Thursday, July 18, 2013

Pasangan Seks dikenakan tiga pertuduhan

Vivian Lee, menutup mukanya di mahkamah, tidak seksi seperti selalunya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Julai, 2013.Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.

Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satukandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.

"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.

Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.

"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.

Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya. - TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.