Monday, July 15, 2013

Blogger Seks Cabut Lari, Tutup Akaun FB

Kontoversi bodoh yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mengajak umat Islam berbuka dengan sup babi mendapat bantahan pelbagai pihak. Pihak MCA juga tidak bersetuju dan meminta mereka berdua dikenakan tindakan.

SKMM dilaporkan akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh mereka serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu. Takkan sekiranya perlu!!

Seorang pegawai SKMM berkata akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Pasangan tersebut mendapat kecaman hebat kerana gambar tersebut yang turut sama disertakan logo halal. Mereka dikatakan telah memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

“Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang,” menurut kapsyen gambar tersebut.

Namun begitu kini akaun FB mereka telah tidak wujud. Nampaknya mereka dah cabut lari! -lanisma

10 comments:
Write comments
  1. JAGA KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu sensitif berkaitan agama atau perkauman yang boleh membangkitkan perasaan marah seterusnya menggugat keamanan dan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  2. TIDAK ADA TOLAK ANSUR BAGI MEREKA YANG MENCETUSKAN HURU-HARA NEGARA

    Beliau berkata, pihak polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu.

    "Ini berkaitan moral dan pihak tertentu jangan sesekali cuba membangkitkan isu perkauman kerana adalah sensitif di dalam negara ini," katanya.

    ReplyDelete
  3. Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara.

    Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak kementerian sedang memantau kaedah yang diguna pakai negara lain dalam menangani isu berkenaan.

    ReplyDelete
  4. KERAJAAN WAJAR MEMPERKETATKAN LAGI UNDANG-UNDANG KE ATAS PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL

    Katanya, penyalahgunaan media sosial jika tidak dipantau dikhuatiri akan menjurus kepada penyiaran berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya dan juga berbaur hasutan.

    ReplyDelete
  5. Isu penyalahgunaan media sosial perlu diteliti kerana dalam melaksanakan undang-undang berkenaan, kita tidak mahu menyekat kebebasan bersuara.

    Semua pengamal media termasuk pengendali media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahan berita yang dihasilkan kerana dikhuatiri akan menjadi punca perbalahan kaum dan agama di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Guan Eng Bela AlviviOctober 2, 2013 at 12:47 PM

    Ini anjing 2 ekor ni patut dibelasah cukup2 oleh saudara mereka.

    ReplyDelete
  7. Tindakan Terhadap Pasangan Blogger SeksOctober 2, 2013 at 12:54 PM

    Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee telah menjadikan dunia siber 'sibuk' apabila pengguna-pengguna internet mengutuk ucapan mereka yang mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

    ReplyDelete
  8. Tindakan Terhadap Pasangan Blogger SeksOctober 2, 2013 at 12:54 PM

    Terdapat juga di kalangan mereka yang mempersoalkan mengapa mereka yang lain yang telah mempersendakan agama-agama lain tidak dikenakan hukuman yang sama.

    Di dalam Twitter dan Facebook, ada yang menulis bahawa kedua-dua berhak menanggung beban undang-undang yang dikenakan.

    ReplyDelete
  9. Tindakan Terhadap Pasangan Blogger SeksOctober 2, 2013 at 12:55 PM

    Bagaimanapun, terdapat juga yang merasakan mereka perlu dikenakan tindakan tetapi tidak dinafikan ikat jamin.

    Terdapat juga mereka yang mempersoalkan mengapa ahli Parlimen yang telah membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama terlepas daripada hukuman sebegitu.

    ReplyDelete
  10. Tindakan Terhadap Pasangan Blogger SeksOctober 2, 2013 at 12:55 PM

    Sin Yew @S_Y_New berkata perbuatan mereka menghina Islam tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.

    Rabi Osman Mohd @rabiosman melahirkan rasa terkejut atas Akta Hasutan yang digunakan terhadap kes itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.