Tuesday, May 7, 2013

Rakyat bersama Pakatan, Umno-BN menang kerusi

Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Selesai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.

Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan “kekalahan”. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.

Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.

Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.

Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU13 tetap sejak dari PRU1 lagi.

Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inilah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar menyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN.

Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan.

Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3 peratus undi manakala UBN mendapat 46.8 peratus. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN.

Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara.

Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan?

Berdasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5 peratus adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan.

Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib dan pemimpin BN tidak boleh merasa “manggak” dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama.

Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 82 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah sebanyak tujuh kerusi. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi.

Manakala dari segi kedudukan kerusi negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi manakala dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot.

Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Begitu juga di Perak. Pakatan Rakyat kekurangan juga dua kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat.

Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat.

Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat post-mortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita “menang kalah” perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang.

Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5 peratus adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketehaui oleh semua dunia. — msomelayu.blogspot.com

119 comments:
Write comments
  1. Itulah namanya kemenangan. Biar berbeza satu kerusi,perlembagaan menyatakan yang lebih satu kerusi tetap menang. Anwar selagi tidak menang, biarpun sehingga PRU 20, SPR tetap tidak telus baginya.

    Jumlah puluhan ribu yang dtg mendengar ceramah pakatan bukan bermakna mereka menyokong, tetapi sekadar hendak mendengar cercaan dan fitnah yang dilemparkan tanpa bukti, hanya menyedapkan telinga. Penonton yang dtg tidak dpt menyaksikan apa yang berlaku di ceramah pakatan kerana tiada liputan di tv dan terikut-ikut hasutan kwn.

    Ceramah BN tidak ramai yang datang kerana mereka tahu apa yg akan, sedang dan akan dibuat oleh kerajaan,bukan bercakap kosong. Berapa ramai cendiakawan dari Pakatan yang lari, yang berkawan baik berpuluh tahun pun cabut meninggalkan Anwar.

    Oleh yang demikian,berfikirlah secara rasional dan profesional. Mengapa kita tidak berjaya menawan PUTERA JAYA! Ada sesuatu yang menyebabkan kita tewas. Bagi kerajaanbaru yang dibentuk juga perlu bermuhasabah,mengapa suara rakyat semakin berkurang. Uruslah negara dengan baik dan berhemah. Ini lah masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang baru dibentuk. Inilah peluang terakhir diberi rakyat untuk membuat transformasi yang sebenar-benarnya seperti yang diwar-warkan.

    Jika tidak inilah kali terakhir BN menetap di PUTERA JAYA!

    ReplyDelete
  2. cuba lagi la next pru....nyawa panjang lagi bah...ini kali kalah maybe lain kali boli menang...yg penting demokrasi, jika anwar ibrahim lebih mementingkan demokrasi dia tidak akan kisah siapa pun yg akan jadi PM untuk pakatan nanti....kecuali dia memang mahukan jawatan itu!!!!

    ReplyDelete
  3. Suara-suara mencebik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah kedengaran. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan emel dari kumpulan penyokong Pak Lah mulai kedengaran menggesa Mohd Najib berundur kerana pencapaian yang lebih teruk daripada 2008.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak menyatakan pencapaian Mohd Najib sesuatu yang hebat dan gah, namun ia masih boleh dibanggakan. Saya percaya fakta akan menunjukkan bahawa pencapaian Barisan Nasional di bawah Mohd Najib jauh lebih baik daripada Pak Lah. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka Pak Lah. Ini sekadar mahu mengingatkan kumpulan ini bahawa nasihat-nasihat mereka yang telah merosakkan Pak Lah tidak diperlukan dalam arus politik hari ini.

    ReplyDelete
  5. “Kumpulan ini menulis jika ketika BN hanya mendapat 140 kerusi Pak Lah diminta berundur oleh Muhyiddin dan pasukannya, mengapa sekarang bila Mohd Najib hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, beliau dan Muhyiddin tidak berundur?” Namun kita kena ingat bahawa pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah.

    ReplyDelete
  6. BN telah hilang 5 negeri – Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kepada Pakatan dalam pilihan raya lalu. Penguasaan ke atas Selangor dan Pulau Pinang menjadikan jentera Pakatan kali ini berkali ganda lebih baik daripada jentera mereka pada 2008. Manakala kedudukan mereka di Kedah dan Kelantan menjadikan kedudukan UMNO sendiri goyah.

    ReplyDelete
  7. Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), kali ini ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi. Jik Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan dikelilingi oleh penasihat-penasihatnya yang bodoh itu, kita sudah menjadi pembangkang hari ini.

    ReplyDelete
  8. Berhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.

    ReplyDelete
  9. Pada zaman Pak Lah, UMNO mengalami perpecahan dan menuju kehancuran yang serius sehingga menyebabkan kita kehilangan Kedah, Perak dan Selangor serta kalah teruk di Kelantan. Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri keluar UMNO sebagai menyatakan kekecewaan beliau kepada Pak Lah. Situasi dalam UMNO hari ini sangat berlainan sama sekali. UMNO kembali menjadi Menteri Besar di Kedah dan Perak.

    ReplyDelete
  10. Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.

    ReplyDelete
  11. Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

    ReplyDelete
  12. Ini bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.

    ReplyDelete
  13. Kehilangan tujuh kerusi Parlimen memang agak mengecewakan, namun Mohd Najib telah berjaya menambah sokongan pengundi terhadap BN daripada 4 juta pada 2008 kepada 5.3 juta pada 2013. Dan kita semua tahu, pengurangan kerusi ini bukan kerana isu polisi yang lemah, kepimpinan yang lemah atau kebencian rakyat kepada kepimpinan negara seperti 2008.

    ReplyDelete
  14. Sebaliknya, peningkatan kerusi Pakatan kali ini hanyalah kerana kaum Cina mahu DAP berkuasa besar dalam politik negara. Ini telah saya bincangkan dalam siri kedua analisis PRU 13 semalam.

    ReplyDelete
  15. Jadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.

    ReplyDelete
  16. Namun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini. Ini telah saya nyatakan dalam siri pertama analisis PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  17. Kepada sahabat-sahabat yang menulis membelasah Mohd Najib dan Muhyiddin hari ini, tanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?

    ReplyDelete
  18. Mohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!

    ReplyDelete
  19. Agak lucu dengan keletah dan permainan mulut yang dilakukan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  20. 5 Mei lepas melihatkan kejayaan besar BN menang penuh bergaya apabila keputusan PRU ke-13 menunjukkan DAP cuma kekurangan dua kerusi daripada yang dimatlamatkan. PAS pula singkat 19 kerusi daripada sasaran. Namun yang mencatatkan kegagalan terbesar ialah PKR yang kurang dua puluh kerusi. Berbeza dengan matlamat awal Anwar di mana beliau mahukan PKR menang 50 kerusi, DAP 40, dan PAS 40.

    ReplyDelete
  21. Jumlah 130 kerusi ini dikatakan bakal menyebabkan BN longlai dengan hanya 90 kerusi Dewan Rakyat lantas mampu membuatkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan UMNO menjadi pembangkang di Malaysia. Tetapi, matlamat Anwar itu tidak menjadi kenyataan dan hanya kekal berada di awang-awangan sahaja.

    ReplyDelete
  22. Pastinya, Anwar sendiri tidak dapat menutup kekecewaannya di mana impian untuk menakluk Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak berhasil.

    ReplyDelete
  23. Tetapi, peribadi Anwar tetap Anwar yang dulu, tidak mahu menerima kekalahan dan malu yang ditanggung akibat janji yang dibuat olehnya sendiri tidak dapat ditepati.

    ReplyDelete
  24. Baru sahaja SPR mengumumkan BN menang, Anwar sudah mulai buat perangai ‘meroyannya’. Nampaknya, Anwar tidak akan mengotakan janji dirinya sendiri yang mahu bersara.

    ReplyDelete
  25. Sekarang ini, Anwar semakin giat untuk melancarkan misinya menambahkan lagi rasa kebencian rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hati rakyat Malaysia dengan mengatakan SPR masih lagi tidak berlaku adil.

    ReplyDelete
  26. Beliau turut menyifatkan pilihan raya yang berlangsung di seluruh negara ini sebagai pilihan raya yang paling teruk dalam sejarah.

    ReplyDelete
  27. Selepas malu, Anwar menuding jari dan mendongak langit dengan menyalahkan SPR selepas Pakatan Rakyat tidak menang besar.

    ReplyDelete
  28. Walhal, rakyat sendiri bijak membuat keputusan untuk mengundi dalam menentukan pimpinan parti mana yang terbaik untuk terus mentadbir negara kita iaitu parti BN.

    ReplyDelete
  29. Ini kerana, sejak awal lagi, rakyat sendiri melihat betapa besarnya kepincangan dalam parti pembangkang yang sentiasa tidak bersatu hati dalam mencapai kata sepakat untuk mentadbir Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Cuba kita renungkan, kalau Anwar sendiri tidak mampu memenuhi janji dirinya sendiri yang mahu bersara, inikan pula mampu untuk beliau penuhi janji-janji kepada rakyat.

    ReplyDelete
  31. Kepada Anwar, kalau tidak ada rasa bersedia lagi mahu bersara, cakap terus-terang sahaja. Tidak perlu untuk menuduh dan menuding jari kepada pihak lain atas kekalahan teruk yang PR terpaksa hadapi.

    ReplyDelete
  32. Anwar juga menuduh SPR bersubahat dalam penipuan pilihan raya dengan bersengkongkol dengan BN dan UMNO. Tuduhannya Anwar ini langsung tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  33. Jadi, Anwar tanpa ada rasa malu telah menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat untuk berhimpun di Stadium Kelana Jaya pada Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas keputusan pilihan raya itu.

    ReplyDelete
  34. Negara ini mencapai kemajuan dan pembangunan yang hebat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beliau meneraju kerajaan empat tahun lepas.

    ReplyDelete
  35. Justeru rakyat mesti memberi sokongan penuh kepada Najib pada pilihan raya umum ke-13 ini agar beliau dapat meneruskan usaha membawa negara ke tahap lebih tinggi.

    ReplyDelete
  36. inisiatif transformasi yang dilaksana Najib meliputi ekonomi, pendidikan, pentadbiran, perundangan dan khususnya konsep 1Malaysia, mencerminkan kehebatan kepimpinan beliau.

    ReplyDelete
  37. gembira kerana rakyat setakat ini menolak taktik kotor pembangkang terutama yang dijalankan oleh parti pembangkang dari Semenanjung.

    ReplyDelete
  38. Katanya walaupun dikritik secara berterusan, pelbagai program kerajaan berjaya memberi manfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  39. Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.

    ReplyDelete
  40. Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat.

    ReplyDelete
  41. Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.

    ReplyDelete
  42. Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah. Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik.

    ReplyDelete
  43. Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.

    ReplyDelete
  44. Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan. Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam.

    ReplyDelete
  45. Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.

    Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa.

    ReplyDelete
  46. Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.

    ReplyDelete
  47. Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.

    ReplyDelete
  48. setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.

    ReplyDelete
  49. Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir. Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.

    ReplyDelete
  50. Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang. Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.

    ReplyDelete
  51. Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir.

    Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.

    ReplyDelete
  52. Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu.

    ReplyDelete
  53. Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.

    Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.

    ReplyDelete
  54. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.

    Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan. Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.

    ReplyDelete
  55. Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting.

    ReplyDelete
  56. Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita. Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.

    ReplyDelete
  57. Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib. Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.

    ReplyDelete
  58. Kejayaan yang telah dibuktikan oleh Datuk Najib perlulah kita lihat sebaiknya. Selama 4tahun memang tidak cukup untuk beliau.

    ReplyDelete
  59. Namun beliau terus dan terus berusaha untuk membuktikan yang mana beliau akan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  60. TIDAKKAH KITA INGAT? Keganasan Lahad Datu: Terdedahnya Pembohongan Anwar ........... MANIS SANGAT KE PANCING ANWAR?

    PART 1



    Mengapa Anwar Ibrahim BERBOHONG kepada rakyat Sabah dalam 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013.

    Satu perkataan paling tepat untuk Anwar Ibrahim ... TERPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN.

    ANWAR DIHANTUI KISAH LAMPAU

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

    Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

    “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

    “(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

    Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

    “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

    Rakyat di ajak untuk meneliti, menganalisa dan membuat kesimpulan setiap bait perkataan ucapan Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013.

    ReplyDelete
  61. TIDAKKAH KITA INGAT? Keganasan Lahad Datu: Terdedahnya Pembohongan Anwar ........... MANIS SANGAT KE PANCING ANWAR?


    PART 2


    Adakah rakyat sudah nampak betapa PEMBOHONGAN dan TERPERANGKAPnya Anwar Ibrahim dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan negara.

    Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

    Rakyat perlu bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa perlu beliau membangkitkan cerita sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    MENGAPA ANWAR TIDAK JAWAB KEJADIAN PENEROBOHAN LAHAD DATU?

    Adakah insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu ini berlaku pada tahun 1998 atau pada tahun 2013 ?

    Isu pokok di sini adalah penglibatan pembangkang dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013.

    Mengapa Anwar Ibrahim tidak menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari sebanyak dua kali pada tahun 2012 ?

    ReplyDelete
  62. TIDAKKAH KITA INGAT? Keganasan Lahad Datu: Terdedahnya Pembohongan Anwar ........... MANIS SANGAT KE PANCING ANWAR?


    PART 3



    16 Julai 2012 - Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari di Jakarta. Pertemuan berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta.

    4 Ogos 2012 - Pertemuan kedua Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari di Manila bagi memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar Ibrahim menaiki pesawat MH 704 ke Manila.

    Di hadapan rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim juga TIDAK BERANI dan GAGAL sepunhnya untuk menjawab dan menafikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media ini.

    Ini adalah persoalan paling pokok, dakwaan media penglibatan Anwar Ibrahim dan pembangkang sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim lari dari menjawab pertuduhan ini. Mengapa ?

    Anwar juga masih terus-menerus lari dari menjawab isu pokok dan mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap UMNO.

    Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin. - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.

    Rakyat Sabah melihat Anwar sebagai manusia yang penuh dengan pembohongan dan mempunyai muslihat jahat terhadap penduduk negeri di bawah bayu itu.

    Satu fakta- sebelum kejadian penerobohan Lahad Datu, Anwar bukan main lagi,sering menjelajah pelosok Sabah termasuk Pantai Timur Sabah, namun selepas kejadian itu, hanya bertengek di Kota Kinabalu,kawasan yang tidak terlibat langsung dengan krisis itu.

    Semasa kejadian puncak penerobohan, Anwar dan pemimpin pembangkang lain, hanya berpesta di Semenanjung, dan hanya melakukan tohmahan terhadap pemimpin negara termasuk pasukan keselamatan.

    Anwar memerlukan lebih dua minggu mengutuk pencerobohan itu, selepas terbukti pencerobohan itu tidak membawa kepada huru hara sehingga menyebabkan darurat diisthiarkan di Sabah, bagi menangguhkan PRU-13 di negeri itu.

    Sebelum lawatan Anwar ke Sabah, para pencacai Anwar sibuk mengwar-warkan bahawa Anwar akan melawat Lahad Datu, namun war-war itu tidak menjadi,atas sebab Anwar takut dicemoh dan dilempar telur busuk di Lahad Datu.

    Mungkin juga kerana emosi, ada penduduk Lahad Datu yang begitu marah terhadap Anwar akan bertindak sendiri, sehingga memudaratkan nyawa ketua umum PKR itu.

    Kini di Pantai Timur Sabah, amarah terhadap Anwar sungguh luar biasa, mereka menunggu dengan sangat kedatangan Anwar untuk melempiaskan geram dan amarah mereka itu.

    Tak apa kata mereka, pelanduk sering lupa jerat, manakala jerat tidak pernah akan lupa dengan pelanduk.

    ReplyDelete
  63. Dari mula pilihanraya diadakan, kemenangan ditentukan oleh jumlah kerusi yang dipertandingkan bukan dengan bilangan undi yang diperolehi. Itulah hakikat yang harus kita terima. Dari mula pilihanraya diadakan hingga sekarang, pelaksanaan pilihanraya juga dilaksanakan oleh agensi yang sama yang bernama Suruhanjaya Pilihanraya. Dari mula pilihanraya di adakan sehingga sekarang BN(sebelum itu Perikatan) terus menerus memenangi pilihanraya. Adakah ini bermakna kemenangan PERIKATAN dan selepas itu BARISAN NASIONAL dari dulu hingga sekarang itu disebabkan oleh penipuan oleh BN? DS Anuar sebelum ini berada dalam kerajaan BN apabila BN memenangi pilihanraya yang disertainya selaku calon UMNO. Persoalannya kenapa DS Anuar tidak bersuara dan membuat tuduhan bahawa wujud penipuan oleh partinya UMNO atau oleh Suruhanjaya Pilihanraya? Ada kah semasa beliau dalam UMNO/BN tidak wujud penipuan dan apabila beliau mengetuai PR baru nampak penipuan? Bagaimana kalau PR menang? Adakah DS Anuar masih akan bercakap dan menuduh SPR tidak telus atau wujud penipuan?
    Di mana kewajarannya apabila DS Anuar berada dalam kerajaan UMNO/BN, beliau tidak langsung bercakap soal penipuan oleh SPR tetapi bila berada di luar kerajaan, penipuan SPR dijadikan alasan kepada kekalahan PR? Demokrasi macam mana lagi yang DS Seri Anuar mahukan? Segala-galanya telah beliau gunakan. Bertahun-tahun sudah beliau berkempen. Berbagai tohmahan telah beliau lemparkan kepada pemimpin dan kerajaan BN, berbagai janji telah beliau buat untuk memenangi hati rakyat untuk memilih PR. Namun BN masih diistiharkan menang berasaskan kepada bilangan kerusi yang di menangi. Memanglah kalau berdasarkan bilangan undi PR, undi PR lebih tinggi dari undi yang diperolehi oleh BN. Tapi hakikatnya, BN memenangi lebih banyak kerusi dari PR. Kelebihan kerusi dijadikan sandaran untuk membentuk kerajaan. Ini amalan dari dulu hingga sekarang. Kenapa kekalahan PR dialaskan kepada orang lain? Kenapa tidak dilihat kekalahan itu dari sudut kelemahan strategi PR? Kenapa terlalu "Over-confident" dengan jumlah kehadiran semasa kempen dan ceramah politik sebagai petanda akan kemenangan bakal diraih? Kenapa DS Anuar gagal menarik semua parti pembangkang di Sabah untuk bersatu di bawah satu lambang PR? Bukan kah itu juga satu kelemahan PR yang menyebabkan kekalahan PR?
    Apa pun hujjah dan alasan, hakikatnya BN telah diistiharkan menang dan PR kalah berasaskan jumlah kerusi. Kalau masih juga tiak berpuas hati, kumpulkan segala bukti dan bawalh ke Mahkamah biar rakyat tahu sejauhmana penipuan yang didakwa berlaku itu benar-benar wujud. Jika sekiranya PR gagal menemui bukti-bukti penipuan atau kalah dalam petisen pilihanraya di Mahkamah, pasti rakyat akan berkata bahawa pemimpin PR adalah penipu besar.

    ReplyDelete
  64. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  65. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.

    Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

    ReplyDelete
  66. Candidates or Malaysian citizens who are not happy with the 13th general election (GE13) results should not stage street demonstrations to show their protest because they can do so by filing their petitions at the High Court.

    ReplyDelete
  67. “The people have the right to challenge the general election results, but through legal channel. Do not go to the streets to demonstrate and tell the whole world that they reject the general election,” said Election Commission (EC) deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

    ReplyDelete
  68. He said this when interviewed during a talk show, ‘Hello Malaysia’, produced by BernamaTV and broadcast by Astro last night.

    Wan Ahmad said candidates could file their protest over the election process at the High Court within 21 days after the gazetting of the election results by EC.

    ReplyDelete
  69. He said the EC expected to get the GE13 results gazetted in two weeks.

    ReplyDelete
  70. He said the petition could be filed at the High Court in their respective states and would be settled within six months.

    ReplyDelete
  71. “If they are still not happy with the High Court’s decision, they can file an appeal at the Federal Court,” he added.

    ReplyDelete
  72. Wan Ahmad said more than 30 petitions were filed to protest the 2004 election results and 40 in the 1999 general election.

    ReplyDelete
  73. During the 2008 general election, there were only 26 petitions, despite the political tsunami.

    ReplyDelete
  74. Wan Ahmad said the election petition could be filed on grounds of corruption or misconduct and non-compliance with election laws and regulations.

    ReplyDelete
  75. Let's see who's gonna win the match

    ReplyDelete
  76. Faced with PR electoral machinery strength far greater than 2008, the BN regain two states that we lost in the last election - Kedah and Perak. This is a very remarkable achievement when viewed with machinery Pact, alliance manifesto and their candidates beating this time compared to 2008.

    ReplyDelete
  77. BN talks not many come because they know what will, and will be made by the government, not empty talk. How many scholars who fled from Alliance, who are best friends even disconnect leaving tents of Anwar.

    ReplyDelete
  78. As such, think rationally and professionally. Why are we not victorious captivating Putera Jaya! There is something that causes us to lose. For kerajaanbaru formed should also reflect upon, why the voice of the people is decreasing. Look after the well and wisely. This is the time to restore the people's confidence in the new government was formed. This is the last chance given the people to make true transformation as highlighted.

    ReplyDelete
  79. "This group write if when BN only got 140 seats Pak Lah asked to withdraw by Muhyiddin and his team, why now when Mohd Najib only got 133 seats of Parliament, he and Muhyiddin not retreat?" But we have to remember that the achievement of the overall BN far better than BN during Pak Lah.

    ReplyDelete
  80. BN lost 5 states - Selangor, Perak, Kedah, Selangor and Penang to the Alliance in the last election. Control of the Selangor and Penang Pakatan making machinery this time many times better than their machinery in 2008. While their position in the states make their own shaky position of UMNO.

    ReplyDelete
  81. Aku cuma nk mengingatkan kpd petugas2 dan pegawai2 SPR terutama yg beragama islam yg mgkn terlibat atau mengetahui adanya penipuan ini. Sanggupkah anda menanggung dosa atas penipuan kpd berjuta rakyat malaysia? Buat dosa dgn Allah, Allah maha pengampun. Buat dosa sesama manusia, terpulang pd individu tu nk maafkan atau tak. Andai dlm berjuta yg maafkan tp sorang enggan maafkan tetap anda menanggung dosa pdnya... Jgn disebabkan mengejar imbuhan yg xsberapa didunia, anda muflis di akhirat.. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  82. Adakah ini satu lagi taktik yang ditempiaskan

    ReplyDelete
  83. Jangan lagi kasi ali segala

    ReplyDelete
  84. We have to stay united.

    ReplyDelete
  85. If not we are like ship

    ReplyDelete
  86. The United States (US) has congratulated Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Barisan Nasional (BN) coalition for winning Sunday’s 13th General Election (GE13).

    ReplyDelete
  87. The GE13 saw the Najib-led BN returned to power when the coalition won 133 of the 222 parliamentary seats to form the new federal government.

    ReplyDelete
  88. MCA Sabah Wanita Chief Datuk Agnes Shim said she accepted her fate in the 13th General Election and held in the highest respect the people's decision.

    ReplyDelete
  89. It is unfair to attribute Pakatan Rakyat's (PR) rise in popularity to a Chinese tsunami, said Federation of Sabah Manufacturers (FSM) President Datuk Wong Khen Thau.

    ReplyDelete
  90. "Urban Tsunami" is a more appropriate way to describe PR's rise as urbanites are more prone towards wanting change as opposed to people in the rural areas who are comfortable with the status quo.

    ReplyDelete
  91. Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) hopes the Barisan Nasional (BN) Government will continue to support the Chinese community, associations, temples and cultural organisations in Sabah, especially in terms of increase in allocations.

    ReplyDelete
  92. FCAS Acting President Datuk Dr. T.C. Goh said the federation would continue to serve as a bridge between the Chinese community in Sabah and the State Government in resolving issues pertaining to the livelihood of the people.

    ReplyDelete
  93. kemenangan Bn membuktikan rakyat masih bersama BN

    ReplyDelete
  94. pakatan kena terima keputusan PRu dgn hati terbuka

    ReplyDelete
  95. tak perlu pakatan nak buat demonstrasi sana sini

    ReplyDelete
  96. Kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sepatutnya berakhir selepas Barisan Nasional (BN) dinobatkan sekali lagi sebagai pemenang pada 6 Mei lalu, tetapi wujud suara-suara ‘nakal’ yang seolah-olah mempertikaikan mandat rakyat kepada parti yang didominasi UMNO itu.

    ReplyDelete
  97. Angka kerusi Parlimen sudah jelas meletakkan BN memperoleh 133 kerusi, manakala pakatan pembangkang 89 kerusi dalam persaingan sengit yang diuar-uarkan sebelum ini, sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

    ReplyDelete
  98. Persoalannya, mengapakah muncul pelbagai isu yang dilihat dibangkitkan pakatan pembangkang walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui secara terbuka akan menerima apa saja keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  99. Kenyataan berani Najib itu sepatutnya disambut dengan rasa keterbukaan dan reda oleh pakatan pembangkang bagi membolehkan agenda membela rakyat digerakkan BN dapat diteruskan.

    ReplyDelete
  100. Apabila dilihat di laman sosial, terdapat pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan keputusan pilihan raya ini.Ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikai dengan beberapa kejadian yang masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
  101. Namun apa yang sudah berlaku itu pasti ada hikmahnya, baik menang atau kalah, semua pihak memperoleh pengajarannya, malah dari segi perancangan strategik, BN sememangnya menggunakan keseluruhan kelebihannya untuk memenangi pilihan raya ini.

    ReplyDelete
  102. Bagi pakatan pembangkang, usaha dan idea lain harus diketengahkan untuk menambat hati rakyat. Biarlah yang berlaku itu berlalu dan gunakan masa yang ada untuk terus melihat ke hadapan.

    ReplyDelete
  103. Paling penting, BN perlu memenuhi manifesto dan janji mereka untuk tempoh lima tahun ini dan pembangkang pula jika ingin mengambil alih pemerintahan, perlu gunakan pelbagai kaedah lain yang boleh menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  104. Kemenangan 133 kerusi Parlimen, sekali gus merampas kembali Kedah perlu diberikan pujian walaupun dalam keadaan yang amat getir untuk meyakinkan rakyat untuk terus bersama BN.

    ReplyDelete
  105. Sama ada wujud atau tidak sebarang ketidaksempurnaan ketika PRU-13 yang sudah berakhir, ia boleh dilihat sebagai permulaan kepada pilihan raya bersih dan adil di negara ini.


    Tidak ada faedah membawa rakyat ke jalanan untuk menolak kerajaan BN atau meminta masyarakat antarabangsa mengutuk sistem pilihan raya di Malaysia ketika pada masa sama, SPR sudah melakukan yang terbaik bagi memenuhi permintaan anda (Anwar) dan Bersih.

    ReplyDelete
  106. Jadilah seorang yang ‘gentleman’ dan ketua pembangkang yang baik dan bawa pasukan anda ke landasan yang berfungsi secara baik sebagai pembangkang yang konstruktif berbanding menidak dan mengkritik setiap polisi yang diperkenalkan kerajaan.

    ReplyDelete
  107. Hakikatnya, tidak kira siapa, pemimpin politik di negara ini perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara ini jauh di depan selari dengan usaha bagi memasti dan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang aman.

    ReplyDelete
  108. Walaupun wujud perbezaan ideologi, tidak mustahil perbezaan yang wujud itu mampu diterjemahkan melalui usaha berhemah dan bermoral tinggi bagi membentuk masyarakat Malaysia yang dihormati dunia.

    ReplyDelete
  109. Yang menang tak menang semuanya, manakala yang kalah tidak hilang semuanya. Bukalah lebaran baru dengan semangat baru jika benar-benar mahu memperjuang dan membela nasib rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  110. Siapa yang menang sebenarnya di PRU13 ini?

    ReplyDelete
  111. BN cuma menang jumlah kerusi tetapi tidak menyakinkan rakyat scara majoriti.

    ReplyDelete
  112. Manifesto BN harus ditunaikan.

    ReplyDelete
  113. Banyak yang meragui dengan PRU13 ini.

    ReplyDelete
  114. Terbukti majoriti pengundi muda mengharapkan kerajaan yang bersih dan berkeupayaan.

    ReplyDelete
  115. Terpulanglah pada penilaian setiap individu tapi saya sejujurnya berharap agar keharmonian negara tetap dijaga dan tidak dirosakkan.

    ReplyDelete
  116. Najib must continue to lead Malaysia, UMNO, say Masidi, Ronald

    KOTA KINABALU: Two Sabah UMNO leaders feel strongly that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak must continue to lead the country as he is the best person for the task.

    Echoing former Prime Minister Tun Ahmad Abdullah’s view, Datuk Masidi Manjun and Datuk Ronald Kiandee said yesterday Najib has done well and he should continue to lead UMNO and Malaysia.

    According to Masidi who is Sabah UMNO assistant secretary and the Karanaan Assemblyman, the just concluded general election was different from 2008 as this time around the opposition was “fully charged” and had done a lot of work prior to it.

    “You can’t just compare the numbers (BN won 140 parliamentary seats in 2008 and 133 this time). We won the election and we recaptured Kedah.

    “We need to look at the election results positively,” he said.

    Masidi also expressed confidence that UMNO leaders would continue to support Najib.

    “He is a visionary and hardworking Prime Minister. He has done well but it will take some time for his programmes to achieve the desired results.

    “The election is gone and the focus now should be on making our country even better,” Masidi said.

    Ronald who defended his Beluran parliamentary seat last Sunday said it was crucial that everyone in UMNO should support Najib.

    “He (Najib) must continue as Prime Minister to lead Malaysian to greater heights,” he said.

    Abdullah had said on Wednesday that he was giving Najib his full support and hoped the latter would continue with his agenda for transformation.

    And, he also said Malaysians have sent a clear message they wanted change and Najib must respond to this by intensifying his transformation programme to address issues such as corruption, crime and cost of living.

    Meanwhile, Masidi said if Pakatan Rakyat was unhappy (with poll results), they could file petitions as provided for under the law.

    And, he also said no one should lobby for State Cabinet posts.

    “We must leave it to the Chief Minister (Datuk Seri Musa Haji Aman) to form his Cabinet. We must respect and accept his decision,” Masidi added.

    ReplyDelete
  117. Saya yakin pasti ramai lagi yang berharap Najib akan terus berjuang dan tidak mudah goyah dengan cabaran yang ada.

    ReplyDelete
  118. Najib: Umno is strong but must reflect on its weaknesses

    KUALA LUMPUR: After 67 years in existence, Umno remains a strong and successful party but needs to reflect on its weaknesses if it wants continuous support from the people.

    Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak said Saturday the party, which has been given a mandate for the next five years must be humble and respect the wishes of the rakyat.

    "We gather here in this august hall as a party that is strong. The election results which saw the number of seats Umno won increase from 79 to 88 is our testimony.

    "Let us correct our weaknesses, thank those who are with us and find ways to win over those who have yet to support us in the 14th general election," he said in his address at Umno's 67th anniversary.

    The celebration was also attended by former party president Tun Dr Mahathir Mohamad, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek and his deputy Datuk Seri Liow Tiong Lai, MIC president Datuk Seri G. Palanivel and Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

    Najib said Umno, who has been in power continuously for more than six decades could be considered as the world's most successful political party.

    He reiterated that Umno was not a racist party but one that was inclusive and moderate.

    "We ensure justice to all who have rights and regard everyone as our partner.We will defend policies which are fair, equitable and moderate," he stressed.

    Najib pledged that Umno and Barisan Nasional would not allow Pakatan Rakyat's "opportunistic politics" to destroy everything that it had worked for.

    "Even though we have been strongly challenged in the election, in the end, Malaysians had decided that they want continuity and stability," he said.

    Najib called on party members to work as a team so that Umno could guarantee to all Malaysians that it could help to make the country peaceful, prosperous and successful.

    ReplyDelete
  119. Najib: Umno is strong but must reflect on its weaknesses

    Meanwhile, Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin in his message said the party must undergo a more comprehensive and radical political transformation process.

    "This is to allow Umno to become a Malay, Islamic and Malaysian political party which is more dynamic, inclusive and visionary so that the party can become universal in terms of its struggle without forgetting its original objectives," he said.

    Muhyiddin, who is deputy Barisan chairman said component parties must also undertake bigger reform efforts so that they could be accepted by all races.

    He called on Umno to increase effort to reach out to the Malay middle class in the urban areas, adding that the younger generation was also another important group that the party must do more to woo.

    Muhyiddin also urged members to pledge loyalty to Umno and to fully support Najib to continue leading the party and the country.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.