Saturday, November 19, 2011

Memoir Syed Husin : Dilema Ezam & Zul Noordin Dalam PKR

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.


Ezam keluar PKR demi wang, jawatan?

Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor menafikan beliau bertindak keluar parti sebelum ini demi wang, seperti dikaitkan veteran parti itu Dr Syed Husin Ali dalam memoir terbarunya.

Sambil menyindir "tidak mahu bertengkar dengan orang tua", Ezam menjelaskan, penglibatannya hanya dalam 'syarikat' kecil Gerak Agenda Sdn Bhd untuk memerangi rasuah memberi kesimpulan sebaliknya.

ezam mohd noor at mca function"Dan pada tahun 2007 itu jugalah saya sebagai ketua 'syarikat' yang dikenali sebagai GERAK itu telah menetang ketua BPR (Badan Pencegah Rasuah) ketika itu sehingga dia terpaksa lepaskan jawatannya.

"Kaji juga kenyataan-kenyataan saya dan GERAK selepas tarikh 13 Mei yang disebut Dr Syed. Kesemua kenyataan menentang dan mendesak kerajaan atas nama rasuah.

"Bagaimana orang yang dikatakan keluar parti untuk dapat wang/ jawatan pengarah syarikat besar boleh membuat serangan kepada kerajaan yang memerintah, khususnya ketua BPR?" kata Ezam.

Dr Syed Husin menulis dalam bab "Alasan Ezam keluar parti" dalam memoirnya, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana bergantung kepada pendapatan isteri.

Beliau juga didakwa berkata "kena cari peluang" mendapatkan satu dua jawatan pengarah dan perkara itu hanya boleh menjadi kenyataan jika ada bukti beliau sudah meninggalkan parti.

'Isterinya ada deria keenam'

Dalam reaksinya kepada Malaysiakini hari ini, Ezam yang kini bergiat dalam BN berkata, perbualannya seperti dirakam semula Dr Syed dalam Memoir Perjuangan Politik bukan dalam konteks keluar parti.

Sebaliknya, kata Ezam, beliau ketika itu menceritakan kesusahannya, antaranya kerana tidak mempunyai kerja, sebagai respons kepada "kekecewaan" Dr Syed Husin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang didakwa mewah.

"Pada ketika itulah saya kongsi dengannya bahawa saya memang susah. Selama berjuang bergantung gaji tetap isteri dan usahaniaga di Indonesia yang pada masa itu kebetulan sedang merosot dan ditutup.

"Justeru cerita saya susah padanya dalam konteks itu," kata senator BN itu menjawab dakwaan Syed Husin Ali yang juga senator Pakatan Rakyat.

Ezam berkata, kerana hormatkan Dr Syed Husin, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersamanya dan melayan "kekecewaannya disisih Anwar dan Azmin" walaupun menjadi timbalan presiden ketika itu.

Justeru, kata Ezam lagi, beliau hairan mengapa Dr Syed Husin sanggup memulatbelitkan konteks sebenar perbualan mereka.

"Apakah Dr Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga.

"Dan Dr Syed sendiri mengaku isterinya ada sixth sense (deria keenam) untuk kenal orang dan (dia) tidak selesa Dr Syed bersama Anwar. Mungkin tulisan Dr syed ini bukti telahan isterinya betul. Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar," katanya.

-MK

3 comments:
Write comments
  1. ngam la, kedua-duanya pecacai kpd rejim yg sama - UMporNO!!!

    ReplyDelete
  2. ngam la kedua-duanya pecacai + barua

    ReplyDelete
  3. syed Hussain bukanlah berkerja dengan UMNO dan beliau sudah terang-terang bersama dengan Pakatan Rakyat.Sewajarnya beliau menulis apa yang benar dalam memoir perjuanganya..Ezam berjuang atas kebenarann dan diketahui kerana kekecewaanya dengan kepimpinan PKR.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.