Friday, July 12, 2013

Gambar & Video : Penamaan Calon PRK Kuala Besut

Hanya PAS dan Barisan Nasional (BN) sahaja mengemukakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Pada penamaan yang berakhir sebentar tadi, PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Azlan @ Endot Yusof dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Pegawai pengurus PRK N01 Dun Kuala Besut itu, A. Rahim Jusoh, Azlan ketika mengumumkan demikian berkata, Azlan mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi, diikuti Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Beliau menjelaskan bahawa tiada calon yang ditolak sehingga waktu penamaan ditutup jam 10 pagi.

Penamaan calon bagi PKR Kuala Besut diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai hari membuang undi PRK Kuala Besut sementara penamaan calon pada 12 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru.

Pada PRU13 lalu, allahyarham memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. -HD








10 comments:
Write comments
  1. PASTIKAN PRK BERJALAN DENGAN LANCAR

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berpuas hati dengan persediaan para pegawai dan anggotanya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

    Khalid berkata, setakat ini segala proses persiapan berjalan lancar sempena PRK itu terutama bermula hari pencalonan pada Jumaat ini, undian awal pada 20 Julai dan hari pengundian, 24 Julai.

    ReplyDelete
  2. Beliau memberitahu, dengan kerahan keanggotaan yang mencukupi, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada sepanjang tempoh kempen PRK itu.

    DIHARAP KERJASAMA AKAN DAPAT DICAPAI OLEH KEDUA-DUA BELAH PARTI POLITIK BAGI MEMASTIKAN TIADA HURU HARA BERLAKU

    ReplyDelete
  3. PIHAK BERKUASA AKAN JALANKAN TANGGUNGJAWAB BAGI MEMASTIKAN TIADA PERKARA YANG MEROSAKKAN KELANCARAN PRK

    ” Kita berpuas hati dengan persiapan anggota kita bagi hadapi PRK di Kuala Besut nanti.

    “Setelah mengambil kira PRK ini adalah sengit, kita siap sedia sepenuhnya untuk hadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

    ReplyDelete
  4. PASTIKAN PENDUDUK DI KUALA BESUT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA SEBAGAI PENGUNDI

    Khalid turut memberi jaminan mengenai tahap keselamatan sepanjang tempoh PRK dan meminta para pengundi kawasan itu agar jangan bimbang untuk keluar mengundi.

    ReplyDelete
  5. BERKEMPEN BIAR TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN RAKYAT PERLU BERINGAT UNTUK SENTIASA MENJAGA KELANCARAN PRK

    Menurutnya, polis juga bersedia menghadapi mana-mana pihak yang cuba mencetuskan masalah sehingga mengancam keselamatan awam pada pilihan raya itu.

    Beliau turut menasihati parti-parti politik yang bertanding supaya memohon mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah ketika tempoh berkempen.

    ReplyDelete
  6. PASTIKAN CERAMAH DILAKSANAKAN DENGAN PERMIT. PIHAK POLIS AKAN BERUSAHA UNTUK MENGATUR KESELAMATAN UNTUK KEMPEN PRK TERSEBUT NANTI

    “Kita dan OCPD (Ketua Polis Daerah) akan beri peluang kepada pihak-pihak yang ingin adakan ceramah, kita nasihatkan mohon permit untuk kita atur keselamatan dan kita tak mahu dua pihak berlainan parti akan bertembung,” ujarnya.

    ReplyDelete
  7. BN PASTI MENDAPAT KELEBIHAN DALAM PRK INI DAN PASTIKAN DUN TERENGGANU TIDAK TERGANTUNG

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut menjadi salah satu pilihan raya yang menarik perhatian dan paling dinantikan kerana pengundi di kawasan tersebut bakal menentukan sama ada berlakunya senario Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tergantung atau tidak.

    ReplyDelete
  8. KELEBIHAN ADA PADA CALON BN

    PRK kali ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Umno yang juga seorang jurutera Tengku Zaihan Ch Ku Abd Rahman, 37 sementara PAS meletakkan seorang usahawan Azlan Yusof,48 bagi mewakili parti itu.

    Biarpun PRK kali ini diadakan pada bulan Ramadan, ribuan penyokong parti masing-masing hadir di luar pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda pada Jumaat untuk memberikan sokongan kepada calon yang bertanding.

    ReplyDelete
  9. BN dan PAS sudah pasti akan melakukan yang terbaik dalam memastikan mereka menang dalam PRK kali ini.

    BN yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Besut mensasarkan parti itu akan menang dengan majoriti lebih besar, iaitu 4,000 undi pada 24 Julai ini.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGUNAN YANG DIBAWA BN DI TERENGGANU AKAN MEMASTIKAN KEMENANGAN AKAN MEMIHAK PADA BN

    Sekiranya BN tewas di kerusi Kuala Besut, namun kuasa pemerintahan masih kekal kerana mereka ada kelebihan daripada aspek ‘kuasa Speaker’.

    Namun ia akan menjadi masalah sekiranya satu lagi PRK terpaksa diadakan selepas itu.

    Satu perkara yang pasti adalah BN perlu berhadapan dengan lebih risiko dalam pilihan raya kecil ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.