Tuesday, November 22, 2011

'Hikayat Merong Mahawangsa' dinobat Filem Terbaik FFM24


PUTRAJAYA: Filem Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusri Abdul Halim membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Ahad.

Kemenangan yang menewaskan saingan terdekatnya, filem KL Gangster itu membolehkan Yusri membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM25,000.

Selain filem terbaik, pada majlis itu Hikayat Merong Mahawangsa turut memenangi kategori Skor Muzik Terbaik, Kostum Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Bagi Pengarah Terbaik FFM24 dimenangi oleh pengarah muda Syamsul Yusof menerusi filem KL Gangster.

Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Yusri Abdul Halim (HMM) Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), Osman Ali(Cun) dan Ahmad Idham (Senjakala).

Selain itu, Anugerah Gemilang Perdana turut memberikan 12 lagi anugerah kepada para pemenangnya iaitu Shaheizy Sam yang merangkul kategori Pelakon Lelaki Terbaik, (Pelakon Wanita Terbaik), Siti Shahreza, (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) Shofi Jikan, dan (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik), Faezah Elai.

Turut meraih anugerah menerusi Anugerah Gilang Perdana ialah (Penataan Bunyi Terbaik), Hisham Jupri/Rizal Ashreff, Syamsul Yusof / Hisham Jupri (Penyunting Terbaik) dan KL Gangster ( Filem Box-Office Terbaik) di mana masing- masing menerima wang tunai RM 10,000, trofi dan sijil.

Dalam pada itu, FF24 yang dianjurkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysian (Gafim) itu turut memberikan tiga Anugerah Perdana Khas iaitu Filem Pilihan Penonton Astro iaitu Kongsi, Datuk Michelle Yeoh (Pencapaian Gemilang) dan Tan Sri Jins Shamsuddin (Pencapaian Sepanjang Hayat).

FFM24 yang mempertandingkan 41 filem cereka, 30 filem pendek, sembilan filem animasi dan enam filem bukan bahasa Melayu turut memberi empat Anugerah Khas Juri kepada Sidek Husin, filem Libas, Zami Ismail dan filem Janin.

Terdahulu, FFM24 telah menyampaikan 10 Anugerah Gemilang Cipta pada 16 November lalu di Panggung Anniversary. -Mstar

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.