Besut: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru seluruh pengundi Kuala Besut meniru sikap rakyat Selangor, yang bijak menggunakan peluang demokrasi untuk menjamin kebajikan mereka.
Berucap ketika hadir membantu kempen calon PAS Kampung Seberang Barat di sini semalam, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor telah membuat perubahan dengan memilih calon-calon Pakatan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu dan mengekalkannya pada PRU13 Mei lalu untuk penggal kedua.
"Pada 2008 rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat. Kita perkenalkan bermacam program untuk bantu rakyat Selangor melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
"Bila nak PRU13 macam-macam projek BN turun di Selangor. Rakyat dapat dua kali untung. BN bagi, Pakatan Rakyat selaku kerajaan negeri pun bagi. Apa yang BN beri diambil, tapi bila undi, rakyat Selangor undi kita," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor juga terbukti jauh lebih baik dari BN di mana rakyat dapat merasai dan menikmati hasil negeri yang turur disalurkan kepada mereka.
"Bila menang 2008, kita beri air percuma 20 meter padu, dia (BN) kata kita akan bankrap. Masuk 2009 sampai 2012 kita teruskan lagi beri air percuma, dia kata kita akan bankrap lagi, tetapi suaranya dah makin perlahan.
"Bila nak PRU13, tiba-tiba BN dah tukar nada. Tak dengar dah pasal bankrap. Rupanya-rupanya dia pulak tiru buat manifesto nak bagi air percuma juga. Tapi rakyat Selangor kata, dah ketinggalan," katanya disambut sorakan kira-kira 200 hadirin.
Beliau juga mendedahkan, semasa BN memerintah Selangor, peruntukan membina masjid sebanyak RM50 juta hanya boleh menyiapkan lima buah masjid.
Namun apabila Pakatan memerintah, dengan jumlah peruntukan sama mampu menyiapkan sembilan buah masjid.
"Kita buktikan kita boleh tadbir lebih baik, lebih telus. Kita antara negeri yang dapat pengiktirafan empat bintang oleh audit negara. Negeri BN termasuk Terengganu saya kira nak dapat dua bintang pun belum tentu.
"Sebab itu pentadbiran ini mesti diberi kepada pasukan yang telus. Nak pentadbiran telus perlu pilih pemimpin yang telus dan bertanggungjawab.
"Jadi saya seru orang Kuala Besut, pilihlah calon PAS (Che Long) supaya kita dapat keseimbangan kerusi jadi 16:16. Bila jadi seimbang, Umno tak boleh lagi nak buat main-main dengan rakyat," katanya. -HD
Sunday, July 21, 2013
MB Seru Pengundi Kuala Besut Contohi Rakyat S'gor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.