Saturday, July 20, 2013

Harga ayam turun 70 sen bermula 26 Julai

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menurunkan harga ayam sebanyak 70 sen dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram, dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum.

"Peniaga juga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barang-barang lain," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Menurut Hasan, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Selain itu peniaga itu juga boleh di kompaun sehingga RM50,000. "Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau di kompaun sehingga RM250,000," katanya.

Setiap kali tiba musim perayaan, harga ayam seringkali naik berikutan dengan permintaan yang meningkat di pasaran. - TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.