BESUT: PAS menyelar rasuah politik yang masih diamalkan Umno-BN pada PRK Kuala Besut semata-mata untuk meraih undi daripada rakyat, tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat
Katanya, rasuah politik secara terangan itu dapat dilihat daripada sekecil-kecil pemberian seperti 15 ekor anak ayam kepada penduduk sehinggalah projek muara Kuala Besut yang sudah diluluskan yang mencecah belanja RM250 juta.
Tegas beliau yang juga Adun Paka, amat dikesali tindakan tersebut dilakukan pada bulan Ramadan dengan menggunakan jabatan kerajaan dan kementerian tertentu termasuklah mengumumkan projek-projek baru.
“Sehingga kini perbelanjaan yang diumumkan lebih RM300 juta. Umno-BN juga mengumumkan akan membina rumah rakyat sekiranya menang.
Dengan jelas mereka menyebut perkataan ‘sekiranya BN menang’.
“Ini menunjukkan secara terangan rasuah politik dilakukan pada PRK Kuala Besut ini,” katanya.
Ustaz Satipul Bahri juga kesal apabila SPR yang seharusnya bertanggungjawab terhadap perkara seperti itu gagal melaksanakan tanggungjawab bagi membentuk sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.
Di samping itu katanya, sikap tidak adil dan berat sebelah juga dapat dilihat apabila institusi seperti masjid digunakan Umno- BN untuk kepentingan mereka sedangkan pelbagai tuduhan akan dilemparkan apabila PAS serta Pakatan Rakyat menggunakan masjid untuk tujuan tazkirah.
Justeru katanya, SPR seharusnya memantau keadaan tersebut di samping inisatif yang sama juga patut dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar perkara tersebut tidak terus berlaku. -DD
Sunday, July 21, 2013
Besut : Rasuah politik terang-terangan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.