Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan lebih kurang 80 peratus daripada pengundi berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini.
Ia adalah peratusan yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah pilihan raya umum negara sejak merdeka.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata semua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.
Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.
Dalam pada itu, polis memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan untuk meraikan kemenangan.
-www.astroawani.com/
Sunday, May 5, 2013
SPR : 80 peratus keluar mengundi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.