Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.
Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.
Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot.
"Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.
"Ini inisiatif yang dilaksanakan. Dasar kita tidak membeza-bezakan orang miskin. Kita tidak abaikan orang susah, yang tidak terbela. Itu bukan dasar BN.
"Kalau ada pihak atau kumpulan tertentu kata dasar BN tidak selaras dengan kita nak cabar kerana, (dasar) perumahan adalah tuntutan agama, kerja amal dan diiktiraf oleh Islam," katanya.
Menurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Sebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.
"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya
Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup. -mk
Monday, July 15, 2013
Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk Kuala Besut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KERJASAMA DALAM UMNO/BN AKAN PASTIKAN KEMENANGAN MEREKA DALAM PRK KUALA BESUT
ReplyDeletePergerakan Puteri UMNO akan menggerakkan strategi mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.
BN AKAN PASTIKAN SOKONGAN PENGUNDI MUDA AKAN MENYEBELAHI MEREKA
ReplyDeleteKetua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nordiana Shafie, berkata langkah itu penting memandangkan sikap pengundi muda adalah di luar jangkaan.
"Walaupun ini kawasan menang tetapi kita mesti berusaha lebih dan tidak boleh berada dalam keadaan selesa.
KERJASAMA UMNO/BN AKAN PASTIKAN KEMENANGAN DALAM PRK KUALA BESUT
ReplyDelete"Oleh itu, Pergerakan Puteri UMNO pusat dengan kerjasama Puteri bahagian dan negeri, kita akan mengadakan program mendekati pengundi terutama yang muda berumur 40 tahun ke bawah wanita dalam usaha membantu calon BN pada PRK ini," katanya.
USAHA KERAJAAN MENDEKATI GOLONGAN MUDA AKAN MEMBERI KEYAKINAN PADA MEREKA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK PRK NANTI
ReplyDeleteNordiana yang juga Ketua Puteri UMNO Terengganu berkata, pihaknya memberi pemahaman kepada pengundi mengenai usaha kerajaan untuk memartabatkan kehidupan mereka pada setiap kali berpeluang bertemu orang ramai.
"Kadang-kadang ada isu yang ditimbulkan, kita beri penjelasan kepada orang ramai. Mungkin ada satu atau dua perkara yang belum dilaksanakan seperti isu pembangunan kerana ia mengambil sedikit masa.
"Kita perlu fahamkan mereka dan nyatakan bahawa tiada kerajaan yang lebih baik daripada BN kerana kita sudah lama berkhidmat dan usaha untuk menambah baik parti ini sudah dijalankan bagi memastikan rakyat terbela," katanya.
Beliau berkata, pihaknya berpuashati dengan persiapan sempena PRK terbabit termasuk peranan Puteri mengendalikan bahagian teknologi maklumat (IT) bagi menganalisis bacaan dan perkembangan terkini berkaitan sikap pengundi.
ReplyDeleteSelain itu, katanya, ahli pergerakan terbabit juga mengedarkan risalah di tempat awam pada sebelah petang termasuk pasar Ramadan dan kedai bagi memastikan pengundi mengenai calon mereka dan memberitahu parti yang terbaik ialah BN.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.
ReplyDeletePerumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.
"Ini agak istimewa, kumpulan yang terpaksa dipindahkan dari tepi laut dilambung ombak besar dan berlaku hakisan... Ini satu durian runtuh dan kita perlu mengucap syukur kepada Allah SWT.
ReplyDeleteMenurutnya lagi, soal kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak bercanggah dengan Islam, malah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempertikaikan kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh kerajaan.
ReplyDeleteSebelum itu, Ahmad Said dalam ucapannnya berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah juga akan ditempatkan di kawasan ini.
ReplyDelete"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya
Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup.
ReplyDeleteHadiah kepada pengundi BN, Taniah!
ReplyDeleteJika PAS menang, belum tentu mereka dapat bagi rumah kepada penduduk Kuala Besut.
ReplyDelete