Saturday, July 20, 2013

Tambang teksi pula akan dinaikkan?

Pengguna teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar tambang pengangkutan awam itu.



NONEMengumumkan perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup.

Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka.

"Dengan ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan menaikkan tampan itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan mendedahkan jumlah kenaikannya. -MK

1 comment:
Write comments
  1. inda faham apa sebanarnya tujuan najib mahu naikkan tambang teksi'' najib bilang mau pertimbang naik tambang teksi supaya hidup pemandu teksi semakin ada kelas tapi, ada peliknya pula..syarat najib kalau mau kasi naik tambang ialah musti mau beli tu EXORA'' adui'' rasanya najib mau kasi laku tu EXORA ba kan, lepas tu pemandu teksi mampus mau bayar CCM kereta terutama yg persendirian. last last, rakyat yg kena tanggung semua kos.. hah'' pandai betul najib mau kasi mampus golongan yg ada pendapatan sikit sikit nih''

    kerajaan UMNO BN yakin betul tahun 2020 nanti Malaysia manjadi Negara maju dan ada rakyat yg berpendapatan tinggi. tapi mangkali jua betul sbb org2 miskin sudah habis pupus masa tu bukan sbb apa, mangkali banyak mati sbb sesak nafas bila harga barang semua melambung naik, harga rumah pun masa tu mangkali mencecah 1 juta sebuah itupun yang 2 bilik saja satu besar, satu lagi bilik layak jadi stor saja sbb terlalu kecik. kalau inda pecaya, p lah korang periksa bilik yg perumahan buat tu baru tau sendiri''

    yang ada gaji bawah RM3,500 jan mimpi la dapat rumah tahun 2020 nanti, mangkali ada kereta PREVE tapi tidur bawah jambatan'' itulah kisahnya dorang yg tinggal di Bandar atau sub Bandar. nampaknya kerajaan terpaksa membina jambatan yang lebar supaya dapat menampung permintaan mereka2 yg perlu tidur di bawah jambatan'' hekehek

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.