Tuesday, June 4, 2013

Harga Kertas undi pegawai SPR didakwa dijual RM100

Seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa "membeli" kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu.

Dalam pendedahannya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei - sehari sebelum pilihan raya umum - telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN.

Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu.

Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda.

Laporan polis itu menamakan calon BN Nawi Mohamad sebagai terlibat dengan perkara itu. Beliau bagaimanapun menafikannya.

"Mana ada," katanya kepada KiniTV. -MK

35 comments:
Write comments
  1. ini kerja gila bagus pengarah SPR minta maaf dan letak jawatan kerana kegagalan spr.

    ReplyDelete
  2. Lampu padam semasa kiraan undi, SPR kata SPR tak bertanggungjawab,.. Wakil Calon Beli Kertas undi kat pegawai SPR pun SPR kata SPR tak bertanggungjawab,.. Kes bawa keluar karung kertas undi dari lokap, spr kata spr tak tanggung jawab.... habis tu SPR kerja apa.... tanggungjawab apa.... ? bertanggungjawab untuk pastikan B* MENANG....???? payahlah kalau macam ni... Hujah orang yang tak bertanggungjawab.....!!!

    *** Sebab namapun spr=si penipu rakyat ...nipu jer ler...

    ReplyDelete
  3. Tuduhan yang mendakwa calon BN di Terengganu 'membeli' kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu tiada kaitan dengan suruhanjaya itu.

    ReplyDelete
  4. timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya perbuatan tersebut, mereka dinasihatkan untuk membuat kepada pihak yang berkaitans eperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata, setakat ini SPR tidak menerima sebarang laporan mengatakan ada calon BN merampas, menawar rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR di Jerteh seperti didakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

    ReplyDelete
  6. "SPR menjalankan proses pilihan raya. Bagi mengurus pilihan raya umum, SPR melantik 230,000 petugas sepanjang proses ini. Searamai 100,000 bertugas di pusat mengundi. Secara khususnya, setiap petugas perlu mengikut peraturan yang disediakan dan menjaga tatasusila semasa menjalankan tugas,"

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi pada sidang media semalam yang mendakwa seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa “membeli” kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu.

    ReplyDelete
  8. Rafizi mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei, sehari sebelum pilihan raya umum telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

    ReplyDelete

  9. Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

    ReplyDelete
  10. Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu.

    ReplyDelete
  11. Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda.

    ReplyDelete
  12. Memgulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR berdepan kesukaran untuk mengawal setiap petugas yang terlibat dalam kes rasuah seperti ini.

    ReplyDelete
  13. Setiap petugas yang tidak amanah akan menerimanya, tetapi jika mereka telus dalam pekerjaan mereka, sudah pasti perkara sebegini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  14. SPR tidak ada kuasa menyiasat bagi kes-kes seperti ini dan akan menyerahkan kepada polis. Biarlah polis menyiasat secara terperinci," katanya.

    ReplyDelete
  15. Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman yang boleh diguna pakai untuk melaksanakan semua agenda yang terkandung dalam manifesto parti itu jika dipilih semula untuk mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-13

    ReplyDelete
  16. imbalan Pengerusi BN itu berkata sepanjang lima dekad menerajui pentadbiran negara, kerajaan BN telah berjaya memajukan kualiti hidup rakyat menerusi pelbagai perubahan besar dalam agenda pembangunan negara.

    ReplyDelete
  17. Perdana Menteri tidak segan silu mengakui bahawa jentera kerajaan kurang cekap menangani “perang” persepsi, namun usaha dan pendekatan menanganinya boleh dirancang berdasarkan pengalaman yang dilalui.

    ReplyDelete
  18. Antara persepsi yang melekat pada minda rakyat adalah bahawa wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya kerana dipilih rakyat sudah meningkat darjatnya kepada Orang Kenamaan (VIP), sehingga tingkahlakunyapun berubah.

    ReplyDelete
  19. Tun Dr Mahathir pernah berkata, seseorang yang bersih itu, juga perlu kelihatan bersih. Ertinya, janganlah hanya selepas berjawatan wakil rakyat atau Jemaah menteri atau exco atau juga setiausaha politik tidak semena-mena mampu memiliki segalanya; selain itu lifestyle juga berubah.

    ReplyDelete
  20. Tindakan memerangi persepsi tidak akan berjaya, jika para pelakunya tidak berubah. Selagi sifat bermegah-megah dan berperlaku VIP tidak terhakis, selagi itu persepsi tidak akan berjaya dihakiskan.

    ReplyDelete
  21. Tindakan mengistiharkan harta dan kekayaan sebelum seseorang itu dilantik ke jawatan yang bersifat VIP adalah satu kaedah bagaimana memerangi persepsi.

    ReplyDelete
  22. Pengistiharan harta seharusnya menjadi pengetahuan umum, kerana dengan mengetahui pemilikan harta seseorang yang dilantik ke jawatan yang berstatus VIP dengan sendirinya menghapus persepsi terhadap seseorang itu.

    ReplyDelete
  23. sejak 5 tahun lalu, isu utama pembangakang adalah soal rasuah, salah guna kuasa, pemberian projek kepada kroni.

    ReplyDelete
  24. Faktor ini melekat pada mereka yang berkepentingan dalam kontrak-kontrak kerajaan, sehingga mereka yang gagal, akan terus spin isu ini, sehingga menjadi negatif kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  25. Pembangkang melalui berbagai kaedah, samada melibatkan pemimpin utama mereka, malah penyokong mereka, senantiasa melontarkan berbagai isu kepada para pemimpin kerajaan daripada BN.

    ReplyDelete
  26. Kita sering mendengar bagaimana Ketua Menteri Sarawak dan Sabah menjadi sasaran mereka. Mereka mencipta berbagai isu dan fakta palsu, kononnya kedua-kedua itu pengamal rasuah.

    ReplyDelete
  27. Penggunaan media siber yang meluas, menyebabkan penyebaran isu-isu fitnah semakin cepat merebak, sehingga pengguna media alternatif itu tiada peluang mengetahui mana satu fakta yang benar mahupun mana satu yang palsu.

    ReplyDelete
  28. Berasaskan fakta yang ada ini, maka Perdana Menteri mengambil inisiatif agar satu kaedah itu membendung persepsi negatif ini.

    ReplyDelete
  29. Kerajaan tidak akan mampu menanganinya secara bersendirian, pihak-pihak Ngo atau persendirian perlu dilibatkan, atas sebab, persepsi yang berligar-ligar pada minda mereka yang pro pembangkang adalah apa sahaja penerangan daripada pihak agensi yang berkaitan dengan kerajaan adalah usaha menutup fakta-fakta yang disebar luaskan.

    ReplyDelete
  30. Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
    Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    ReplyDelete
  31. Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ReplyDelete
  32. Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

    ReplyDelete
  33. Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

    ReplyDelete
  34. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
    Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  35. Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.