Saturday, July 20, 2013

Perkasa, Jati mahu Duta Vatican diganti

NGO menuntut duta Vatican baru ke Malaysia. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 19 Julai, 2013.Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seperti Perkasa dan Jalur Tiga (Jati) hari ini berhimpun di hadapan Kedutaan Vatican City di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung kenyataan Biskop Joeph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Katolik di Malaysia.

Antara kandungan memorandum bantahan itu adalah Marino perlu keluar dari negara ini segera dan memohon maaf atas keterlanjuran kata beliau berhubung isu kalimah Allah.

Mereka turut menuntut agar Vatican menghantar duta baru bagi menggantikan Marino.

“Kita mahu satu duta baru dihantar. Kita bukanlah anti Kristian dan bukan agama lain. Namun jika Marino telah berani mempersendakan agama kita maka kita tidak boleh berdiam diri," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

"Kita ingin menjelaskan Marino adalah Persona Non Grata ke Malaysia dan beliau harus tinggalkan Malaysia. Dengan sokongan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah bermakna Marino telah menzahirkan sokongan beliau terhadap parti pembangkang yang selama ini mahu memainkan isu berkenaan,” tambah beliau lagi.

Ibrahim juga berkata, pertemuan Marino bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bukanlah pengakhiran bagi isu berkenaan kerana perjumpaan berkenaan hanyalah menberi penjelasan dan meminta permohonan maafnya disampaikan.

Antara NGO yang datang menyokong aadalah Armada Melayu, Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang dan satu NGO India, Perembam yang turut hadir di kedutaan berkenaan.

"Kami datang ke sini untuk bertemu dengan Duta Vatican City Joseph Marino namun beliau tiada di sini sedangkan kita telah memaklumkan awal kehadiran kami pada jam 2.30 petang.

"Seperti mana yang telah tersebar di portal berita dan laman sosial, kami akan berhimpun dengan aman, bertamadun dan penuh etika untuk menyerahkan nota bantahan tersebut," kata Presiden Jati Datuk Hasan Ali yang menyerahkan memorandum berkenaan.

Beliau berkata kandungan nota bantahan tersebut melahirkan rasa dukacita yang amat sangat mengenai apa yang dikatakan dalam satu portal minggu lalu yang mana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi digunakan oleh penganut Kristian.

"Marino berkata mereka mempunyai hujah yang kuat mengapa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian sedangkan kita telah faham bahawa kalimah berkenaan tidak boleh digunakan oleh golongan bukan Islam.

"Seperti mana gesaan mufti sebelum ini Marino terpaksa tinggalkan Malaysia kerana setelah lebih sebulan beliau bertapak di sini sudah berani mengeluarkan kenyataan sedemikian, bayangkan jika tinggal lebih lama dan dapat mengukuhkan kuasanya di sini," ujar Hasan.

Beliau turut meminta kedutaan di sini ditutup sahaja dan akan menasihatkan kerajaan bersama NGO lain agar tidak menerima kedutaan ini di Malaysia. – TMI

3 comments:
Write comments
  1. kesian tengok hasan ali ni..dari seorang yang ideanya bernas dan bila bercakap blh memukau penonton skrg terpaksa jadi pendemo jalanan pulak...g demo dpn pejabat idris jala le kat putrajaya tu yang bagi kelulusan bawak berlori bible bahasa melayu dr indon....

    ReplyDelete
  2. ... cuba tengok gambar... yang pakai tengkolok duduk belakang mangkuk tiga ekor tu nampak sangat tengah stim daun ketum... tu pun nak berjuang..pppttttuuuihhh...

    ReplyDelete
  3. kesian kedua-dua presiden ini,nak pula politikkan soal agama,ibrahaim ali bukan calang-calang perkatakan perkara ini sebelum pilihanraya,tapi dapat apa,kalah juga kesihan,ho..ho.ho.ibrahim ali u bukan kerajaanlah,diam kau.biar makhamah yang putuskan,bukan pandai pandai buat undang-undang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.