Tiba-tiba meletup isu Khairy Jamaluddin tidak menghalang jika ada sebarang perkembangan mahu mencabarnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung tahun ini.
Rata-rata tidak terdengar di mana-mana ada usaha untuk mencabar pimpinannya setelah dia berjaya mengalahkan Dato’ Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo dalam pemilihan lalu. Sepanjang pimpinannya tidak nampak sebarang pergolakan yang mahu dia digantikan.
Hanya Pemuda Umno saja yang dilihat tenang dibandingkan dengan badan induknya Umno dan Pergerakan Wanita.
Umno dikira bergolak dalam diam. Itulah sebabnya dipercayai timbul isu selepas PRU lalu, Perdana Menteri Najib tidak menolak pimpinan Umno itu dicabar dalam pemilihan nanti. Nada sedemikianlah yang diulangi Khairy baru-baru ini tentang kepimpinannya.
Najib keluar dengan suara itu kerana kebimbangannya akan ada reaksi dalam kalangan parti terhadap kegagalannya mencapai prestasi yang lebih dalam PRU13. Ingat akan reaksi Umno atas prestasi buruk Tun Abdllah Badawi dalam PRU 2008 hingga PM dipaksa berundur, maka tidak mustahil Najib menerima tekanan yang sama.
Najib ada asas untuk merasa bimbang kerana pertama, adakah Tengku Razaleigh tidak pernah tidak menawarkan diri untuk jadi Presiden Umno sejak dia kembali ke pangkuan Umno. Ku Li tidak bertanding kerana tiada pencalonan. Kiranya kali ini ada pencalonan, tidak mustahil dia menolak.
Dari kalangan dalaman parti pula ada yang melihat Muhyiddin Yasin sentiasa boleh menjadi pencabarnya.
Sama ada cabaran akan berlaku tidak diketahui tetapi Najib terpaksa bersedia menghadapi kemungkinan. Kesediaannya seperti yang dikatakan itu, tidaklah sebenar-benar satu keterbukaan tetapi ia adalah satu taktik bagi mengelakkan ada cabaran dalam dan berwaspada dengan cabaran yang menunggu dari Ku Li itu.
Jeratnya menjadi, reaksinya dilihat seolah-olah semua mahu Najib kekal. Maka isu Najib dicabar sudah diam.
Wanita memang bergolak. Dengan masalah dan kerenah yang menyelubungi Shahrizat, dia tidak dikira ketua yang berwibawa lagi. Tetapi berkeras tidak mahu berundur. Pencabar terdekatnya tidak ada kerana Dato’ Kamalia Ibrahim, timbalannya yang rasanya tidak dipercayainya telah terkeluar dari Umno kerana bertanding Bebas dalam PRU dulu.
Jadi dia tahu siapa pencabar yang terdekatnya. Pencabar yang ada adalah Azalina Othman bekas menteri, bekas dan pengasas Puteri Umno. Tetapi dia seperti tidak ada dalam parti.
Puteri pula masalahnya ketuanya cukup umur terpaksa beri laluan kepada yang baru. Mencari yang baru sajalah masalah.
Ada pun Khairy hanya ada masalah kerana dia diketepikan oleh pentadbiran Najib hingga dia tidak diberi jawatan kabinet. Ketua Pemuda yang terkeluar dari kabinet biasanya adalah masalah dengan pimpinan parti seperti Dato, Zahid Hamidi dulu. Itulah masalah Khairy tetapi tidak pula nampak impasan Najib buat sesuatu untuk menjauhkannya.
Pengasingan itu tidak berbangkit lagi apabila Khairy sudah jadi menteri. Orang-orang Pak Lah yang terpinggir dulu kebanyakannya ada balik dalam arus perdana. Pilihan sudah tidak lama lagi. Maka orang mulai bertanya siapakah pencabarnya? Khir Toyo sudah tiada. Mukhriz jika ada belum menampakkan dia berminat seperti dulu.
Jika dia berminat dan kalah pula, maka masa depan jadi payah. Mukhriz tampil dulu kerana jawatan itu dikosongkan oleh Dato, Hishamuddin Husain. Tetapi jawatan itu berisi sekarang. Lain-lain nama belum nampak.
Kesediaan yang dinyatakan Khairy itu ialah untuk melihat siapakah yang berminat untuk mencabarnya? Orang itu belum ada dan Mukhriz belum bukan mulut. Khairy sebenarnya tiada saingan. Mungkin tiada yang mencabarnya.
Oleh Subky Latif
Saturday, July 27, 2013
Persidangan UMNO : Khairy mungkin tidak dicabar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.