Saturday, July 27, 2013

PRK Kuala Besut : Beri wang insentif, bukan rasuah

Pengerusi JKK Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir menafikan pemberian wang kepada pengundi luar sewaktu berlangsungnya pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah satu bentuk rasuah, tetapi menegaskan ia "insentif kepada pengundi luar".



"Ia bukan rasuah, tapi insentif kepada pengundi luar sebab pulang untuk mengundi (dalam pilihan raya Kuala Besut). Kalau rasuah, dia buat secara sembunyi-sembunyi.

"Kita beri kepada semua, tak kira mereka itu pangkah BN atau PAS. Orang luar kalau balik, pasti dia akan sokong PAS," kata ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya pagi ini.

Yaakob berkata beliau diarahkan oleh parti untuk beri 'insentif' itu di perkarangan rumahnya "untuk mengelak suasana sesak jika buat di tempat terbuka"

Beliau mengulas insiden pengundi yang dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di DUN Kuala Besut kelmarin, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Pengundi berkenaan dilihat di kediaman ketua Kampung Lay Out dan ketua Kampung Beris Lampu dalam daerah mengundi Tok Saboh.

Beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung Lay Out - kebanyakan mereka enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

'Tak sampai 100 orang'

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Bharu, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Yaakob yang juga ketua cawangan Umno kampung itu sejak 20 tahun lalu berkata jumlah pengundi luar yang berdaftar bagi mendapatkan insentif itu kelmarin "tak sampai seratus orang".

Menurutnya lagi, insentif itu diberikan mengikut jarak lokasinya iaitu jika pengundi itu bekerja di Kuantan sebanyak RM150 akan diberikan; Kuala Terengganu (RM100); Johor dan Kuala Lumpur (RM200).

"Ada yang merungut kata tak cukup... Kalau nak ikut (insentif itu) tak padan," katanya yang mesra di panggil 'Pak Anjang'

Sambil menjelaskan ramai pengundi tidak pulang mengundi memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, Yaakob berkata pemberian insentif seperti itu juga pernah diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Pengerusi JKK Kampung Lay Out Rashid Yusof pula tiada di rumah sewaktu Malaysiakini datang ke kediamannya bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Rashid tiada di rumah kerana menemani ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menziarahi orang sakit.

Idris, Mat Said belum jawab

"Saya tidak pasti bila beliau nak balik," kata salah seorang ahli keluarga Rashid yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Sementara itu pengurus kempen bagi calon PAS DUN Kuala Besut Hanafiah Mat mendakwa pemberian wang tersebut merupakan "rasuah secara terbuka" dan dilakukan "tanpa malu dan tanpa segan silu".

"PAS tidak buat sebegitu rupa. Apa perkara yang diberikan untuk mendapat undi, itu dinamakan rasuah," katanya.

Beliau yang juga ADUN Chukai juga mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden tersebut.

Katanya, PAS akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam mesyuaratnya sebelum mengambil tindakan seterusnya. -MK

53 comments:
Write comments
  1. The decision of voters in retaining Barisan Nasional (BN) in Kuala Besut is a sign of unanimous support for Prime Minister Najib Tun Razak’s agenda.

    Fulfilling the prediction that Kuala Besut is a BN stronghold, the win strengthened the position of Umno as the largest party of the Malay community and re-inforced its stance that it has Malay support.

    ReplyDelete
  2. The by-election, which was held following the death of BN incumbent Dr A. Rahman Mokhtar, saw a straight fight between two Malay parties – BN and PAS – which further proved that the process of democracy in the country is very much alive.

    The victory of BN’s Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, a civil engineer with a 2,592-vote majority against his challenger from PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, a businessman, also maintained the status quo in the state legislative assembly.

    ReplyDelete
  3. Terengganu has 32 state seats with BN holding 17 seats while the opposition coalition Pakatan Rakyat has 15 seats. PAS has 14 and PKR holds one.

    In the 13th general election (GE13) on May 5, Dr Rahman won with a majority of 2,434 votes, beating Napisah Ismail of PAS.

    ReplyDelete
  4. According to political observers, the result signaled the people’s desire for stability in the administration and development of Terengganu.

    Cooling the hot warring politics, the by-election result showed the maturity of voters in understanding the current political scenario and its effects on them.

    ReplyDelete
  5. If BN had lost, the number of seats between BN and the opposition would have been tied at 16 each.

    The result also ended speculation as the little by-election could have had major implications on the landscape of politics for both parties.

    ReplyDelete
  6. Political analyst, Che Hamdan Che Mohd Razali said the government’s political development and commitment agenda to bring modernisation to rural areas continued to obtain affirmative response from the people here.

    The Universiti Teknologi MARA (UiTM) political science senior lecturer in Dungun said the voting trend in the rural area was unchanged with voters placing high confidence in BN.

    ReplyDelete
  7. “Eventhough from the popularity of candidates, Che Long (PAS candidate) appeared more appealing among local residents but the unwavering BN machinery headed by the Deputy Prime Minister (Tan Sri) Muhyiddin Yassin and (Datuk Seri) Idris Jusoh, a local leader, helped sway the advantage to Tengku Zaihan,” he said when contacted by Bernama.

    Kuala Besut has about 22,986 residents with an area of 41 sq kilometres comprising mostly fishermen.

    ReplyDelete
  8. BN’s victory has brought a much bigger development agenda to the people of Kuala Besut especially the deepening of the Sungai Besut river mouth project which involves constructing a one kilometre wave breaker wall.

    It will be a major catalyst to the economy of Kuala Besut.

    ReplyDelete
  9. The proposed Gerbang International Tourism project will also benefit villagers in the fishing community and raise their socio-economic standard.

    BN’s political development strategy, said Che Hamdan, succeeded in gaining the confidence of voters that the development agenda will be implemented when the government is stable.

    ReplyDelete
  10. The Kuala Besut state seat which has 17,683 registered voters saw 14,108 voters or 80 per cent turning out to vote compared to 86.7 per cent in GE13.

    Elaborating on this, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) law lecturer, Assoc Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz said the high voter turnout showed the fishing community was politically savvy.

    ReplyDelete
  11. “This demonstrates the seriousness of voters as the by-election was held during Ramadan and on a working day and the voters have indeed carried out their responsibility well,” she said.

    ReplyDelete
  12. "Ia bukan rasuah, tapi insentif kepada pengundi luar sebab pulang untuk mengundi (dalam pilihan raya Kuala Besut). Kalau rasuah, dia buat secara sembunyi-sembunyi.

    Another great way to give benefit. Learn it.

    ReplyDelete
  13. Rakyat tahu siapakah yang benar berkeupayaan membela nasib mereka. Tiket undian membuktikan rakyat masih beryakin dengan BN.

    ReplyDelete
  14. The majority are Malay in Kuala Besut. It is very obvious that the majority of Malay votes still go to BN.

    ReplyDelete
  15. Sementara itu pengurus kempen bagi calon PAS DUN Kuala Besut Hanafiah Mat mendakwa pemberian wang tersebut merupakan "rasuah secara terbuka" dan dilakukan "tanpa malu dan tanpa segan silu".

    Dalam undang-undang negara, adakah aktiviti memberi "insentif" ini boleh diberi semasa PRU akan dilangsungkan?

    ReplyDelete
  16. JIka pemberian insentif ini adalah sah dari sisi undang-undang, tiada apa perlu dipertikaikan selain terima sahaja kekalahan di PRU tersebut.

    ReplyDelete
  17. Jika tidak salah dari sisi undang, tiada apa boleh dibuat selain terima sahaja keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  18. Pencapaian BN masih baik, terbukti rakyat masih berkeyakinan dengan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  19. Rakyat tahu apakah yang memanfaatkan kepada mereka. Siapakah yang benar boleh membela nasib kepada mereka.

    ReplyDelete
  20. Jika insentif ini diberi bertujuan untuk menggalak yang berjarak jauh untuk balik mengundi, tiada apa masalah.

    ReplyDelete
  21. Serahan insentif ini cuma memberi peluang kepada pembangkang terus mempertikaikan sahaja.

    ReplyDelete
  22. halal atau haram...tepuk dada tanya diri sendiri...?

    ReplyDelete
  23. janganlah jadi orang yang mudah dibeli dengan wang tunai

    ReplyDelete
  24. Endut@Azlan@Che Long sebagai Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS.

    ReplyDelete
  25. Pengumuman Presiden PAS,Hadi Awang ternyata memalukan PAS Terengganu, seolah-olah maruah PAS Terengganu dipijak-pijak kerana ketika PRK Kuala Besut, Husam Musa yang telah ditolak oleh kerajaan Negeri Kelantan atas arahan Tuanku Sultan Kelantan pula dilantik dengan alasan murahan namun segalanya makin terjawab,rupa-rupanya Endut@Azlan@Che Long ini adalah proksi Husam yang dikatakan banyak menyimpan harta dan kekayaan Husam Musa yang dipunggah dari rakyat Kelantan selama ini.

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya bukan Wahid Endut sahaja yang tidak berpuas hati berhubung keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa dan gerombolannya dari Kelantan untuk bekerja dalam PRK DUN Kuala Besut.

    ReplyDelete
  27. selain daripada menyatakan bahawa PAS Kelantan sedang berusaha menyelesaikan atau mengelakkan isu-isu yang akan digunakan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya kecil itu, Wan Nik Yusuf Ngah secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

    ReplyDelete
  28. awal-awal lagi calon PAS di DUN Kuala Besut sudah berhadapan dengan sabotaj daripada parti sendiri, bahkan PKR yang sakit hati kerana kerusi DUN Kuala Besut yang mereka rebut, kekal di tangan PAS untuk ditandingi, turut melakukan kekejaman yang serupa.

    ReplyDelete
  29. Nak bezakan wang insentif dan rasuah

    ReplyDelete
  30. Diorang ni pakai main buyuk

    ReplyDelete
  31. Teruk la penangan mcm ni

    ReplyDelete
  32. PKR is playing with fire

    ReplyDelete
  33. The Government has allocated RM2 billion to implement 79 projects of rural basic infrastructure in Sabah and Sarawak .

    ReplyDelete
  34. Minister of Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd . Shafie said of the total, Sarawak received 52 projects with a value of RM1.3 billion .

    ReplyDelete
  35. "The government is committed to overcome the problem of infrastructure and rural economic development through the implementation of the Master Plan for Rural Development ( PIPLB ) based on the Rural Transformation Programme .

    ReplyDelete
  36. " The proof , since 2010 the government through programs under the National Key Result Areas to build rural roads in Sarawak

    ReplyDelete
  37. 911.87 kilometers, connecting water to house 71.064 , 18.301 house build and connect a 24 -hour power supply to 46.457 homes, " he said in a question and answer at the Dewan Rakyat here today.

    ReplyDelete

  38. He answers questions Datuk Aaron Ago Dagang (BN - Kanowit ) clarification on rural development plans , especially in Sabah and Sarawak in overcoming problems of infrastructure and economic development of the area.

    ReplyDelete

  39. To increase rural incomes , Mohd . Shafie said, the ministry will implement the program of the 21st Century Village by combining two Rural Business Challenge program and Sustainable Rural Program .

    ReplyDelete

  40. He said the project Sustainable Rural Programme with an allocation of RM137 million will be implemented in 42 selected villages involved in economic projects such as agro-tourism , agriculture , fisheries , animal husbandry, manufacturing and processing industries

    ReplyDelete

  41. " Some of the other programs that were implemented in an effort to increase revenue and boost the economic growth of the rural population in Sabah and Sarawak is the Rural Mega Leap Programme ( Agropolitan ) , Rubber Replanting Program and Palm and farm infrastructure program .

    ReplyDelete

  42. "The government has implemented a total of 11 agricultural project program and so far last year , five were implemented in Sarawak with participants' income expectations increased from RM300 to RM1 , 800 , " he said.

    ReplyDelete
  43. Kepala otak PKR la itu bukan rasuah, jangan ingat ada PAS dlam pakatan Haram kamu, pemberian rasuah kamu boleh halalkan....

    ReplyDelete
  44. Wang insentif tu untuk apa sebenarnya? Untuk membeli undi la.... jika pengundi PKR ikhlas, mereka akan mengundi tanpa meminta bayaran.

    ReplyDelete
  45. Ini semuanya rasuaH! PKR ( Parti Kelentong Rakyat)!

    ReplyDelete
  46. Diharap NKRA mengambil tindakan tegas kepada PKR kerana teran lagi bersuluh mereka telah memberi Rasuah!

    ReplyDelete
  47. Jangan beri muka pada kumpulan haram ni... diharap pihak berkuasa tangkap mereka yang memberi & menerima rasuah!

    ReplyDelete
  48. Kalaupun mahu memberikan wang ehsan, minta la akaun bank... senang sikit mau bank in.... sekarangkan zaman online.... ini bagi terang-terang... memang biaDAP sungguh!

    ReplyDelete
  49. Gambar sudah menunjukkan segalanya... ada yang menunggu & sanggup berpanas pula tu.

    ReplyDelete
  50. Adalah lebih baik rakyat melihat akan kerakusan para pembangkang untuk meraih undi & sebagainya.

    ReplyDelete
  51. Rakyat tidak seharunya terpengaruh lagi dengan budaya rahsuah pembangkang ini.

    ReplyDelete
  52. Pada PRU14, jom kita beramai-ramai bikot parti Pakatan Haram Rasuah ini!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.