Sunday, November 20, 2011

Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik?

Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

“Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik,” kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.

Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.

“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan media.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam.

Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23098

2 comments:
Write comments
  1. Klausa fitnah tidak sesuai digunakan kerana kes ini masih didalam perbicaraan dan inaya dilakukan kerana adanya laporan mengenai salah laku dan dibuat mengikut undang-undang.Jika benar Anwar bersalah atas tingkah laku moralnya,sewajarnya keadilan yang sesuai patutlah diberikan .

    ReplyDelete
  2. hj logiut najib akan buat apa sj utk survive. tp bolehkah terlepas drpd komplot dlm UMNO sendiri utk menjatuhkannya????

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.