Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.Menurut pos sebuah blog terkemuka pro-Pakatan Rakyat - Milo Suam - ia berlaku awal pagi ini.
Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa lamanweb tersebut
digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.
Beberapa jam kemudiannya, penggodam meletakkan gambar baru seorang budak kencing ke atas dua bendera Malaysia.
Apabila Malaysiakini menyemak lamanweb itu lewat petang ini, imej tersebut telah digantikan dengan notis yang menyatakan bahawa lamanweb tersebut dalam penyelenggaraan.
Lamanweb Najib digodam dua hari selepas Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta. -MK
Friday, November 25, 2011
Lamanweb 1M'sia Najib digodam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.