Tuesday, June 4, 2013

NGO mesra UMNO mahu Kerajaan sekat Facebook

Ini dah jadi macam kes marahkan nyamuk kelambu dibakar.. sepatutnya yang ditangani ialah 'nyamuk' bukannya kelambu..

Berapa ramai yang menggunakan FaceBook untuk hina Yang Dipertuan Agung? Ramai pelajar di IPTA dan juga IPTS menggunakannya untuk berkongsi maklumat akademik sesama mereka.



SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan.

Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya ~ Sinar Harian


Rasanya yang bersungguh-sungguh nak tutup Facebook ini ialah sebab untuk menyelamatan masa depan UMNO dan Barisan Nasional daripada ranap ditelan arus media massa alternatif... setelah cyber trooper upahan mereka gagal dalam tugas mereka..

Yang peliknya perkara negatif yang dilaksanakan dalam sistem negara China, Myanmar, Iran mahu dijadikan contoh untuk diikuti tetapi nilai-nilai demokrasi yg baik dalam sistem UK, US, tak mahu pula diikut..

Inilah Barisan Nasional, apa saja perkara yang tidak memihak kepada mereka hendak disekatnya dengan alasan memberi ancaman kepada negara..

-http://darisungaiderhaka.blogspot.com

73 comments:
Write comments
  1. Penggubalan undang-undang untuk menangani penyalahgunaan media sosial di negara ini dikhuatiri mencetuskan kontroversi serta mengundang bantahan pengendali laman berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye, mahu cadangan terbabit diteliti semua pihak berkaitan sebelum undang-undang dikuatkuasakan bagi mengawal penyalahgunaan platform itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara.

    ReplyDelete
  3. Media sosial sangat berpengaruh dan alat sebaran efektif era ini. Undang-undang bagi mengawal kebebasan menulis di media sosial dikhuatiri dikecam dan menimbulkan kontroversi kerana dianggap tidak demokratik dan menyekat kebebasan bersuara. Jika mahu dilaksanakan, ia harus ada keseimbangan untuk semua pihak, katanya.

    ReplyDelete
  4. Beliau dihubungi BH semalam bagi mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shabery Cheek yang dipetik berkata, kerajaan akan terus mengkaji kaedah lain bagi menangani penyalahgunaan media sosial sebelum sebarang undang-undang digubal

    ReplyDelete
  5. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu.

    ReplyDelete
  6. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

    ReplyDelete
  7. “Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang,”

    ReplyDelete
  8. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini

    ReplyDelete
  9. Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

    ReplyDelete
  10. Dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu.-Ahmad Zahid

    ReplyDelete
  11. Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

    ReplyDelete
  12. “Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,”

    ReplyDelete
  13. 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi,

    ReplyDelete
  15. Negara-negara di rantau Asia Timur perlu menimbang untuk mengawal media sosial bagi memastikan entiti atau individu yang aktif dalam komuniti online (netizen) dipertanggungjawabkan atas sebarang salahlaku dalam dunia siber, sebuah forum diberitahu pada Selasa.

    ReplyDelete
  16. Duta Besar Mutlak dan Istimewa, Kedutaan Indonesia di China, Imron Cotan, berkata “kita perlu memberi muka kepada pengamal media sosial yang tidakberwajah” agar mereka dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan punitif bagisebarang manipulasi media.

    ReplyDelete
  17. Lebih 50 wakil media utama dari 10 negara anggota Asean, China, Jepun dan Korea Selatan menghadiri forum sehari itu bagi membincangkan cara untuk salingbekerjasama dan bersatu selain meningkatkan peranan sebagai satu-satunya suara dari rantau ini dalam pentas media antarabangsa

    ReplyDelete
  18. Cotan berkata dengan pengawalan sedemikian individu yang aktif dalam online atau "netizen" ini akan " berhati-hati dengan apa yang mereka ungkapkan" apabilamenyuarakan pandangan dan bertanggung jawab dengan fakta dan data mereka, yang membawa kepada sebuah masyarakat ruang siber yang boleh dipercayai dan terikat dengan undang-undang.

    ReplyDelete
  19. Pemilik media sosial yang tidak berwajah ini seperti pemegang akaun facebook, twitter dan penulis blog, boleh menyelamatkan diri daripada sebarang tindakan undang-undang jika mereka memberikan maklumat palsu dan menyeleweng, kepada orang awam.

    ReplyDelete
  20. Mereka hanya muncul dalam skrin siber apabila melihat isu-isu yang boleh dimanipulasi dan menghilangkan diri apabila itu-isu itu berakhir tanpa sebarang perasaan bersalah atas ulasan mereka yang boleh membawa masalah kepada orang ramai atau sesebuah masyaraka

    ReplyDelete
  21. Bagaimanapun, Cotan berkata pengawalan media sosial tidak sepatutnya dibuat bagi membendung perdebatan sihat di kalangan mereka yang aktif dalam online.

    ReplyDelete
  22. Menteri Muda di Pejabat Majlis Negeri Wang Zhongwei berkata pengamal media Asia perlu memainkan peranan aktif dalam menggalakkan hubungan harmoni antara negara-negara mereka dengan mengambil kesempatan daripada media dengan menyediakan berita mereka sendiri dan tidak bergantung kepada laporan yang dikuasai media Barat.

    ReplyDelete
  23. Mereka perlu membuat lebih banyak liputan mengenai budaya dan tradisi mereka, dan pembangunan manusia bagi menjadikan orang ramai lebih memahami antara satu sama lain, dan juga meningkatkan kerjasama dan hubungan dikalangan negara masing-masing.

    ReplyDelete
  24. Zhongwei juga berkata mereka perlu mengambil kesempatan daripada media baruuntuk meningkatkan lagi pertukaran idea di kalangan mereka bagi mengembang dan membangunkan rantau Asia dan menyebarluaskan impian mereka bagi membolehkan masyarakat dunia memahami dan belajar daripada mereka.

    ReplyDelete
  25. Semasa perbincangan meja bulat, beberapa wakil media Asean menyuarakan kebimbangan mereka berhubung cabaran yang ditimbulkan oleh media baru dalam akhbar, televisyen, stesen radio dan agensi-agensi berita mereka, yang mana jika tidak ditangani boleh membawa kepada keruntuhan mereka

    ReplyDelete
  26. Pemangku Timbalan Pengarang Borneo Bulletin, sebuah akhbar harianberpangkalan di Brunei, Lance Thoo Sin Lin berkata walaupun terdapat serangan hebat oleh media sosial, ia adalah terlalu awal untuk mengetepikan sesuatu yang bersifat tradisional kerana apa yang paling penting sekarang kepada orang ramai adalah kandungan yang tepat dan boleh dipercayai, yang mana petanding tidak dapat menyediakannya.

    ReplyDelete
  27. Bagi menghadapi cabaran daripada media baru, media tradisional perlu bersedia menyerap inovasi, membina aplikasi berdasarkan kepada peralatan bergerak, mengambil wartawan yang mahir dan profesional, dan membuat kehadiran laman web mereka dirasai.

    ReplyDelete
  28. Di pihak yang menyokong BN tak pernah ada berita yang dikatakan menghasut dan fitnah...semuanya dihalalkan jika menguntungkan BN. Tindakan untuk menyekat facebook yang pastinya supaya penyalahan dan penyelewengan tidak terdedah dan rakyat terus diperbodohkan. Kerajaan BN sangat takutkan kebangkitan rakyat yang semakin ketara belakangan ini.

    ReplyDelete
  29. penahanan seorang wanita yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook harus menjadi satu pengajaran bahawa kebebasan bersuara perlu diiringi tanggungjawab tertentu, dan ia sepatutnya tidak disalah guna.

    ReplyDelete
  30. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Internet mewakili dunia tanpa sempadan, namun orang ramai harus ingat bahawa kita bukan berada dalam persekitaran tanpa undang-undang.

    ReplyDelete
  31. Beliau berkata terdapat banyak kes di Malaysia dan negara lain yang menyaksikan netizen atau pengguna Internet didakwa kerana memfitnah atau menghasut berikutan tuduhan liar serta penghinaan yang mereka lakukan di Internet.

    ReplyDelete
  32. Malah Singapura dan Amerika Syarikat kini mengkaji beberapa bentuk peraturan bagi membendung penyalahgunaan media sosial,

    ReplyDelete
  33. Dr Chua berkata netizen juga tidak boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang berhasrat menimbulkan kebencian serta menggugat keamanan dan keharmonian negara demi kepentingan politik dan diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  34. Terdapat terlalu banyak pembohongan, kebencian serta maklumat palsu di media sosial namun malangnya, ramai orang mempercayainya," katanya.

    ReplyDelete
  35. Dr Chua berkata perpaduan kaum dan keharmonian agama di negara ini bukan diperoleh secara automatik atau mudah, justeru, beliau menggesa rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing bagi melindungi, bukan memusnahkannya.

    ReplyDelete
  36. Beliau juga berkata hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak harus disalah guna pembangkang demi mencapai matlamat politik mereka.

    ReplyDelete
  37. Malaysia adalah sebuah negara nomokrasi atau berpaksikan undang-undang.

    ReplyDelete
  38. Netizen sepatutnya berfikir dua kali sebelum menjerumuskan diri mereka dalam masalah kerana kita masing-masing bertanggungjawab atas perbuatan sendiri," katanya.

    ReplyDelete
  39. MELIHAT keputusan PRU-13 di Sabah, nampaknya kaum cina membuat keputusan tidak menyebelahi mana-mana pihak, apabila keputusan menunjukkan jumlah kerusi yang menyebelahi BN dan PR adalah seimbang.

    ReplyDelete
  40. Bagi Kerusi DUN, BN menang di Tanjong Kapor dan Tanjong Aru bagi kawasan Pantai Barat, Bagi kawasan Pantai Timur BN menang di Tanjong Papat dan Elopura dan Bagi kawasan Tawau, BN menang di Merotai.Sementara PR menang di Luyang, Kepayan, Api-Api, Likas dan Sri Tanjong. Bagi kawasan Parlimen pula, PR menang di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala BN menang di Tawau.

    ReplyDelete
  41. Ekoran kemenangan 5 ADUN Kaum Cina dan satu Parlimen, maka di peringkat negeri, kaum itu mendapat dua anggota kabinet salah seorang daripadanya berstatus Timbalan Ketua Menteri, dua orang pembantu menteri, sementara di Pusat, seorang dilantik sebagai Timbalan Menteri kanan.

    ReplyDelete
  42. Jikalah tidak berlaku persempadanan pilihanraya, penulis yakin, pada PRU-13 lalu, kaum cina akan menyokong parti yang melawan BN, namun disebabkan apapun tindakan kaum itu bagi Sabah khasnya, mereka bukan lagi sebagai penentu kemenangan sesebuah parti.

    ReplyDelete
  43. melihat keputusan PRU-13 kebangsaan, nampaknya kaum cina juga bukan merupakan penentu kemenangan sesebuah parti, kecuali di negeri-negeri Selangor dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  44. di Semenanjung lebih 90 peratus pengundi kaum cina menyokong PR, atas sebab itu DAP menang dengan 38 kerusi; namun sokongan 68 peratus sokongan melayu/bumiputera kepada Umno/Bn yang membolehkan parti itu mendapat kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan, meskipun tanpa sokongan kaum cina.

    ReplyDelete
  45. Sebagai catatan, kerusi kaum cina yang ada dalam BN adalah satu di Sabah, satu di Sarawak, 8 di Semenanjung, iatu berjumlah 10 kerusi, manakala Bumiputera/india mempunyai 123 kerusi Parlimen. Kerajaan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112 kerusi dewan rakyat.

    ReplyDelete
  46. Sebenarnya jika melihat keputusan PRU-13 lalu, kaum bumiputera/melayu mampu menubuhkan kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

    ReplyDelete
  47. Melihat kepada Benchmark ini, mungkin menjadi iktibar kepada kaum cina, bahawa usaha kaum itu menguasai dunia politik di negara ini tidak akan tercapai,jika bumiputera/melayu tidak ikut menyokong.

    ReplyDelete
  48. Mungkin pada PRU-14, kaum cina akan melakukan pendekatan sepertimana pendekatan di Sabah, kiripun Untung Kananpun Untung.

    ReplyDelete
  49. Ramai yang menganggap dua jenis kebebasan ini, iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan diri adalah satu-satunya cara yang dapat menilai atau menentukan tahap intelektual dan keupayaan identiti individu.

    ReplyDelete
  50. Dalam apa juga hal, kebebasan adalah perkara pokok. Kebebasan akan menyumbang kepada pembangunan diri dan intelektual manusia. Tanpa kebebasan manusia akan menjadi alat mainan mekanikal kanak-kanak, robot atau boneka yang dikawal dengan tali. Dalam keadaan ini kita mengiktiraf kebebasan manusia.

    ReplyDelete
  51. Namun begitu kita perlu ingat bahawa kebebasan bukan hanya relevan kerana demokrasi. Demokrasi juga bukan semata-mata kebebasan. Berkaitan, kebebasan juga bukan politik dan politik bukan semata-mata kebebasan.

    ReplyDelete
  52. Kita harus sentiasa ingat bahawa kebebasan bukanlah segalanya. Sekiranya kita menganggap kebebasan adalah segalanya, kita akan menjadikan kebebasan itu ‘tuhan’. Dalam kata lain, kita akan menganggap kebebasan itulah yang menentukan baik buruk atau sebagainya. Ini adalah salah. Kebebasan cuma satu wadah, tetapi ia bukan penentu kepada semuanya.

    ReplyDelete
  53. Kebebasan dan sekatannya tidak bertentangan antara satu sama lain. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya hendaklah sentiasa ada bersama dan beriringan. Kebersamaan itulah yang akan membantu manusia mencapai tujuan utama kehidupan sebenar secara bersendirian, atau juga secara berkelompok dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  54. Kebebasan tanpa sekatan menjadi penyumbang besar kepada kecelaruan sosial. Apa tidaknya, dari satu sisi, kebebasan peribadi dan kebebasan diri diperjuang, manakala dari satu segi yang lain pula kita saksikan rungutan kepada keruntuhan moral dan masalah sosial.

    ReplyDelete
  55. Kebebasan peribadi dilaung, bila timbul masalah sosial kita bising dan menuding jari kepada kerajaan. Ini telah jelas berlaku di negara kita. Oleh itu kebebasan perlu didisiplinkan.

    ReplyDelete
  56. Pada falsafahnya kebebasan itu adalah satu ikatan. Kebebasan bukan lesen untuk bebas lepas tanpa ikatan atau tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  57. Kebebasan bukan propaganda. Kebebasan tidak harus diniat dan diamal untuk menarik seseorang atau satu pihak ke sisinya. Kebebasan harus menyampaikan ilmu dan juga menjadi sumber asas pengetahuan.

    ReplyDelete
  58. Kebebasan adalah proses atau mekanisme mengajak orang lain berfikir. Kebebasan adalah ejen pembuka minda, bukan penghalang kepada kebebasan minda. Kebebasan juga bertujuan untuk membaik pulih sesuatu yang tersalah. Kebebasan harus menyatupadukan, bukan memecah belah.

    ReplyDelete
  59. Umno Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
    Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.

    ReplyDelete
  60. Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
    Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.

    ReplyDelete
  61. Pengundi di Dun Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan

    ReplyDelete
  62. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:53 PM

    Facebook adalah satu medium yang sangat baik untuk mempromosikan apa jua perniagaan yang kita jalankan. Tetapi persoalannya: berapa ramai yang tahu menggunakan laman media sosial itu dengan betul untuk tujuan perniagaan?

    ReplyDelete
  63. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:53 PM

    Artikel saya di dalam Utusan Malaysia hari ini mungkin dapat membuka mata sebahagian dari usahawan yang mungkin belum atau sudah memulakan langkah mereka di Facebook.

    ReplyDelete
  64. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:54 PM

    Atau mungkin anda masih tergolong dalam kelompok yang menggunakan Facebook untuk bermain game atau bersosial semata-mata? Kesian...

    Jika anda sudah membaca artikel tersebut, mungkin anda punyai pandangan sendiri tentang soal ini , atau mungkin juga timbul persoalan-persoalan tertentu dalam fikiran.

    Gunakan ruangan komen di bawah untuk membicarakan hal ini.

    ReplyDelete
  65. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:56 PM

    Kami ingin kongsikan sebuah cerita inspirasi yang terjadi kepada salah seorang peserta program Seminar Facebook Power. Ianya kisah benar yang dialami oleh seorang cikgu sekolah rendah.

    ReplyDelete
  66. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:56 PM

    Sebelum ketahui cara sebenar untuk berniaga di Facebook, Cikgu ni tak pandai menggunakan Facebook untuk buat duit.

    ReplyDelete
  67. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:56 PM

    Sama seperti kebanyakan orang lain, dia hanya menganggap Facebook sebagai medium komunikasi saja. Tapi itu semua berubah setelah cikgu ni hadir ke Seminar Facebook Power.

    ReplyDelete
  68. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:57 PM

    Daripada seorang yang hanya pandai mengajar di sekolah rendah, kini dah pun berjaya menjana pendapatan sehingga RM 15,000 seminggu secara sambilan sahaja.

    ReplyDelete
  69. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:57 PM

    Bagaimana cara naikkan like buat FB ads dengan cara yang simple, mudah, murah dan sangat praktikal
    Adakah anda mahu, setiap kali anda iklankan produk atau servis anda, 99% kebarangkalian pasti akan membeli. Menarik bukan? Anda sepatutnya tahu menggunakan fungsi “Facebook Ads” adalah umpama menggunakan senapang penembak tepat (sniper rifle).

    ReplyDelete
  70. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:58 PM

    Kita boleh menentukan siapa yang boleh membaca iklan itu. Jika kita menjual pakaian wanita, kita boleh tentukan iklan itu untuk pengguna Facebook yang berjantina wanita sahaja. Nampak seperti mudah kan?
    Namun hakikatnya tidak begitu. Ramai orang yang jika dilihat mereka sukses sahaja menggunakan iklan berbayar di Facebook. Tapi sebenarnya mereka telah banyak kali gagal sebelum meraih hasil yang besar.

    ReplyDelete
  71. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:58 PM

    Berjaya itu rezeki. Rezeki bukan sahaja wang. Bagaimana nak berjaya?
    Saya suka menulis tentang topik ini. Mereka yang bertanyakan tentang bagaimana nak berjaya selalunya sedang melalui jalan buntu dan inginkan jalan keluar.
    Sewaktu dulu saya selalu tertanya-tanya perihal berkenaan rezeki. Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Saya kira begitu juga dengan mereka yang bertanya bagaimana nak berjaya.

    ReplyDelete
  72. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:58 PM

    Dari pemerhatian saya…sepertimana orang berniaga (yang berjaya), kejayaannya kerana dia (dengan izin Allah swt) telah membentuk satu sales funnel yang mengalirkan rezeki ke dalam akaun bank mereka. Apa itu sales funnel?
    Anda boleh bayangkan satu kawasan sawah pagi yang mempunyai sistem saliran yang lengkap membawa air yang jauh ke dalam sawah dengan sistem yang berselirat agar padi dapat tumbuh dengan subur – begitulah ibaratnya sales funnel.

    ReplyDelete
  73. Kegunaan FACEBOOK dalam perniagaan!October 20, 2013 at 9:59 PM

    Sebenarnya inilah yang dipanggil affiliate.
    Apa itu affiliate?
    Makna mudahnya agen jualan lagi mudah jurujual atau salesman. Mesti ramai yang tak suka jadi salesman ni sebab dah perasan kalau pintu rumah dan pintu ofis kena ketuk tiba-tiba muncul seseorang yang nak menjual dan bagi katalog free kita jadi rimas.
    Tapi anda perlu ubah persepsi seorang salesman.
    Dengan kecanggihan IT anda tak perlu lagi menjual atau jika anda mahirkan diri dalam bidang sales ini ada teknik yag dipanggil softselling dan 1001 lagi cara untuk menjual. Apa yang banyak kita lihat dan tidak suka tu namanya hardselling, mendesak orang untuk beli.
    Saya percaya jika anda dah tahu ilmu pemasaran anda akan berasa seronok nak belajar dan praktik ilmu ini.
    OK. Macammana nak aplikasikan affiliate ni?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.