Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
“Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.
“Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera,” tegas Anwar ketika sidang media semalam.
Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.
“Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.
Thursday, June 6, 2013
PRU Semula : Lebih 80 Petisyen Bakal Dikemukakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memangpun berlaku PENIPUAN BESAR oleh SPR sgaja untk menangkan UMNO/BN yg jels mjority rakyat Malaysia menolak pimpiann UMNO/BN yg Pgkhianat dn ZALIMMMMMM
ReplyDeletekalau bukan sekarang bila lagi.....
ReplyDeleteKami menanti perkembangan selanjutnya.
ReplyDeleteAdakah SPR gagal memastikan PRU yang bersih dan amanah?
ReplyDeleteLebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.
ReplyDeleteSerahkan bukti dan serahkan kes ini kepada mahkamah untuk menentukannya.
Banyak juga gambar dan laporan di upload internet untuk mengesahkan PRU yang kotor dan tidak amanah.
ReplyDeleteAdakah BN menang di PRu13? Jika dikaji secara selidik, BN telah kalah berbanding PRU sebelum ini.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu.
ReplyDeleteMalah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini.
ReplyDeleteTambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan.
ReplyDeleteBeliau membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘fanatik anti-demokrasi’ dan mereka yang menyokong perjuangan mereka sebagai ‘aktivis penentang golongan berkuasa’ serta golongan muda yang tidak memahami undang-undang.
Wan Ahmad berkata demikian bagi mengulas mengenai penganjuran perhimpunan oleh pembangkang di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 kerana didakwa berlakunya penipuan.
ReplyDeleteSelain itu Wan Ahmad turut memberi amaran kepada pembangkang supaya menghentikan perhimpunan haram kerana tidak ada kejadian seperti itu berlaku pada hari mengundi.
ambah beliau ejen pilihan raya yang dilantik SPR turut menafikan dakwaan tersebut.
ReplyDelete“Kami mempunyai banyak saksi di pusat-pusat mengundi, termasuk NGO yang berada di sana sebagai pemerhati.
“Tiada seorang pun daripada mereka melaporkan apa-apa kejadian bekalan elektrik terputus,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.
ReplyDeletePengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti -
ReplyDeletemembuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti -
ReplyDeletemenjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti -
ReplyDeletemenjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
ReplyDeleteAdalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.
ReplyDeleteKeputusan ke-rajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengambil alih kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap dapat memperkukuhkan lagi peranan badan itu.
ReplyDeleteAnggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan Perdana Menteri mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun
ReplyDeletepenubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.
ReplyDeleteSPR akan memastikan yang mana semua tanggungjawab yang diberikan kepada mereka tidak akan disia-siakan dan akan menunaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteSetelah riuh-rendah dengan kemunculan berbondong-bondong pengampu, pembodek dan tukang kipas yang mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan,
ReplyDeletemalah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan.
ReplyDeleteKata Ku Nan lagi, semua jawatan tertinggi parti terbuka untuk ditandingi dan sesiapa saja yang mahu bertanding, boleh mendaftarkan diri untuk berbuat demikian
ReplyDeletesesuai dengan peraturan baru yang diperkenalkan oleh Umno. Katanya lagi, semua jawatan dalam Umno akan ada pertandingan kali ini.
ReplyDeleteSebelum ini, sebaik keputusan terburuk yang dicapai oleh BN dalam pilihanraya lalu, ramai pemimpin Umno tampil menyarankan agar kedua-dua jawatan tertinggi dalam Umno itu tidak dipertandingkan atas alasan menjaga perpaduan, selain menganggap gandingan Najib dan Muhyiddin sudah merupakan gabungan yang terbaik untuk parti.
ReplyDeleteSelain Umno Negeri Sembilan dan Sabah yang menjadikan tiadanya pertandingan itu sebagai resolusi, sebahagian besar pemimpin Umno turut menyokong cadangan itu.
ReplyDeleteMalah Ku Nan sendiri sebelum ini dilaporkan bersetuju tiadanya pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno atas alasan Umno mengamalkan demokrasi terpimpin dan bukannya demokrasi sebenar.
ReplyDeleteDua bekas Perdana Menteri, Mahathir dan Pak Lah juga dilaporkan bersetuju agar tiada pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi itu.
ReplyDeleteWalaupun demikian, di peringkat akar umbi rata-ratanya mahukan pertandingan diadakan kerana berasakan transformasi politik yang diperkenalkan Najib dengan meminda peraturan pertandingan haruslah dibuktikan bukan sekadar dengan kata-kata tetapi dengan keberanian melalui tindakan juga
ReplyDeleteLagi pula 146,500 orang yang digegak-gempitakan sebagai perwakilan yang boleh memilih pucuk pimpinan Umno kali ini berbanding hanya 2,500 sebelum ini, turut tidak sabar untuk memainkan peranan mereka.
ReplyDeleteDalam pada itu, kalangan akar umbi juga berpandapat, tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan pertandingan kali ini mendatangkan kesan kepada perpaduan kerana pilihanraya baru saja berakhir dan pilihanraya seterusnya hanya akan diadakan lima tahun lagi iaitu pada 2018.
ReplyDeleteDan jika pun mahu dielakkan pertandingan untuk menghadapi pilihanraya, ia sepatutnya pertandingan pada 2016 nanti.
ReplyDeleteUntuk pemilihan pucuk pimpinan kali ini, ramai yang berpendapat biarlah sesiapa saja mahu menawarkan diri untuk mencabar Najib, sama ada Muhyiddin atau Tengku Razaleigh
ReplyDeleteBiarlah demokrasi disuburkan kembali dan keputusan pilihanraya lalu diadili oleh Umno pula sama ada mereka masih mahu mengekalkan Najib atau sebaliknya bagi menghadapi pilihanraya yang seterusnya nanti.
ReplyDeleteKenyataan Ku Nan yang secara tiba-tiba memberi lampu hijau kepada pertandingan dalam Umno, terutamanya dua jawatan tertingginya, ternyata disambut baik dan membuktikan kecenderungan untuk membuka semula ruang demokrasi dalam Umno yang selama ini diikat dan dirantai kakinya.
ReplyDeleteUmno kali terakhir menyaksikan pertandingan bagi jawatan Presiden Umno ialah pada 1987 bilamana Tengku Razaleigh mencabar Mahathir. Walaupun Mahathir menang dengan 43 undi tetapi demokrasi dalam Umno selepas itu bagaikan diikat dan dipasung kakinya melalui pelbagai peraturan dan kekangan yang diperkenalkan oleh beliau terutamanya sistem kouta pencalonan.
ReplyDeleteTetapi apabila Najib mengambil alih kepimpinan parti dan negara, beliau telah membuang semua peraturan tidak demokratik itu kerana menyedari pelbagai peraturan dan kekangan itu telah menyebabkan orang-orang Melayu semakin menjauhi Umno.
ReplyDeleteBagaimanapun apabila PRU 13 menghasilkan keputusan terburuk dalam sejarah BN dengan hanya kemenangan 133 kerusi dan hilang undi popular, kebarangkalian kedudukan Najib dicabar juga tinggi kerana beliau dianggap pemimpin yang paling gagal sepanjang kewujudan Umno.
ReplyDeleteLantas, untuk mempertahankan Najib, muncul kembali cadangan agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sedangkan transformasi politik Umno telah diperkenalkan sebelum itu.
ReplyDeleteLalu Umno kembali menjadi bahan cecehan ramai dan transformasi Najib dianggap palsu. Transformasi yang bertujuan menjadikan parti lebih demokratik dan inklusif, rupa-rupanya lebih cenderung melahirkan pembodek, pengampu dan tukang kipas semata-mata.
ReplyDeleteDi sisi yang lain, keadaan ini menjadikan Umno makin dijauhi terutamanya oleh generasi muda yang sarat dengan idealisme serta ghairah kepada persaingan. Mereka melihat Umno bukan lagi wadah untuk perjuangan dan memupuk bakat kepimpinan, sebaliknya lebih merupakan parti untuk kelompok elit tertentu sahaja.
ReplyDeleteSetelah demokrasi dirantai kakinya selama 26 tahun ini dalam Umno, ia akan terus memberi kesan kepada penerimaan orang-orang Melayu dan meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang. Umno dengan demokrasi yang diikat kakinya hanya akan kekal menjadi parti kampungan dan menerima sokongan dari desa pedalaman saja tetapi akan terus disisih oleh generasi muda, Melayu bandar dan separa bandar.
ReplyDeleteBarangkali atas kesedaran ini dan harapan yang tinggi agar Umno dan BN mendapat sokongan yang lebih baik dalam PRU 14 nanti, maka Ku Nan cuba membuka ikatan yang memasung kaki demokrasi dalam Umno selama ini. Kini disedarinya jika demokrasi tidak dihidupkan kembali, kemungkinan Umno akan mati kerana terus ditolak oleh orang-orang Melayu adalah lebih tinggi lagi.
ReplyDeleteDatuk Raymond Tan Shu Kiah, who was reappointed as Industrial Development Minister, has urged all agencies under the ministry to push for a healthy growth.
ReplyDeleteThe target set by the ministry for this year must be followed by all agencies to achieve five to six per cent Gross Domestic Product (GDP) growth, he said at the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Kaamatan celebration yesterday.
ReplyDeleteTan said KKIP and the other agencies had been effective in delivering results, but now there is a need for more action to achieve the growth target, which is very challenging especially a slowdown in the global economy.
ReplyDeleteChief Executive Officer (CEO) of KKIP, Dr Tarsiah TZ Taman, who also attended the press conference, said KKIP was on the right track to achieve its target.
ReplyDelete