Barisan Nasional walaupun kembali berkuasa tetapi merupakan kemenangan terburuk dalam sejarahnya. Mendapat 133 kerusi parlimen adalah di luar sasaran Pakatan Rakyat dengan 89 kerusi mencatatkan sedikit peningkatan tetapi juga tidak mencapat sasaran iaitu menjadi kerajaan puasat, lantas menuduh adanya penipuan.
Namun dilaporkan golongan perniagaan menyambut baik kemenangan Barisan Nasional, indeks harga saham di bursa Kuala Lumpur naik hampir 8 % semalam.
Barisan Nasional mahukan kemenangan mutlak dengan menguasai majoriti dua pertiga yang mereka gagal pada 2008.
Jatuh bangun Barisan Nasional nampaknya kini bergantung kepada Umno setelah komponen dari orang Cina dan India `menolak’ dalam diam Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah Pengerusi Barisan Nasional itu mengakui berlaku tsunami politik di kalangan pengundi Cina.
MCA dan Gerakan kalah teruk – lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008. Seolah-olah orang Cina tidak mahu lagi kepada BN.
MIC hanya menang 4 kerusi
Nasib yang lebih kurang sama dialami oleh MIC, parti terbesar orang India itu hanya memberikan empat kerusi parlimen kepada BN.
Tetapi orang Melayu juga bukan semuanya menyokong Umno, pengundi bandar dan separuh elit menolak parti itu dan mengundi PAS dan PKR.
Kekalahan beberapa tokoh Umno seperti Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Dr Puad Zarkashi, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam menunjukkan Umno tidak semestinya menjadi pilihan mereka.
Hanya pengundi tradisi Melayu di kawasan tertentu masih menyakini Umno. Meskipun merampas semula Kedah, tetapi Umno hampir tumbang di Perak dan Terengganu, BN selamat dengan majoriti yang kecil.
Parti Islam itu merampas tiga kerusi parlimen di Terengganu – Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus, yang sebelum ini milik Umno.
Pengundi Melayu memang bersimpang siur, otak mereka sukar dibaca, apa yang dizahirkan tidak semestinya itu yang dimahunya.
Najib mungkin bakal mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur ekoran kegagalan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008. Mantan perdana menteri itu berundur selepas pemilihan parti pada bulan Mac 2009.
Pembelot akan minta Najib berundur
Umno, gabungan terbesar dalam BN akan mengadakan perhimpunan bagi memilih pucuk pimpinan baru pada Oktober atau November ini.
Barangkali akan muncul pembelot yang meminta Najib berundur sebagaimana yang berlaku kepada Abdullah sebelum ini.
Mungkin juga pembelot ini akan bergabung dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur.
Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno pernah bersuara bahawa Najib mesti menang lebih besar dalam pilihan raya umum ke 13 iaitu lebih dari 140 kerusi dan jika gagal kedudukan Najib akan tidak stabil.
Kegagalan paling nyata ialah, apabila Najib gagal merampas semula Selangor yang beliau laung-laungkannya. Najib sendiri menjadi pengerusi BN Selangor.
Najib kini memimpin satu gabungan yang gagal mendapat undi popular. Seolah hala tuju baru yang dibawa untuk negara dan parti ditolak.
Justeru beliau wajar merasa bimbang menjelang perhimpunan agung Umno kelak kerana nasib malang boleh berlaku tanpa mengira siapa. -FMT
Tuesday, May 7, 2013
BN kelam, AGM Umno tentukan nasib Najib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan menjamin akan kesinambungan dasar pro-pertumbuhan Malaysia, satu keputusan yang positif dari segi kredit bagi penarafan kedaulatan dan penarafan penerbit berasaskan kerajaan (GRIs), kata Moody's Investors Service.
ReplyDeleteProgram ETP, khususnya telah berjaya memulihkan kembali pelaburan persendirian. Sejak diperkenalkan pada 2010, pertumbuhan tahunan berpurata pembentukan modal tetap kasar persendirian ialah 16.6 peratus daripada 2010 hingga 2012, naik daripada 2.9 peratus dalam lima tahun antara 2005 dan 2009.
ReplyDeleteMenurut Moody's, sokongan peruntukan untuk penggunaan isi rumah telah dirancakkan lagi oleh permintaan domestik, menyediakan keseimbangan yang signifikan kepada eksport bersih yang agak lemah berikutan kebergantungan Malaysia kepada perdagangan luar.
ReplyDeletePada masa yang sama, berakhirnya keadaan tidak menentu pilihan raya -- berserta dengan pemindahan fiskal tambahan yang dijanjikan semasa kempen -- seharusnya membantu mengekalkan momentum pelaburan dan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh dua tahun ini.
ReplyDeleteSementara itu, dalam tempoh terdekat, Moody's berkata kerajaan akan terus mengendalikan dasar fiskal seiring dengan peraturan yang lazim, termasuk keperluan yang perbelanjaan pada masa ini tidak boleh melebihi pendapatan semasa, serta 55 peratus siling hutang untuk obligasi kerajaan langsung.
ReplyDeleteKemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 semalam, telah memberikan impak luar biasa kepada pergerakan harga-harga pasaran saham tempatan hari ini. "Malah, hari ini juga Bursa Malaysia menerima dana pelaburan asing sebanyak RM2 bilion pada sesi pagi ini dan merupakan yang tertinggi dalam rekod," kata Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.
ReplyDeleteBeliau berkata yang kemasukan ramai pelabur asing ke dalam pasaran Bursa Malaysia hari ini, jelas menunjukkan keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia. "Bursa Malaysia yang telah mencatatkan paras tertinggi melebihi 1,800 mata telah menampakkan keyakinan padu pelabur asing terhadap pelan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan," kata beliau kepada media di sini hari ini.
ReplyDeleteNazri turut menjelaskan saham-saham berkaitan kerajaan terutamanya dari sektor pembinaan, bank, minyak dan gas serta hartanah adalah antara kaunter utama yang menerima limpahan dari pergerakan cergas indeks utama pada hari ini.
ReplyDeleteBeliau berkata trend positif ini mungkin akan berterusan untuk beberapa minggu dari sekarang. "Sehubungan itu, sekiranya momentum ini dapat dikekalkan, kami turut menaikkan sasaran kepada 1,830 mata menjelang akhir tahun ini," tambah beliau.
ReplyDeleteNazri turut menjangkakan penyenaraian awam empat buah syarikat pada penggal kedua tahun ini akan turut membantu melonjakkan pergerakan papan utama Bursa Malaysia. Antara yang dijangka disenaraikan ialah Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan jangkaan nilai RM9 bilion, tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar selepas Felda, AirAsia X, Malakoff Corp Bhd serta KLCC REIT yang dijangkakan akan menjadi kaunter REIT terbesar di Malaysia yang mematuhi kehendak syariah.
ReplyDeleteNazri turut menjangkakan penyenaraian awam empat buah syarikat pada penggal kedua tahun ini akan turut membantu melonjakkan pergerakan papan utama Bursa Malaysia. Antara yang dijangka disenaraikan ialah Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan jangkaan nilai RM9 bilion, tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar selepas Felda, AirAsia X, Malakoff Corp Bhd serta KLCC REIT yang dijangkakan akan menjadi kaunter REIT terbesar di Malaysia yang mematuhi kehendak syariah.
ReplyDeleteSelain daripada pasaran saham, Nazri berkata yang kemenangan majoriti mudah yang diperoleh Barisan Nasional turut memberikan impak positif kepada pasaran tukaran wang asing. "Impak dari kemasukan pelabur asing turut memberi manfaat kepada pergerakan ringgit yang telah mencatatkan kenaikan kepada 2.9870 untuk setiap US dolar, tertinggi dalam tempoh 10 bulan," katanya. Pada Jumaat lepas, ringgit ditutup pada 3.0315 berbanding US dolar.
ReplyDeleteAwaslah ko Najib Matahir dah bagi isyarat tu yang nasibmu akan sama dengan Pak Lah!
ReplyDeletePUTRAJAYA, May 7 – Tun Dr Mahathir Mohamad said today that Umno would have to decide if Datuk Seri Najib Razak should step down as party leader after Barisan Nasional’s (BN) worse ever electoral performance.
ReplyDelete( tidak begegar lutut ko Najib, patutlah time buat kenyataan akhbar selepas mendapat majoriti mudah macam menangis ja muka Najib! Orang lain kalau memang tunjuk muka ceria Najib tunjuk muka menangis hehe Muhyiddin pula jeling-jeling kat najib hehe )
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Malaysia yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan sebuah negara yang penuh dengan kejayaan, bukannya kegagalan.
ReplyDeleteMenurut Perdana Menteri, beliau juga berharap Malaysia yang akan dibentuk itu merupakan negara maju, bukan sebuah negara yang dibelenggu dengan begitu banyak permasalahan.
ReplyDeleteKita mahu Malaysia berada di saf hadapan sebagai sebuah negara yang dihormati oleh dunia dan di samping itu kita mahu setiap rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak mengecam sikap pembangkang yang tidak dapat menerima kekalahan di peringkat Kerajaan Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi boleh menerima kemenangan di peringkat negeri.
ReplyDeletePerdana Menteri berkata, beliau cukup hairan dengan sikap pembangkang itu kerana sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri adalah sama.
ReplyDeleteIni yang peliknya. Mereka telah mengangkat sumpah di Kelantan. Mereka terima keputusan di Pulau Pinang. Mereka terima keputusan di Selangor.
ReplyDeleteJika tidak mahu terima jangan terima semua. Mengapa nak terima di peringkat negeri tetapi tidak terima di peringkat nasional. Mengapa dulu terima sekarang tidak terima, tidak logik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
ReplyDeleteBeliau mengulas tindakan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga kini terus mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut Najib, pembangkang perlu bersifat adil memandangkan sistem pilihan raya yang digunakan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan berdasarkan sistem sama.
ReplyDeleteJangan bersifat memilih. Mengapa kamu menang kamu terima bila tidak menang kamu tidak terima," katanya.
Beliau berkata, BN sendiri dalam satu kes menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan sebanyak 700 kertas undi memangkah BN dikira rosak selepas terdapat kesan dakwat kekal pada kertas undi berkenaan.
ReplyDeleteBeliau berkata, kejadian itu berlaku di kawasan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Kita terima keputusan ini kerana itu adalah keputusan SPR," katanya.
ReplyDeleteMengulas rancangan Anwar mengadakan perhimpunan malam esok, Najib berkata, sekiranya tidak berpuas hati pembangkang perlu menunjukkan bukti, bukannya mengadakan perhimpunan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai agar menghentikan sebarang provokasi atau hasutan berbaur perkauman di media sosial kerana boleh menakutkan orang ramai hingga mencetuskan huru-hara.
ReplyDeleteKetua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menangkap pihak terlibat.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan dan siasatan polis sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ternyata dakwaan-dakwaan yang dibuat di media sosial adalah tidak benar dan bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.
ReplyDelete"Selepas keputusan PRU-13 diumumkan, isu-isu perkauman ini masih lagi dimainkan. Hentikan isu-isu ini dan terimalah keputusan PRU-13 dengan baik," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Ismail berkata, rakyat tidak perlu menimbulkan isu perkauman sebaliknya memberi peluang kepada kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi itu melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara.
ReplyDeleteMengulas tindakan sekumpulan kira-kira 100 pelajar Malaysia di Taiwan yang memegang bendera Malaysia secara terbalik bagi memprotes keputusan PRU-13, Ismail berkata, pihaknya akan mengesan mereka yang terlibat dan seterusnya mengambil tindakan.
Kita akan menggunakan kaedah-kaedah tertentu bagi mengesan mereka kerana kita ada perjanjian dan peruntukan membolehkan polis mengambil tindakan atas kesalahan memburukkan tanah air di luar negara.
ReplyDeletePercayalah kepada BN yang mana akan terus dan terus memastikan Kerajaan akan memberikan yang terbaik.
ReplyDeleteMemang sah!!! Tak payah kita nak ragui lagi yang Si Ketua Penipu tu memang layak memegang gelaran KETUA PENIPU. Itu yang pasti beb.
ReplyDeleteNasib baik la dia tak menang jadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau tidak, habis satu Malaysia ni kena kencing dek Si Ketua Penipu ni.
Mana tidaknya. Dia berjanji macam - macam. Nak turunkan harga minyak la, nak hapuskan PTPTN la, nak hapuskan tol la. Macam - macam janji yang dia dah buat.
Tapi janji pada diri dia sendiri pun dia tak mampu nak laksanakan. Macam mana dia nak laksanakan janji - janji lain? Tu pasal la orang gelarkan dia sebagai Ketua Penipu!!!
Bukan datang dari mulut orang lain. Bukan ada pihak yang buat desakan. Tapi dia sendiri yang cakap dia nak bersara selepas PRU 13 andaikata tak berjaya rampas Putrajaya.
Sekarang, dah macam - macam pulak alasan yang keluar. Sebelum ni, dia kata nak selesaikan isu penipuan SPR. Kemudian dia jadikan DAPigs sebagai sandaran.
Terkini, dia jadikan kepimpinan PKR sebagai alasan untuk dia tak menunaikan janji. Pun masih orang tak nampak jugak ke? Kesimpulannya mudah. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!! Itu memang dah tak dapat nak diubah!!!
manifesto bukannya janji! la lalala la
ReplyDeleteNajib nak melawan tambirang si Anwar? Anwar dah bersara. da jadi pensyarah di negara rakannya. doala - Anwar jadi lebih baik & berakhlak
ReplyDeleteYANG KECEWA..HABIS BANYAK DUIT..X DAPAT JADI PM BUKAN ANWAR, TETAPI ORG LAIN SERUPA DENGANNYA.
ReplyDeleteKemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 merupakan satu rahmat yang sangat hebat. Ini adalah kerana Kerajaan Barisan Nasional menjamin keamanan, kestabilan, perpaduan dan kemajuan negara melalui transformasi yang dibawa oleh DS Najib. Para pelabur telah menerima kemenangan Barisan Nasional dengan cara yang cukup positif apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatatkan rekod ketinggian pada 1,776.73, setelah meningkat 24.71 mata atau 1.41 peratus daripada 1,752.02 pada penutupan dagangan semalam.
ReplyDeletePasaran telah disokong oleh belian cergas keseluruhannya dan sentimen pasaran serantau yang baik. Indeks utama itu berlegar di antara 1,756.95 dan 1,776.73 sepanjang hari dagangan ini dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 717 berbanding 153, manakala 224 tidak berubah, 513 tidak diniagakan dan 27 digantung urus niaga.
ReplyDeleteTambahan pula jumlah dagangan telah melonjak kepada 2.3 juta saham bernilai RM4.06 juta daripada 1.911 bilion saham bernilai RM4.99 bilion semalam.
ReplyDeleteSaham berwajaran tinggi adalah tiga saham terunggul dalam senarai saham cergas dengan CIMB, UEM Land dan Maybank menambah 30 sen, masing-masing kepada RM8.65, RM3.28 dan RM10.28.
ReplyDeleteBursa Asia Tenggara turut meningkat bagi hari kedua berturut-turut apabila berita baik dari Eropah dan Australia memperkukuh sentimen pasaran.
ReplyDeleteDi papan skor, Indeks Kewangan melonjak 376.25 mata kepada 16,858.86, Indeks Perladangan melompat 69.35 mata kepada 8,199.21 dan Indeks Perusahaan naik 19.22 mata kepada 2,917.66
ReplyDeleteSesungguh para pelabur tidak akan berminat melabur di negara yang diperintah oleh diktator dan komunis. Mereka mahukan negara yang aman, stabil dan mampu maju bagi memastikan pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Barisan Nasional mampu menarik pelabur yang ramai untuk menjana ekonomi negara. Syabas para pejuang Barisan Nasional. Anda memang hebat.
ReplyDeleteLegasi kepemimpinan karisma Tun Razak, Najib
ReplyDeletepart 1
Ketokohan 2 beranak teraju pentadbiran negara
SUATU hari pertengahan April tahun lalu, ketika puluhan ribu rakyat berkumpul memenuhi padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dengan penuh rasa bangga dan terharu, terselit di celah khalayak sehelai sepanduk bertulis ‘Pekan... kau memang bumi bertuah’ dijulang tinggi sekumpulan individu dengan riak gembira terserlah pada wajah.
Lebih tinggi sepanduk dijulang, lebih jelaslah apa yang mahu dimaksudkan melalui coretan kata-kata dalam warna biru, hijau dan merah yang terang benderang, barisan teratas bertulis: ‘Anak Pekan Jadi PM Lagi’, jelas kelihatan di bawah sinar terik mentari.
Bertuahnya Pekan kerana anak watannya diangkat menjadi Perdana Menteri. Hari itu, kepulangan Datuk Seri Najib Razak ke daerah asal bapanya begitu meriah dirai, apa tidaknya kerana beliau mengikut jejak Allahyarham bapanya sendiri, memimpin Malaysia sebagai ketua tertinggi.
Hakikatnya, tuah bumi Pekan turut melimpah kepada seluruh negara. Rakyat berlapang dada menerima kehadiran pemimpin baru yang begitu berkarisma, apatah lagi pengalaman Najib dalam politik dan hal-ehwal pentadbiran negara bukannya sehari dua.
Pelantikannya sebagai ketua negara tepat pada masa ketika Malaysia memerlukan kepemimpinan nasional yang utuh, berpendirian teguh dan berpengaruh. Kena pada masanya ketika Malaysia harus kembali berada di atas landasan mencapai misi menjadi negara maju yang hanya berbaki 10 tahun lagi.
Namun, cabaran yang perlu ditempuh Najib bukan sebarangan, tatkala landskap politik tanah air kian mengalami perubahan. Dulu, hanya akhbar dan televisyen menjadi rujukan, kini maklumat boleh dicapai melalui internet, portal dan pelbagai lagi saluran media baru.
Perdana Menteri juga tidak mahu ketinggalan, laman web www1malaysia.com.my menjadi landasan untuk segala idea, pandangan dan hujahnya diluahkan, malah khidmat rangkaian sosial, twitter juga dimanfaatkan.
Sejak hari pertama memegang teraju kerajaan, beliau jelas dengan apa yang harus dilakukan, menggunakan kemudahan teknologi untuk berhubung tanpa sempadan, menjana idea dan perancangan sambil kepentingan rakyat di tempat teratas dalam tumpuan, sesuailah dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Jika mahu lebih mengenali Perdana Menteri, dunia politiknya yang penuh ranjau berduri sehingga kisah sepanjang setahun menjadi pemimpin tertinggi kini sedia untuk ditatapi - semuanya dalam buku bertajuk Najib: Beginning of A Legacy (Najib: Bermulanya Satu Legasi).
Foto dan artikel disusun cantik memenuhi naskhah tebal 361 muka surat, sembilan bab penuh rencana, berita, gambar dan ucapan peribadi yang hebat, merangsang inspirasi dan semangat rakyat, membariskan tekad dan matlamat - semuanya bertumpu kepada kepentingan negara dan kebajikan masyarakat khasnya.
Kandungan awal buku bermula dengan mengimbau nostalgia Allahyarham bapanya, seorang yang sangat kuat bekerja dan prihatin dengan nasib warga. Najib juga mewarisi legasi kepemimpinan sama yang tambah terserlah dengan ilhamnya mencipta gagasan 1Malaysia.
Konsep gagasan untuk mengumpul semua warga, sama ada Melayu, Cina atau India. Orang Asli, Sikh, etnik minoriti atau apa juga kumpulan bangsa di Malaysia, semuanya diajak bersatu hati dan bekerjasama bagi membangunkan tanah air tercinta.
Mereka yang membaca naskhah ini dapat menatap gambar aksi spontan Perdana Menteri memasak capati bersama masyarakat Sikh, manakala si bayi yang ditemui pada satu majlis diusap penuh kasih.
Legasi kepemimpinan karisma Tun Razak, Najib
ReplyDeletepart 2
Ada juga gelagat pemimpin nombor satu itu mempamerkan kemahiran bermain congkak, duduk bersila bersama penghuni rumah panjang di Sarawak, menikmati putumayam dialas daun pisang, berbual mesra dengan sami Buddha ibarat dua sahabat bertemu semula selepas seorang lama menghilang.
Menatap foto yang dicetak, mungkin bagi sesetengah orang boleh mendatangkan sebak apabila melihat gambar aksi jentera berat sedang dikendalikan Razak, manakala gambar di sebelahnya pula gelagat Najib dalam pesawat tentera berseragam juruterbang penuh segak.
Banyak lagi cetakan gambar memaparkan aksi dua beranak itu dalam era berbeza, antara yang menarik ketika masing-masing menaiki bot meninjau kehidupan rakyat dan mangsa bencana, bergaul dengan masyarakat sambil tersenyum mesra atau ketika mempengerusikan mesyuarat berkepentingan negara.
Lembaran lebih ke dalam memaparkan hasrat dan perancangan Perdana Menteri untuk rakyat dan watan. Apa perlu dilakukan untuk mengangkat martabat masyarakat, mengubah nasib kelompok miskin dan melarat serta bagaimana memacu Malaysia menjadi negara hebat.
Melalui ucapan dan laporan berita, Najib turut menghuraikan dasar luar negara di bawah kepemimpinannya serta bagaimana memperkuatkan kedudukan negara dalam rangkaian antarabangsa. Dipaparkan juga gambar pertemuannya dengan pemimpin utama dunia.
Dalam leka membaca artikel dan menatap gambar, mata tertarik dengan istilah unik ‘Najibnomic’, merujuk sudut pandangan Perdana Menteri mengenai ekonomi Malaysia, menyentuh isu kewangan serta pertumbuhan negara.
Segala pencapaian dan pembaharuan dilakukan Najib, dari hari pertama mengambil alih jawatan tertinggi sehingga berita mengenai pelbagai program, aktiviti serta pembaharuan yang dilaksanakan, semuanya kini didokumentasikan dan terhidang untuk tatapan.
Pemimpin asing ucap tahniah
ReplyDeleteNegara luar harap dapat kerjasama dengan kerajaan baru
Kuala Lumpur: Ramai pemimpin dan negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS) mengutuskan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak sempena kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara,” menurut kenyataan dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.
“Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terbabit dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
AS harap kerjasama
Ventrell berkata, Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baru selepas ia dibentuk.
PRU-13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi.
Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah daripada rakan sejawatannya beliau David Cameron (United Kingdom), Yingluck Shinawatra (Thailand) dan New Zealand, John Key.
Beliau juga menerima ucapan tahniah daripada Putera Mahkota Abu Dhabi, Jen Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menghubungi Najib melalui telefon pada jam 1 tengah hari semalam untuk menyampaikan ucapan tahniahnya.
Cameron ucap tahniah
Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Britain di sini hari ini, berkata Cameron menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau, malam kelmarin.
“Perdana Menteri Cameron menegaskan tentang pentingnya perubahan politik dan ekonomi terus dilakukan sebagai susulan kepada usaha yang dilaksanakan sebelum ini.
“Perdana Menteri Cameron berkata beliau berharap hubungan dua hala antara United Kingdom dan Malaysia akan terus dipertingkat,” kata kenyataan itu.
cepat lari jibby, pigi tapuk dlm kain sarung c roastporkmah!!!
ReplyDeleteThe United States (US) has congratulated Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Barisan Nasional (BN) coalition for winning Sunday’s 13th General Election (GE13).
ReplyDelete“We congratulate the people of Malaysia on holding the most competitive election in their country’s history,” a statement issued by the US Embassy here said yesterday, quoting Patrick Ventrell, acting deputy spokesman at the US State Department.
ReplyDelete“We were pleased to see Malaysians across the political spectrum engaged in the electoral process in large numbers with unprecedented enthusiasm,” he said, adding that the US looked forward to working with the new government, once it was formed.
ReplyDeleteThe GE13 saw the Najib-led BN returned to power when the coalition won 133 of the 222 parliamentary seats to form the new federal government.
ReplyDeleteOn Monday, Najib took the oath of office as prime minister before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at the Istana Negara.
ReplyDeleteIn the statement, Ventrell also called on all parties to peacefully respect the will of the voters.
ReplyDeleteOn concerns about voting irregularities, he said addressing such issues was important to strengthen confidence in the electoral process.
Najib, who is BN chairman, also received a congratulatory message via phone call yesterday from his New Zealand counterpart, John Key, according to an aide of the Malaysian leader.
ReplyDeleteMengambil semangat kebertanggungjawaban sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bersedia mendengar suara rakyat dan menerima sebarang bentuk nasihat serta teguran dalam memberikan khidmat terbaik kepada mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi BN itu berkata mandat yang diberikan rakyat untuk terus menerajui negara adalah satu amanah besar yang mesti dilaksanakan dengan sempurna.
ReplyDelete“Kita telah membuat satu aku janji kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang, Insya-Allah, akan kita laksanakan sebaik mungkin.
ReplyDelete“Dengan mandat ini juga, kerajaan BN akan dapat meneruskan usaha transformasi yang sedang berlangsung dan Insya-Allah dengan izinNya jua, kita dapat mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri hari ini, beliau berkata Pengerusi BN itu berjaya memimpin parti gabungan itu dengan memenangi PRU13.
ReplyDelete“Sesungguhnya dalam tempoh empat tahun yang lalu, beliau telah berusaha dengan amat gigih dengan mengorbankan seluruh jiwa dan raga demi memastikan kemenangan BN.
ReplyDelete“Maka, sewajarnyalah seluruh anggota BN memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib untuk terus menakhodai parti dan kerajaan,” katanya.
ReplyDeleteMuhyiddin, yang turut melahirkan rasa syukur terhadap pemberian mandat rakyat untuk membolehkan BN mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang, berkata keputusan pilihan raya kali ini menunjukkan wujudnya polarisasi kaum dalam trend pengundian.
ReplyDelete“Ini adalah sesuatu yang tidak sihat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kita tidak boleh membiarkan satu kaum menyokong satu pihak, manakala kaum yang lain menyokong pihak yang satu lagi,” katanya.
ReplyDeleteBeliau turut menggesa rakyat supaya bersama-sama perdana menteri untuk mewujudkan Malaysia yang lebih bersatu-padu, makmur dan progresif.
ReplyDeleteLangkah itu penting kerana dalam tempoh tujuh tahun akan datang, semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama perlu bersatu hati menggiatkan usaha menjayakan transformasi nasional untuk membolehkan Malaysia mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
ReplyDeleteDi kawasan KDM memang di miliki oleh PR kalau bukan Party Star prisidennya Dr. Jeffery tamak,gila kuasa dan gila perempuan.
ReplyDeletelain kali lah!!!!
ReplyDeleteApart from the stock market, Nazri said that winning a simple majority of the National Front also obtained a positive impact on the foreign exchange market. "The impact of foreign investors also benefited the dollar movement has increased to 2.9870 per U.S. dollar, the highest in 10 months," he said. Last Friday, the ringgit closed at 3.0315 against the U.S. dollar.
ReplyDeleteThe success of the Barisan Nasional (BN) government guarantee will maintain continuity of pro-growth policies of Malaysia, a positive result in terms of sovereign credit rating and issuer rating based government (grease), said Moody's Investors Service.
ReplyDeleteETP program, in particular, has managed to revive private investment. Since its introduction in 2010, the average annual growth in gross fixed capital formation, private is 16.6 per cent from 2010 to 2012, up from 2.9 percent in the five years between 2005 and 2009.
ReplyDeleteHe said the entry of foreign investors into the market of Bursa Malaysia today, clearly demonstrates their confidence in the Malaysian economy. "Bursa Malaysia which was a record high of more than 1,800 points has shown strong confidence of foreign investors in the development plan has been planned by the government," he told reporters here today.
ReplyDeleteBN victory in the general election of the 13th yesterday, has been extraordinary impact on the movement of the prices of the local stock market today. "In fact, today is also the Bursa Malaysia received foreign investment fund of RM2 billion in session this morning and was the highest on record," said Head of Retail Research, Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.
ReplyDeleteSaya menjangka apa yang akan berlaku di dalam UMNO sedikit masa lagi ialah berulangnya apa yang telah berlaku keatas Abdullah Badawi. Tentulah Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan dan bersara untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin. Ini sememangnya agenda Dr Mahathir dari awal. Mahathir mahu memainkan peranan menaik dan menurunkan pimpinan dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam politik ini.
ReplyDeleteTetapi saya selalu memberikan pandangan, jika Najib itu lemah Muhyiddin akan lebih lemah lagi dari Najib. Mereka datang dari acuan yang sama. Saya ‘conclusive’ dengan pandangan saya, tidak akan ada seorang pun pemimpin dari barisan MKT UMNO hari ini layak untuk menggantikan kepimpinan jika Najib meletakkan jawatan. Mereka semua mempunyai mentaliti dan budaya yang sama. Segala-galanya sama dan ini terhasil dari pimpinan Dr Mahathir yang tidak pernah membaja benih kepimpinan dalam UMNO itu.
ReplyDeletePandangan Dr Mahathir yang mengatakan Najib itu telah gagal, lebih gagal dari Abdullah Badawi itu betul dan Mahathir mesti tahu yang sesiapa yang mengambil alih dari Najib itu akan lebih gagal lagi. Dengan acuan yang terbina oleh Dr Mahathir ini pimpinan UMNO akan bertambah lemah setelah pimpinan lemah diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi. Tidak mustahil jika Muhyiddin mengambil alih UMNO akan mendapat kekalahan yang lebih besar lagi.
ReplyDeleteAdalah satu kesilapan yang akan dilakukan oleh Najib ialah memindahkan kuasa kepada Muhyiddin. Betul, Najib mungkin terpaksa berkorban untuk UMNO dengan bersara. Tetapi jika Najib mahu di kenang oleh rakyat sebagai pemimpin dan negarawan setelah bersara, beliau patut wariskan kepimpinan UMNO itu kepada pemimpin yang bukan dari acuan yang sama.
ReplyDeleteBeliau sendiri akan menjadi bahan cemuhan ramai jika beliau mewariskan kepimpinan UMNO kepada pimpinan yang sudah pasti membawa UMNO itu rebah buat selama-lamanya.
Setelah najib berundur...mahadey hanya mempunyai masa paling lambat 7 tahun untuk mentabalkan mamak botak (mukhriz) untuk menjadi pm...
ReplyDeleteDengan hasil rompakan wang negara sebanyak rm 44 billion dan sumbangan tokey tokey yg menjdai kaya raya di bawah mahadey..semuanya menjadi enteng bagi mahadey...kerana semua melayu dlm umno sudah menjadi bodoh..
Hanya Allah saja yg boleh mengagalkan penipuan mahadey...kerana demokrasitelah mati di malaysia...
pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah.
ReplyDeleteBerhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.
Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.
ReplyDeletesungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.
ReplyDeleteIni bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.
ReplyDeleteJadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.
ReplyDeleteNamun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini
ReplyDeletetanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?
ReplyDeleteMohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!
ReplyDeleteBN masih tidak tahu apakah sebab kemerosotan?
ReplyDeleteLets the people to decide theebst for UMNo and BN.
ReplyDeleteUsaha beliau akan dinilai.
ReplyDeleteAdakah BN mencapai kejayaan di PRu13?
ReplyDeleteJika tidak Naji, siapakah calon pengganti yang paling sesuai.
ReplyDelete