Friday, November 25, 2011

Siapa Yang Masuk Akal Dan Keluar Angin?

IDEA berstrategi Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor serentak dengan pengumuman pembubaran parlimen telah menjadi isu dan meresahkan Umno Selangor khasnya orang yang bercita-cita untuk mengambil alih tempat Khalid sebagai MB, iaitu Noh bin Omar.

Noh nampaknya tidak berkenaan dengan cadangan Khalid untuk tidak membubar serentak Dun Selangor itu dengan menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai tidak masuk akal. Khalid dalam mempertahankan cadangan itu mempersoal kenapa Dun Selangor tidak perlu dibubarkan serentak, sedangkan Sabah dan Sarawak boleh berbuat demikian.

Tanya Khalid kenapa apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak tidak dibisingkan?

Noh pula menjawab (membela) tindakan Sabah dan Sarawak tidak dibubar serentak kerana perbezaan atau tempoh di antara kedua Dun itu dengan penggal parlimen persekutuan tidak begitu lama. Noh merujuk kepada Sarawak kalau ia tidak dibubarkan kerana ia baru sekali mengadakan sidang Dun selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Di sini berlaku ketidakfahaman oleh Noh dengan apa yang dimaksudkan oleh Khalid. Apa yang dimaksudkan Khalid Dun Selangor tidak perlu dibubarkan dalam tempoh enam bulan kerana beliau mahu bajet 2012 yang baru dibentangkan dapat dinikmati oleh rakyat. Sekiranya Dun Selangor dibubarkan dalam tempoh terdekat ini bermakna bajet itu belum berfungsi dan rakyat tidak dapat menikmati bajet yang baru dibentang. Alasan Khalid itu rasional.

Alasan Khalid itu lebih matang berbanding dengan apa yang dipertikaikan oleh Noh Omar. Noh juga semacam mendedahkan kedangkalan wadi politiknya dan sengaja menelanjangkan rasa gelisah dan resahnya terhahap Umno Selangor. Noh secara tidak langsung bila dia mempertikaikan cadangan Khalid itu menunjukkan Umno dalam kepanasan.

Noh tuduh tindakan Khalid itu kerana seronok dengan kuasa dan menuduh tidak faham mengenai proses pembubaran Dun. Sebenarnya yang tidak faham dan buta perundangan ialah Noh sendiri bukannya MB Selangor itu. Mana-mana Dun boleh dikekalkan sehingga tampat tempoh penggalnya dan ia tidak secara automatik perlu dibubar bila parlimen dibubar.

Sama ada tindakan Khalid itu untuk memastikan kemenangan PKR - Pakatan Rakyat itu adalah haknya. Semestinya sebagai pemimpin PKR Khalid perlu memastikan kemenangan seperti mana juga Noh Omar. Adalah bodoh kalau Khalid membuka pintu untuk penyamun dan penyangat masuk ke dalam rumahnya. Kenapa Noh mempertikikan cadangan Khalid itu juga kerana memikirkan kalau Dun Selangor dibubar secara berasingan ia boleh menyebabkan Umno akan menangis tanpa irama.

Noh sebenarnya dalam resah gelisah dan kemabukan wap tahi lembu gemuk Sharizat Jalil. Tindakan Noh mengkritik Khalid itu menggambarkan akan ketakutannya untuk menghadapi pilihan raya. Seperti mana yang saya postkan dalam Fb beberapa hari lalu, Noh tidak perlu takut dan perlu memilih bila Dun Selangor dibubarkan kalau Umno sebenarnya kuat. Kalau sungguh Umno kuat, bubarlah bila-bila pun Dun Selangor Umno sedia menghadapinya.

Sama ada tahun ini atau tahun depan atau tahun 2013, apa yang hendak Noh kisahkan. Kalau Umno sudah kuat, sudah sedia hadapilah bila-bila masa. Apabila Noh hendak Dun Selangor dibubarkan serentak dengan Parlimen jelas menunjukkan ketakutan sudah melindungi diri Noh. Atau Noh merasakan perlu pilihan raya diadakan segera kerana kalau lagi lama lagi banyak penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan oleh para pemimpin Umno akan didedahkan.

Jelas dalam hal ini yang tidak masuk akal dan keluar asap bukan Khalid yang dikatakan bebal dalam berpolitik dan hanya tahu mentadbir dan mengurus itu, tetapi Non bin Omar orang yang bercita-cita untuk bertakhta di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Kali ini Khalid berjaya menimbulkan kegelisahan kepada Umno Selangor dengan cadangan praktikalnya itu

http://msomelayu.blogspot.com

3 comments:
Write comments
  1. pepatah: "bodoh mcm lembu, lembu mcm menteri-noh omar". pasti menteri yg kalah [shaJILAT], suka pepatah ini...

    ReplyDelete
  2. pegi mampos kau noh omar

    ReplyDelete
  3. noh omar kalau jadi MB selangor lagi banyak bala dibawa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.