KERAJAAN Islam masa silam pernah melahirkan tamadun ilmu, peradaban, sains sosial dan kemasyarakatan. Penemuan-penemuan sains dan teknologi, peradaban bahasa dan keadilan sosial pernah dijelmakan oleh pemerintahan-pemerintahan Islam sama ada daripada kerajaan Umaiyah, Abasiyah, Uthamiyah dan Fatimiyah.
Kerajaankerajaan ini termasuk di Andalusia (Sepanyol), semuanya diakui oleh pihak sejarawan Barat atau Timur tentang kehebatannya yang dijelmakan oleh tamadun yang dibawa oleh orang Islam ketika berada di kemuncak kuasa dan peradaban.
Kuasa Barat yang muncul terutama pada akhir 1700 dan awal 1800-an, mereka tidak mahu ada saingan terhadap kekuatan mereka. Saingan utama pada waktu itu, antaranya adalah daripada kerajaan Uthmaniyah Turki dan kerajaan- kerajaan Islam yang menguasai benua kecil India.
Di Sepanyol kerajaan Islam telah lama ditumbangkan sejak tahun 1492.
Peluang Barat untuk melenyapkan pemerintahan atau khilafah Islam terbuka luas apabila munculnya “Arab Spring” pada awal tahun 1900-an di atas semangat nasionalisma Arab.
Mereka bekerja kuat untuk membebaskan negara mereka daripada pemerintahan Uthmaniyah Turki.
Secepat kilat British yang menjadi kuasa besar dunia pada waktu itu mengambil peluang bersama dengan Perancis masuk ke Timur Tengah. Oleh itu kelompokkelompok Arab dibantu pelbagai pihak termasuklah kumpulan Badawi, keluarga Saud, masyarakat Naj dan orang-orang Mesir.
Tokoh-tokoh utama Eropah termasuk Lawrence of Arabia berperanan utama membantu kebangkitan orang Arab di atas nasionalisma Arab yang tebal pada waktu itu untuk menjatuhkan pemerintahan Uthmaniyah yang lemah. Selemah mana pemerintahan Uthmaniyah, mereka menjadi pelindung kepada umat Islam di Palestin. Di atas usaha tokoh Barat dan juga ketua-ketua kaum Arab (kabilah Arab) melancarkan serangan bertubitubi termasuklah meletupkan dan memusnahkan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan Uthmaniyah. Ini termasuklah rangkaian kereta api dari Istanbul
melalui Syria ke Madinah. Jalinan laluan kereta api untuk perdagangan dan hubungan kemanusiaan dimusnahkan oleh gerila Arab yang dibantu oleh British dan Perancis. Pada tahun 1917 Turki tidak dapat bertahan, akhirnya berundur ke Damsyik menyerahkan bumi Palestin kepada British.
Akhirnya di Damsyik pun kerajaan Turki dikalahkan, dan mereka berundur lagi sehinggalah munculnya Kamal Attarturk dan anakanak muda pada waktu itu bangun mempertahankan “Anatolia” melawan kemaraan Brtitish dan di atas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah di tangan Kamal Attarturk pada tahun 1924, maka Yahudi mula dipindahkan oleh British dan kuasa Eropah ke bumi Palestin.
Sedikit demi sedikit mereka membentuk pasukan gerila pengganas yang bernama “haganah” untuk menghadapi dan mengusir orang-orang Arab di Palestin, membakar rumahrumah mereka, membunuh secara beramai-ramai orang-orang Palestin yang dibantu oleh kuasa besar British dan Perancis, dan akhirnya pada tahun 1948 negara haram Israel dapat dibentuk di tengah-tengah dunia Arab dan Turki kehilangan khilafah, menjadi kerajaan sekular di bawah Kamal Attarturk dan pemerintahan selepasnya.
Inilah sejarah hitam bagi umat Islam dan umat Arab dalam sejarah sejak daripada munculnya Nabi Muhammad s.a.w.
Setelah jatuhnya kerajaan Uthmaniyah dan tertegaknya pemerintahan sekular di bawah Kamal Attarturk, dan orang Yahudi mula dipindahkan dari Eropah ke bumi Palestin, maka kabilah-kabilah Arab yang berjasa dihadiahkan negara kepada mereka oleh kerajaan British, Amerika dan Perancis.
Antaranya dihadiahkan kepada keluarga Saud untuk menjaga Arabistan, kemudian Sharif Husin untuk menjaga Jordan, kemudian kepada ketua kabilah untuk menjaga Qatar, dan seterusnya sampai sekarang Qatar merayakan kemerdekaan daripada penjajahan Uthmaniyah kerana Turki dianggap sebagai penjajah kepada negara Arab. Dan inilah juga terbentuknya negara-negara Arab yang lain seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan lainnya yang dicipta oleh British, Perancis dan Amerika hampir serentak dengan tercipta negara haram Israel pada tahun 1948.
Tahun 1978 berlaku revolusi Islam di Iran, negara Islam dan perlembagaan Islam dibentuk , kemudian ianya menjadi satu inspirasi kepada umat Islam di seluruh dunia. Satu pembaharuan keyakinan untuk mereka bangun di atas nama Islam. Munculnya Mujahidin Afganistan, Hizbullah, Hamas dan badanbadan Islam yang lain di seluruh dunia.
Kita yakin kuasa Eropah dan sekarang ini sudah tentulah Amerika kuasa utama tidak akan senang melihat munculnya kuasa baru yang boleh mencabar mereka, iaitu umat Islam kembali untuk mendapatkan kuasa, membentuk negara dan jangka panjangnya membentuk Khilafah. “Arab Spring” berlaku dua tahun yang lalu, satu tindakan anak muda untuk menuntut demokrasi dan keadilan sejagat. Kita lihat “Arab Spring” ini cuba di “hijack” atau dicuri di tengah jalan oleh kuasa Brirish, Amerika dan Perancis.
Kalau dulu digerakkan kebangkitan “Arab Spring” pada awal tahun 1900 untuk menjatuhkan Turki, kali ini “Arab Spring” di “hijack” , jikalau tahun 1900 ke atas sehinggalah jatuhnya kerajaan Uthmaniyah Turki digunakan “Qaumiyah Assobiyah” … Arab untuk Arab, Turki untuk Turki.
Oleh Muhamad Sabu
Sunday, July 21, 2013
Mesir: Barat perangkap umat Islam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.