DOHA - Sebuah kumpulan yang dipimpin ulama Sunah berpengaruh, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir supaya mengabaikan seruan ketua tentera negara itu yang meminta rakyat mengadakan bantahan besar-besaran bagi menentang 'keganasan'.
Fatwa itu dikeluarkan Persatuan Ulama Muslim yang berpangkalan di Doha lewat kelmarin. Ia melarang rakyat Mesir bertindak balas terhadap sebarang gesaan yang akan membawa kepada perang saudara.
Ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menggesa satu perhimpunan besar- besaran diadakan hari ini bagi menyo- kong pihak berkuasa menentang 'keganasan'.
Ketegangan sudah berlanjutan selama tiga minggu sejak tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi.
Tindakan Abdel Fattah dikecam oleh kumpulan Islam di Mesir yang menyifatkan gesaan itu boleh menjurus kepada perang saudara.
Kecaman mereka hadir menjelang bantahan besar-besaran hari ini yang menuntut pelantikan semula Morsi sebagai presiden.
Pada awal bulan ini, Sheikh Yusuf, 86, turut mengeluarkan fatwa menggesa rakyat Mesir menyokong pemim- pin yang digulingkan.
Ulama kelahiran Mesir yang kini menetap di Qatar itu mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia Arab. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Friday, July 26, 2013
Yusuf Al-Qaradawi keluar fatwa abai seruan adakan bantahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mcm Najib jugak le....seru rakyat Msia menolak perhimpunan haram di Mesir agar jgn dtiru oleh rakyat Msia. Mana hasilnye..Najib kata dlm media RTM dua tiga mnggu lepas. Maknanya dia tak nampak mana kerajaan sah dan mana kjaan haram. Rakyat dah pilih Dr Morsi secara majoriti, tentera boneka US dtg jumpa Dr Morsi kata kuasa Preident dah drampas dan minta rakyat himpun mmbantah Dr Morsi pulak. Itu suasana dMesir yg sama dgn iklim politik Msia.
ReplyDelete** yassir arafat