Thursday, May 2, 2013

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi

Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini. -HD

40 comments:
Write comments
  1. abis tu, kami ribuan guru2,rakan2 pensyarah serta staff krj / swasta dari semenanjung mau terbang ni didakwa PATI juga ka?

    pengundi ataih pagag

    ReplyDelete
  2. Ingat BN- Ingat Barang Naik
    Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
    Ingat BN- Ingat Minyak Naik
    Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
    Ingat BN- Ingat video porno
    Ingat BN- Ingat Lembu kondo
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
    Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
    Jadi Kita sokonglah BN

    ReplyDelete
  3. The Election Commission (EC) said today that it is fine for individuals to ferry voters as long as the beneficiaries are not asked to vote for certain political parties or candidates.

    ReplyDelete
  4. Yesterday, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor admitted that voters were being flown in to the peninsula, but stressed that the flights were sponsored by “friends” of BN as part of the party’s “get out the vote” campaign for Election 2013.

    ReplyDelete
  5. “It’s okay ... But if they give tickets, money, then ask voters to choose this party or this candidate, then that’s wrong,” said EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    ReplyDelete
  6. “If there are complaints ... MACC will investigate, police will investigate ... If it is proven to be graft, then that party is guilty,” he said, referring to the Malaysian Anti-Corruption Commission.

    ReplyDelete
  7. EC is not aware of the move by “friends of BN”, but Abdul Aziz explained that nothing can be done to stop the flights.

    ReplyDelete
  8. “Even if it’s true, what’s wrong? Shall we stop the flights and stop people from coming back?” he said.

    ReplyDelete
  9. Napa kerajaan charter kapal2 untuk org asing pula? BN kamu lah penipu no 1 di dunia. Harap2 mampus dan dibakar di akhirat!

    ReplyDelete
  10. Tidak masuk akal. Demikian pandangan beberapa pihak mengenai dakwaan pakatan PKR-DAP-PAS bahawa Barisan Nasional (BN) memindahkan lebih 40,000 pengundi “hantu” dari Sabah dan negara asing ke Semenanjung, bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  11. “Bagaimana hendak membawa pengundi hantu dari Sabah ke sebuah negeri lain?,” kata Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Negeri Sabah (Perasa) Kuala Lumpur Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak ketika dihubungi Bernama.

    ReplyDelete
  12. Hujahnya adalah mustahil untuk memindahkan manusia seperti barangan, apatah lagi melibatkan jumlah sedemikian besar.

    ReplyDelete
  13. “Bagi saya dakwaan ini sengaja dibangkitkan kerana sudah tidak ada isu lain lagi untuk mereka gunakan bagi memancing undi. Pihak tertentu memang sengaja mencari dan menunggu peluang untuk menimbulkan isu,” katanya yang diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa ada cubaan membawa masuk pengundi hantu dari Sabah ke Selangor.

    ReplyDelete
  14. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tiga sekutu itu hanya untuk menimbulkan kemarahan penyokong mereka.

    ReplyDelete
  15. “Umno dan BN tidak sebegitu bodoh untuk membuat kerja yang melibatkan operasi besar seperti itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    ReplyDelete
  16. Menurut Ahmad mereka mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam menjalankan pilihan raya kali ini, sedangkan nama setiap pengundi di satu-satu kawasan sudah disemak dan disahkan SPR serta pengundi terbabit sebelum ini.

    ReplyDelete
  17. Sementara itu Senator Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Anwar telah dilabel sebagai orang yang akan mencari salah BN dalam apa juga perkara walaupun BN berada di pihak yang benar. “Di dalam kepalanya hanyalah untuk menjadi perdana menteri, menjatuhkan BN. Lain-lain tiada,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Antara lain, pakatan PKR-DAP-PAS itu mendakwa ada banyak penerbangan yang ditempah khas termasuk menggunakan pesawat Boeing 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta lapangan terbang lain di Semenanjung, selain penggunaan pesawat tentera.

    ReplyDelete
  19. Pada sidang media semalam, Anwar yang menunjukkan salinan e-mel kononnya mengandungi jadual dan senarai nama individu tertentu, mendakwa SPR bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat penerbangan dalam isu itu.

    ReplyDelete
  20. beribu orang semenanjung berasda di Sabah dan Sarawak, mereka juga terdiri dari penjawat awam, guru. mestilah mereka akan kembali ke tampat asal mereka untuk mengundi, Anwar tak perlu nak manipulasikan hal ini. dasar pembelit.!!

    ReplyDelete
  21. hentikanlah main politik fitnah mcm ni.

    ReplyDelete
  22. Logik akal : Buat laporan & kemukakan bukti kepada polis serta laporan kepada SPRM dan SPR. Jika buat kenyataan media tanpa tindakan yang sewajarnya mengundang tafsiran yang tidak relevan. Jika surat boleh dipalsukan, apatah lagi emel??? Bagaimana pula kepada kakitangan yang bertugas di Sabah & Sarawak balik mengundi ke semenanjung??? Penerbangan pasti akan transit ke KLIA atau LCCT??? Bagaimana nak tadbir negara jika bersikap seperti kanak-kanak???

    ReplyDelete
  23. Kenyataan ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) berhubung kemasukkan sejumlah besar pengundi diragui daripada Sarawak ke Semenanjung Malaysia dianggap memperbodohkan penduduk Bumi Keyalang yang tinggal di sini.

    ReplyDelete
  24. Ketua Penerangan Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU) Raymond Brian ketika ditemui pemberita di Seri Alam hari ini berkata dakwaan itu merupakan provokasi untuk pilihan raya semata-mata.

    ReplyDelete
  25. "Tak masuk akal...kenapa nak tinggalkan kawasan di Sarawak sedangkan mereka boleh mengundi di sana. Kenapa nak menyusahkan diri. Kenyataan itu tidak masuk akal," katanya.

    ReplyDelete
  26. Menurut beliau, GAIU sendiri telah mendaftarkan pengundi baharu dan membantu penukaran alamat mengundi penduduk dari Sarawak yang telah bermastautin di negeri Johor sejak 2009

    ReplyDelete
  27. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) 2008 lalu, seramai 386 orang pengundi yang berasal dari Sarawak mengundi di kawasan Parlimen Gudang.

    ReplyDelete
  28. hohoho..

    Ingat PR - Ingat Akhlak Pemimpin2 nya (Anwar, Azmin, Ronnie, Mat Sabu, Anak Ismail Kamus, Elizabeth Wong)
    Ingat PR - Ingat Sultan Suluk Dijanji Kuasa Menduduki Sabah Selepas PRU13
    Ingat PR - Ingat Sumpah Laknat Anwar Yg Sentiasa Beralasan Dielak
    Ingat PR - Ingat IC diberi pada Rakyat Sultan Suluk dari Filipina (Rumusan Buku Jingga Edisi Sabah)
    Ingat PR - Ingat Budget & Manifesto` Manis Wajah`
    Ingat PR – Bekas Rakan2 Anwar Ingat PR - Ingat Aksi Porno Pemimpin Disimpan Di Singapura
    Ingat PR - Ingat Air Azab Sengsara
    Ingat PR - Ingat Jeffrey Jadi PM di Sabah, Sarawak & Mindanao (Wilayah Autonomi)
    Ingat PR - Ingat Bantuan Zionis dari Singapura Jadi Kita MEMANG PATUT sokong BN dari PR!!!

    tatap dengan Dacing!!!!!!!


    ReplyDelete
  29. Katanya, jumlah penduduk berasal dari Sarawak yang layak mengundi pada PRU13 ini ialah seramai 1,610 orang, tidak termasuk 217 orang di Parlimen Gelang Patah, 289 di Parlimen Tebrau dan 95 orang di Parlimen Johor Baharu.

    ReplyDelete
  30. Menurutnya, GAIU juga telah mendaftarkan pengundi baharu dan memindahkan alamat mengundi lebih 2,000 lagi penduduk yang berasal dari Sarawak namun mereka tidak layak mengundi kali ini.

    ReplyDelete
  31. Ingat BN- Ingat Bantu Rakyat Bawahan Yg Aktif
    Ingat BN- Ingat Kemakmuran Ekonomi
    Ingat BN- Ingat BR1M
    Ingat BN- Ingat Jaminan Pada Anak2 Ingat BN- Ingat Mesra Rakyat & 1 Malaysia
    Ingat BN- Ingat Kesaksamaan Dalam Membantu Semua Rakyat
    Ingat BN- Ingat Agama Dihormati & Diiktiraf
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi Bumiputra Ingat BN- Ingat Politik Yg Wasatiyyah
    Ingat BN- Ingat permit teksi, Lori, Bas, Perniagaan Yg Efisien
    Jadi Kita MEMANG PATUT sokong BN!!!

    ReplyDelete
  32. Wow mesti ingat DSAI pelopor segala kejahatan

    ReplyDelete
  33. Adakah PM ingin mencemarkan nama baik parti sendiri?

    ReplyDelete
  34. Macam mana pula boleh masuk ribuan orang sedangkan kawalan keselamatan ketat?

    ReplyDelete
  35. Memang diorang ni sengaja nak porak perandakan suasana

    ReplyDelete
  36. Three more Filipinos were charged with offences related to the Sulu intrusion in Lahad Datu.

    ReplyDelete
  37. Mereka seharusnya tidak berada di situ

    ReplyDelete
  38. Bawa ribuan orang? Otak sakit ke apa?

    ReplyDelete
  39. They are merely go for personal gain de

    ReplyDelete
  40. I bet they are hanging like hell

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.