pun malah hampir semua pemimpin dan penyokong BN yang membaca janji-janji PR kalau tak ketawa berguling-guling, hanya akan mencebikkan saja mulut kerana malas melayan orang-orang gila yang membuat janji gila juga.

    ReplyDelete
  88. Melihat dari gelagat pemimpin PR yang umpama beruk sarkas dengan mentaliti yang juga sama dengan binatang itu yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita buat kesimpulan yang PR tidak berupaya langsung untuk menunaikan janji mereka. Jangan pula kita terkejut jika mereka tidak berniat pun untuk menunaikan janji-janji tersebut.

    ReplyDelete
  89. Segala janji itu hanyalah janji politik, janji pilihan raya atau janji undi semata-mata.

    Satu-satunya yang boleh dijanjikan akan berlaku dalam masa 100 hari pemerintahan PR, sekiranya mereka berjaya mendapat mandat menjadi kerajaan ialah, huru-hara.

    ReplyDelete
  90. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  91. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

    ReplyDelete
  92. Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

    ReplyDelete
  93. Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

    ReplyDelete
  94. Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad.

    ReplyDelete
  95. Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.

    ReplyDelete
  96. Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  97. Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

    ReplyDelete
  98. Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

    Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU.

    ReplyDelete
  99. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) walaupun dengan majoriti kecil kerana itu adalah pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  100. rakyat telah menunaikan pilihan mereka dan kerajaan BN telah berjaya menubuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
  101. Beliau berkata negara telah melalui proses pilihan raya lepas dengan aman dan teratur sehingga pemerhati bebas dan negara luar mengiktiraf proses demokrasi diamalkan Malaysia.

    ReplyDelete
  102. “Beliau (Anwar) tidak berpuas hati dan enggan mengiktiraf apa-apa keputusan selagi beliau tidak menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  103. “Itu sahaja yang beliau mahu dari dahulu hingga sekarang, rakan-rakannya yang menang di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sudah angkat sumpah.

    ReplyDelete
  104. “Apakah pilihan raya di kawasan mereka menang itu bersih dan semua kawasan yang mereka kalah itu tidak bersih,” soalnya apabila diminta mengulas penganjuran perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ anjuran pembangkang di Kelana Jaya malam Rabu lepas.

    ReplyDelete
  105. Sebuah portal berita melaporkan pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 50,000 orang itu Anwar antara pemimpin pembangkang yang berucap, menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menurutnya turut menipu ketika mengendalikan pilihan raya lepas.

    ReplyDelete
  106. Orang ramai yang datang termasuk Anwar serta rakan seperjuangannya memakai pakaian serba hitam sebagai tanda terkuburnya rejim BN dan UMNO diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    Anwar turut dipetik dalam ucapannya antara lain berkata Pakatan Rakyat akan tetap berjuang untuk menumbangkan rejim tidak sah dipimpin Najib dan memastikan 30 kerusi yang didakwa ditipu BN akan ditawan kembali.

    ReplyDelete
  107. “Apa lagi yang Anwar mahu? Kalau ada yang tak betul atau kecurigaan dalam Pilihan Raya Umum lalu, bawalah ke mahkamah tetapi saya percaya Anwar akan katakan mahkamah kita mungkin tidak adil.

    ReplyDelete
  108. “Anwar tidak peduli soal keamanan atau kesejahteraan awam, bagi beliau yang penting ialah agenda politiknya yang semakin keji dan hina.

    ReplyDelete
  109. “Mana beliau mendapat wang begitu banyak untuk membiayai pilihan raya ini dan sudah tentu perhimpunan semalam (kelmarin) memerlukan perbelanjaan yang besar.

    ReplyDelete
  110. Penganjuran perhimpunan seumpama itu katanya, hanya mengundangkan banyak masalah dan ketidakselesaan kepada orang awam dan pada masa sama menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

    ReplyDelete
  111. “Sama ada ini ‘tsunami Cina’ atau ‘tsunami Malaysia’ itu bukannya isu sekarang, yang penting sekarang ialah BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN adalah pemenang yang sah dan berhak membentuk kerajaan,” ujarnya.

    ReplyDelete
  112. “Seolah-olah beliau sahaja yang betul. Kita tidak boleh menerima pemimpin seperti ini. Penganjuran perhimpunan ini adalah untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan mendatangkan ketidakstabilan kepada negara.

    ReplyDelete
  113. “Kelemahan dan kesalahan sistem adalah pendapat dan pandangan beliau dan kawan taksubnya sendiri.

    ReplyDelete
  114. Kebanyakan orang lain menerima sistem ini, jangan bebankan rakyat dan negara dengan ketaksubannya itu. Ini tidak wajar dan tidak demokratik.

    ReplyDelete
  115. Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.

    ReplyDelete
  116. "Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini Sabtu.

    Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.

    ReplyDelete
  117. Beliau berkata SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan perjalanan pilihan raya.

    SPR katanya akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR.

    ReplyDelete
  118. Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya yang juga Pengerusi Bersih S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan yang menyalahi undang-undang itu.

    Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan usaha terhadap perpaduan kaum.

    "Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak muda," katanya.

    ReplyDelete
  119. Ekarang sudah 5 bulan berlalu, mana sudah pesalah yang kononya dikejar oleh RAFiFi ini??? Mana? Kerajaan Malaysia patutu menyaman si jahanam pembangkang ini.

    ReplyDelete
  120. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:12 PM

    Sudah lebih tiga minggu Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 berlalu, namun sehingga kini masih belum ada sebarang bukti yang didedahkan oleh Pakatan Pembangkang yang mendakwa terjadinya blackout dan penipuan undi yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dan juga Barisan Nasional (BN) ketika hari pengundian sedang berlansung.

    ReplyDelete
  121. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:13 PM

    Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, dakwaan kepimpinan Pakatan Pembangkang yang mengatakan berlakunya blackout dan penipuan undi itu sebenarnya sudahpun dirancang oleh mereka sekiranya keputusan PRU 13 baru-baru ini tidak memihak kepada pakatan.

    ReplyDelete
  122. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:13 PM

    “Bagi saya ini jelas merupakan agenda terancang Pakatan Pembangkang. Jika mereka tewas, maka fitnah dan tohmahan terhadap BN dan SPR akan dilancarkan melalui ceramah-ceramah umum mereka di serata negeri.

    ReplyDelete
  123. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:13 PM

    “Ia bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan untuk membentuk persepsi rakyat bahawa SPR dan BN berpakat untuk mengatur kemenangan yang berpihak kepada BN. Sedangkan, keputusan PRU itu merupakan keputusan rakyat dan bukannya percaturan sesiapa,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

    ReplyDelete
  124. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:14 PM

    Tambah beliau lagi, beliau merasa pelik melihat gelagat pemimpin pembangkang apabila mereka tidak pula mengatakan wujudnya penipuan undi atau blackout di negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    ReplyDelete
  125. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:15 PM

    “Justeru itu saya minta agar rakyat membuka mata dan jangan tertipu dengan mainan politik pakatan pembangkang yang ingin mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap BN dan kerajaan.

    ReplyDelete
  126. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:15 PM

    “Saya juga berkeyakinan, majoriti rakyat hari ini sudah semakin jelak dengan sikap pakatan pembangkang yang tidak habis-habis berpolitik dan menabur fitnah terhadap kerajaan, sedangkan mereka sendiri tidak mampu untuk mendatangkan bukti diatas apa yang mereka dakwa itu,” tegas beliau.

    ReplyDelete
  127. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:16 PM

    Beliau juga meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang cuba menghasut rakyat dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara di dalam negara.

    ReplyDelete
  128. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:16 PM

    “Tindakan pemimpin Pakatan yang mengadakan ceramah dan himpunan haram di seluruh negara dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan telah menimbulkan rasa resah di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  129. Tiada Bukti Penyelewengan PRU 13September 29, 2013 at 8:17 PM

    “Himpunan haram seperti ini juga akan membantutkan kelansungan proses pembangunan ekonomi dan sosial negara. Saya rasanya, sudah sampai masanya untuk kerajaan bertindak tegas untuk mencegah perkara yang lebih buruk berlaku yang dapat menjejaskan keharmonian, keamanan dan ekonomi negara,” tegasnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.