Tuesday, July 16, 2013

Hanya Kerajaan zalim perlu Akta Hasutan

Setelah Perdana Menteri sebelum ini iaitu pada 11 Julai 2012 menjanjikan kepada rakyat Malaysia akan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional kini Zahid Hamidi pula menyatakan akan mengekalkan Akta drakonian tersebut.

Alasan Zahid adalah jika Akta itu dihapuskan maka apa lagi yang tinggal setelah Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dihapuskan. Zahid menyatakan Akta Hasutan masih diperlukan untuk mengekang fitnah dan penyebaran perkara-perkara sensitif seperti isu perkauman dan agama.

Kenyataan Zahid menunjukkan beberapa perkara. Pertamanya inilah wajah sebenar Barisan Nasional. Tipu rakyat dan berdolak dalik sepanjang masa. BN yang janjikan rakyat akan hapuskan Akta Hasutan sebelum pilihanraya umum kini selepas pilihan raya umum, selepas mereka menang , BN tidak segan silu untuk menarik balik janji tersebut. Jika ini bukan tipu apa lagi ? Isunya sampai bila rakyat terus suka ditipu oleh BN?

Kenyataan Zahid juga menunjukkan BN tidak kisah kezaliman Akta Hasutan 1948 demi untuk terus berkuasa. Akta ini adalah warisan penjajah. Bagi penjajah yang berhadapan dengan tentangan dari pejuang pejuang kemerdekaan khususnya dari golongan kiri atau golongan agama, satu satunya justifikasi mudah bagi penjajah mengekang kemaraan perjuangan menentang British adalah dengan menuduh mereka yang menentang penjajah itu menghasut rakyat untuk membenci British. Memandangkan membuktikan kata kata atau perbuatan menghasut adalah sukar untuk dilakukan maka undang undang di bawah Akta drakonian ini hanya menetapkan kecenderungan menghasut sudah cukup dikira sebagai satu kesalahan.

Betapa teruknya akta ini hatta Ahli Parlimen yang diberikan imuniti dari apa apa pendakwaan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen bagi memastikan mereka bebas dan berani mengutarakan pendapat masih tidak lepas dari cengkaman Akta ini hatta jika mereka berbahas dalam Parlimen. Namun apa yang Zahid dan BN kisahkan itu semua. Bukankah Akta Hasutan hanya memburu pemimpin Pakatan, NGO dan individu yang kritikal pada BN sahaja ? Beribu kali pun manusia seperti Ibrahim Ali atau sejenis dengannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama seperti ingin membakar bible, tangan Akta ini tidak akan sama sekali menyentuh mereka.

Hujah Zahid bahawa tanpa Akta Hasutan maka penyebaran perkara perkara berbaur hasutan seperti isu perkauman dan agama atau raja tidak akan dapat dibendung adalah jenaka agung abad ini. Adakah ada lawak yang lebih hebat dari jenaka Zahid ini ? Jika itu alasan Zahid, kita ingin bertanya mengapakah ketika Akta ini masih wujud kenyataan kenyataan seperti " apa kaum Cina mahu lagi" atau kenyataan untuk hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina dan Tamil atau kenyataan menghina Tuhan orang Hindu oleh Zulkifli Nordin atau kenyataan ingin membakar bible masih boleh dikeluarkan dan tidak disiasat jauh sekali didakwa di bawah Akta ini ? Mengapa pula kenyataan Naib Presiden Pas tentang syuhada' yang dipetik dari hadith boleh pula disiasat di bawah Akta ini?

Zahid perlu jujur. Adakah tanpa Akta ini atau adakah tanpa Utusan dan Umno kenyataan berbaur perkauman akan terus muncul di persada politik negara ini?

Kenyataan Zahid yang mahu kekalkan Akta Hasutan menunjukkan itulah pengertian undang undang bagi sebuah Kerajaan yang zalim seperti BN. Undang undang sepatutnya menjadi alat atau instrumen pengekang kuasa . Malangnya bagi BN undang undang adalah instrumen pemberi kuasa ( power conferring instruments ). Di bawak ketiak undang undanglah BN bergayut dan melihat dengan penuh ceria satu persatu musuh politiknya diusung ke lokap polis , Mahkamah dan mungkin juga ke penjara jika berdepan dengan Hakim yang tidak kisah undang undang zalim dikenakan ke atas rakyat !!

Realitinya tanpa Akta Hasutan negara tidak akan huru hara. Kanun Keseksaan lebih dari mencukupi untuk mengawal tingkah laku rakyat negara ini. Yang diperlukan rakyat bukan undang undang seperti Akta Hasutan.Yang diperlukan rakyat adalah kebebasan dan kematangan semua pihak dalam membincangkan apa sahaja perkara di dalam negara ini . Tanpa kematangan seribu undang undang sekalipun tidak membawa kita ke mana mana.

Atas kepasiti Ahli Parlimen saya telah membawa usul berkenaaan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan untuk dibahaskan. Speaker yang dipilih bukan dengan undi rahsia telah menolak usul saya atas alasan tidak perlu disegerakan meskipun isu itu berkepentingan ramai. Saya bertanya speaker mengapa usul berkepentingan ramai tidak perlu disegerakan namun penangkapan dan pendakwaan musuh politik BN bawah Akta ini disegerakan? Tapi itulah nasib usul Pakatan Rakyat di Parlimen Malaysia, tanah airku !!

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

20 comments:
Write comments
  1. KUALA LUMPUR 8 Julai - Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata, seandainya akta itu dimansuhkan atau ditukar, pasti akan

    ada pihak yang cuba ’mengusik’ beberapa lagi perkara sensitif melibatkan

    keistimewaan kaum Melayu umpamanya.

    ReplyDelete
  3. "Pemansuhan akta itu hanya akan menerima nasib yang sama seperti Akta

    Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah banyak kes berhubung keselamatan

    tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.

    ReplyDelete
  4. "Disebabkan itu, pada saya Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia

    sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke

    muka pengadilan," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen

    hari ini.

    ReplyDelete
  5. Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Akta

    Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan

    kerajaan untuk menjaga keharmonian negara.

    ReplyDelete
  6. Semalam, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 harus

    dikekalkan berikutan terdapat sesetengah pihak mendesak supaya akta itu

    dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

    ReplyDelete
  7. Katanya, pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama

    termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam

    sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan

    disentuh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  8. Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pula berkata,

    keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik

    namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  9. Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat seharusnya sedar penubuhan akta

    itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah

    ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk.

    ReplyDelete
  10. "Mengekalkan akta itu ialah sebagai satu mekanisme yang lebih kepada

    menjaga keselamatan awam. Ini kerana ada perkara yang memerlukan

    siasatan yang terperinci dan ia banyak membantu pihak berkuasa

    menyiasat.

    ReplyDelete
  11. "Pada saya, semua pihak sepatutnya menerima keadaan ini dan perlu

    memikirkan secara lebih mendalam tentang kepentingan mengekalkan akta

    tersebut demi masa depan negara," katanya.

    ReplyDelete
  12. Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata,

    keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar

    keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara.

    ReplyDelete
  13. "Biarpun akta ini sudah lama, namun pada saya ia masih relevan kerana

    apa yang kita lihat kini, ia banyak membantu membendung anasirluar yang

    cuba memecah-belahkan masyarakat," katanya.

    ReplyDelete
  14. Beliau berkata, semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau

    takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya

    untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan

    rakyat. - BERNAMA

    ReplyDelete
  15. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:34 PM

    Akta Keharmonian Nasional yang bakal digubal akan meneruskan roh dan semangat Akta Hasutan 1948.

    ReplyDelete
  16. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:36 PM

    Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu video yang dimuatnaikkan beliau di dalam blognya.

    ReplyDelete
  17. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:38 PM

    “Roh dan semangat Akta Hasutan akan tetap ada,” kata beliau dalam klip video tersebut.

    Beliau turut menjelaskan tiga perkara yang tidak boleh dipertikaikan di bawah akta baru ini.

    “Kedudukan Raja-Raja Melayu jangan dipertikaikan. Hasutan kaum di Malaysia juga tidak boleh disentuh.

    ReplyDelete
  18. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:39 PM

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dalam bulan Julai tahun lepas.

    ReplyDelete
  19. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:41 PM

    “Akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional akan mengimbangi kebebasan bersuara yang dijamin di dalam perlembagaan dan pada masa yang sama memastikan semua kaum dan agama dilindungi,” kata Najib.

    Pemansuhan Akta Hasutan ialah sebahagian daripada pembaharuan perundangan yang dibawa oleh Najib.

    ReplyDelete
  20. Semangat Akta Hasutan diteruskan dalam Akta baruSeptember 30, 2013 at 2:42 PM

    Walau bagaimanapun kelewatan dalam penggubalan Akta Keharmonian Nasional turut dipersoal oleh sesetengah pihak ekoran daripada peningkatan kes di mana terdapat pihak yang mempersoal isu-isu tertentu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.