Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunami Cina' disanggah banyak pihak.
Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.
Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.
"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.
"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.
Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.
Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.
Generasi Y, orang Islam
Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.
Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.
"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.
"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.
Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.
Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.
"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.
Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.
"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.
"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya. -HD
Tuesday, May 7, 2013
PRU 13 adalah tsunami Kedua Pilihanraya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apasal orang Cina takut balik China??!! balik China la. baru tau langit tinggi ka, rendah ka??!! di Malaysia buat onar. Cina tetap Cina & sentiasa anti Kerajaan BN.
ReplyDeleteJangan naikkan kemarahan orang tempatan! nanti kami semua bangkit & halau pendatang Cina pula. sudahla belagak, jahat & x bersyukur pula. Nyaris pemimpin2 kami pujuk jangan sesekali cedera, rompak & ancam anak2 Cina.. kami ikutla
jika lu terus belagak + sombong di tempat kami, SIAP!!
Walaupun PR gagal dalam kempen “Ubah” dan “Ini Kalilah” untuk menguasai kerajaan pusat, namun ia memperluaskan kehadirannya di semua negeri...BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi gagal menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
ReplyDeleteAdakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?
ReplyDeleteWalaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.
BN masih boleh berbangga kerana tanpa sokongan cina BN masih boleh memenangi PRU13. Syabas Melayu dan Bumiputera yang menyokong BN.
ReplyDeletewahai org melayu BN sial ko mmg sial.nak halau orang cina balik cina.ko ingat ko asal malaysia ke.ko pon patut balik indon la dasar Oi melayu BN merempat,bodoh punya melayu BN.ko jage mulut ko yer melayu BN.Jgn nk wujudkan isu perkauman.UMNO mmg parti recist.cakap berdegang degung hidup melayu.bila org cina tak sokong mulalah isu tak mengenang budi ko keluarkan.Aku melayu PR dan org cina hanya mahukan perubahan kepada yang lebih baik,kami benci kronisma serta penindasan rakyat secara halus.Harapan kami hanya mahu malaysia baru yang mengangkat martabat rakyat.Bukan berpolitik hanya untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.Tapi ingatlah wahai orang UMNO orang cina sudah hilang kepercayaan kepada kamu dan akan tolak BN sampai bila2.hahahahhahahahahahaahha rasakan gelombang perubahan sudah terpancar hanya retak menunggu belahhhh.Hancur UMNO BE END.............Takbirrrrrrrr.
ReplyDelete