Tuesday, July 16, 2013

Bung Mokhtar salahkan DAP berhubung blogger seks

Kekecohan timbul di Dewan Rakyat apabila Datuk Bung Mokhtar Radin menuduh DAP adalah pihak yang bertanggungjawab di belakang blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee di atas kejadian muat naik di Facebook yang menghina Islam.

Ahli Parlimen Kinabatangan dari Barisan Nasional (BN) itu, menggesa pasangan itu ditahan serta merta dan menyalahkan DAP di atas insiden itu.

“Mereka seharusnya didakwa serta merta dan jangan benarkan mereka bergerak bebas.

“Saya sedar trend ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 13, mungkin ini ditaja oleh DAP,” dakwanya.

Sejurus selepas itu, beberapa pemimpin DAP bangkit membantah kenyataan Bung kerana bersangka buruk serta menggesa beliau menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Bung enggan menarik balik serta mempertahankan hujahnya dengan menegaskan beliau berkata "mungkin" dan bukan menuduh.

"Saya kata hanya mungkin," kata Bung apabila didesak oleh pemimpin DAP dalam Dewan Rakyat.

Semalam "pasangan lucah" Alvin Tan dan Vivian Lee yang dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hadir memberikan kenyataan di ibu pejabat agensi itu di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka memberi kenyataan untuk membantu siasatan berhubung memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Tahun lalu, Alvin dan Vivian menggemparkan negara apabila menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog mereka.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan bagi merujuk kes berkenaan ke Pejabat Peguam Negara dan berharap siasatan dapat dilengkapkan dalam masa dua hari.

Sheikh Raffie berkata, pihaknya perlu menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan bukti kes berkenaan mencukupi untuk pendakwaan.

"Jika sabit kesalahan, pasangan berkenaan boleh didakwa di bawah seksyen 211 dan 233 yang memperuntukkan hukuman setahun penjara dan denda RM50,000.

"Kami menyeru orang ramai menghormati bulan Ramadan dengan elak mencetus kontroversi melalui kiriman di laman sosial yang bakal mencetuskan sensitiviti kaum," katanya lagi. - TMI

16 comments:
Write comments
  1. Kerajaan tidak sekali-kali menjual maruah negara kepada orang orang luar apatah lagi sehingga membawa Malaysia bankrap dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang diadakan di Kota Kinabalu minggu lalu.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, malahan kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan akan mempertahankan hak rakyat sebelum menandatangani sebarang perjanjian seumpama itu.

    ReplyDelete
  3. Ini terbukti apabila pendapatan negara daripada perdagangan termasuk melibatkan perniagaan luar negara kini terus meningkat hingga mencecah RM200 bilion setahun," katanya ketika berucap di majlis penyampaian zakat kepada 120 anak-anak yatim dan berbuka puasa di bawah program tanggung jawab korporat SME Bank di Masjid Pekan Bukit Gambir di sini petang semalam.

    ReplyDelete
  4. Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Razi Yunus, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gambir, M. Asojan, anggota jawatankuasa Umno bahagian Ledang dan pemimpin masyarakat tempatan.

    ReplyDelete
  5. Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak perlu bimbang dengan perundingan perjanjian TPP yang belum dimuktamadkan itu kerana kerajaan sentiasa berhati-hati dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum mengambil sebarang keputusan.

    ReplyDelete
  6. Katanya, sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia tidak boleh mengasingkan diri, sebaliknya perlu bersama negara-negara lain menyertai perundingan seumpama itu.

    ReplyDelete
  7. Beliau menerangkan, negara-negara lain yang menyertai perundingan itu juga memahami kehendak Malaysia dalam perundingan berkenaan iaitu sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat sebelum menyetujui sebarang perjanjian.

    ReplyDelete
  8. Menyentuh bantahan badan-badan bukan kerajaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur terhadap perundingan itu, Ir. Hamim menyifatkan ia bermotif politik semata-mata kerana Malaysia belum memuktamadkan perundingan itu

    ReplyDelete
  9. PENULIS memang sentiasa percaya DAP tidak akan senang duduk kalau ada tindakan undang-undang dikenakan ke atas pengundi tegarnya walaupun terang-terang menghina agama Islam, seperti dalam kes pendakwaan ke atas Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi) kelmarin.

    ReplyDelete
  10. Masa belum tangkap, mulut lancang sokong tindakan dikenakan, bila sudah kena tangkap dan didakwa, Guan Eng kata pendakwaan terpilih pulak. Kononnya Ibrahim Ali nak bakar Bible dan Zulkifli Nordin hina agama Hindu dalam satu ceramah semasa dia masih ahli PAS 10 tahun dulu tidak dikenakan tindakan kerana menghina agama lain.

    ReplyDelete
  11. Cuba nak belalah tu, cuma tak cakap terang-terang.

    Modus operandi sama dengan PAS, sama juga, masa belum cakap lain, bila sudah cakap lain (minta orang Islam maafkan).

    Rasa muak pulak nak nyatakan persamaan tapi tujuannya penulis hari ini cuma nak sebut bahawa yang mengamalkan ’pendakwaan; terpilih itu sebenarnya ialah Guan Eng dan parti pembangkang yang disertainya.

    Penulis mulakan dengan video Zulkifli Nordinlah ya. Video itu semua orang tahu dirakam 10 tahun lepas dan semasa Zulkifli Nordin masih lagi ahli PAS – mengulang pulak, tapi nak kena disebutkan juga, nanti lupa.

    ReplyDelete
  12. Kalau video itu dari UMNO, baik masa Zulkifli Nordin bertanding 2004 dan 2008 atas tiket pembangkang, dah keluar dah video tu, tapi sebab pembangkang dalang video tersebutlah yang buat ia keluar pada 2013.

    Simple logic.

    ReplyDelete
  13. Persoalannya disitu kenapa pembangkang tak keluar video itu masa Zulkifli Nordin bertanding pada 2004 dan 2008? Sebab masa itu dia sebelah engkau?

    Jadi siapa yang buat dakwaan terpilih sekarang?

    ReplyDelete
  14. Siapa provok siapa dulu? Penulis tak nampak macam mana Ibrahim Ali salah kerana tidak ada sehelai pun kitab Bible yang dibakar, sedangkan dalam kes Alvivi yang cuba disokong Guan Eng ini (secara tidak langsung), sudah jelas gambar mereka menghina bulan Ramadhan dengan mengajak umat Islam makan daging babi semasa berbuka.

    ReplyDelete
  15. Malah Alvin dah mengaku pun buat gambar itu, atas alasan nak ’buat kelakar‘, tapi bila pergi Mahkamah, tak mengaku pulak. Sekarang buat kelakar sangatlah kau dalam penjara tu, silap-silap pada waktu ini sudah jadi ’isteri’ kepada mana-mana banduan dalam itu. Lantak kaulah.

    Ini sahaja membuktikan tidak wujud soal pendakwaan terpilih. Peguam Negara memang betul bila mendakwa pasangan Alvivi ini dengan cepat, kalau lambat, takut ada pulak yang ambil tindakan sendiri.

    ReplyDelete
  16. Masa itu, kalau berlaku, terpilih tak terpilih, nasik dah jadi bubur. Itu ke yang Guan Eng nak?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.