Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.
Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.
Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.
Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.
Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.
Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.
Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut. - Agensi
Friday, July 26, 2013
Kepala pelatih dibaham buaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.