Saturday, July 20, 2013

Tarif Eletrik Mungkin Dinaikkan?

Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

3 comments:
Write comments
  1. Ini bukan nak memperjuangkan kebajikan rakyat. Ini dipanggil nak buat business dengan Rakyat. Remember UMNO lebih suka berbusiness dengan rakyat dari buat kebajikan.

    ReplyDelete
  2. Checklist BN selepas PRU:

    1. Tambang Bas - Done.
    2. Ayam - Done.
    3. Elektrik - Coming Soon.
    4. Tambang Teksi - Coming Soon.
    5. Minyak masak - Waiting.
    6. Beras - Waiting.
    7. Tepung gandum - Waiting.
    8. Petrol - Waiting.
    9. Tol - Next Year 2014.
    10. Harga Rumah - In progress.
    11. GST - Coming Soon.

    ReplyDelete
  3. siapa bilang brim brom naib tu percuma hah'' kesian org2 kampong atau kawasan luar Bandar yang menjadi penyokong tegar UMNO BN yg rata ratanya indada pendapatan tetap kebanyakannya petani, felda atau nelayan. bukan saja bil letrik naik tapi tambang teksi pun mau naik sudah tapi inda apa sbb penduduk apa kurang hebatnya banyak Tanah, kerbau kambing itik boleh digadai kalau inda cukup duit terutama bila hantar anak p sekolah tinggi. kalau TPPA tu sudah sain, org kampong yg inda beduit terpaksa tanam misai kucing mau kasi turun darah tinggi sbb ubat di kedai akan jadi terlalu mahal inda mampu lagi dibeli.

    Mahathir pun susah hati sudah kalau kerajaan sudah sain itu TPPA. tapi jan susah, ada lai mau naik harga bila GST dilaksana nanti berian pun mau naik juga tu jadi semakin susahlah mau kawin, maka betullah tu lagu jimmy pelikat sbb indada duit, amoinya terpaksa kasi sama org lain''

    apapun, org kampong atau penduduk luar Bandar kena ucap terima kasih sama UMNO BN tau.. lepas ni, rajin rajinlah beli nombor ekor manatau kena, ada jua duit beli susu anak ka atau beli gula ikan heheh

    selamat mengundi UMNO BN di PRU 14 nanti'' najib bilang RM500 tu boleh cukup belanja setahun'' betul kaitu? atau tahap kebodohan rakyat Sabah khasnya semakin kronik? matai no gamannn''

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.