Thursday, July 18, 2013

Harimau Muda tekad beraksi cemerlang lawan Chelsea

Pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohamad Fadhli Mohd Shas optimis akan mempamer aksi cemerlang pada perlawanan berdepan kelab Liga Premier Inggeris Chelsea FC, Ahad ini.

Beliau berjanji tidak akan mempersia-sia peluang yang diberikan jurulatih Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal pada perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

"Saya akan menggunakan pengalaman empat bulan berlatih di Slovakia untuk membuktikan kemampuan saya kepada jurulatih (Rajagobal).

"Pengalaman beraksi di Universiade (Sukan Universiti Dunia) di Kazan, Rusia juga akan digunakan untuk memantapkan prestasi saya untuk menentang Chelsea," katanya kepada pemberita.

Mohamad Fadhli berkata, pasukan Harimau Muda mendapat pengalaman dan pendedahan berguna sepanjang perlawanan temasya Universiade ke-27 bagi menghadapi Sukan SEA, Myanmar pada Disember depan.

"Pasukan belajar kekuatan mental dalam menghadapi perlawanan yang sengit. Kami perlu fokus dalam perlawanan walaupun skuad diberi pelbagai tekanan ketika di atas padang," katanya.

Turut dipanggil Rajagobal ialah K Reuben. Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. - Bernama,

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.