Thursday, July 18, 2013

Robot bancuh kopi



Sebuah syarikat Jepun di sini telah mencipta sebuah robot berbentuk manusia yang boleh membancuh kopi untuk pemiliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Diberi nama Rapiro, robot comel itu dikawal menggunakan komputer bersaiz kad kredit berasaskan perisian Linux, Raspberry Pi.

Selain membancuh kopi, robot mini itu boleh diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas lain seperti menyusun jadual waktu dan memberitahu mengenai keadaan cuaca.

Rapiro juga boleh dilengkapi kamera untuk membolehkannya mengumpulkan data visual.

Robot berkenaan dilengkapi 13 peranti motor untuk membantunya bergerak. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.