Perasaan yang amat gembira terpahat di hati saya dan lebih 10 rakan yang lain bila mengetahui keputusan permohonan pertukaran kami dari daerah pedalaman telah diluluskan pada 10 November 2011 lalu melalui sistem online egtukar.
Kami dengan tidak berlengah lagi telah membuat pengurusan membatalkan sewaan rumah, menyewa lori dan menguruskan pertukaran anak-anak ke daerah dimana kami akan ditempatkan. Ada antara kami yang mencecah lebih lima hingga sepuluh tahun mengajar di pedalaman, sekian lama menunggu saat ini dengan hati yang begitu teruja untuk balik tinggal bersama dengan anak isteri dan ahli keluarga masing-masing.
Lebih kurang pukul 3 petang, 16 November 2011 kami telah membuat semakan keputusan sekali lagi dan terkejut bila mendapati keputusan kelulusan pertukaran kami melalui sistem online bertukar gagal. Terperanjat, marah dan kesal dengan keputusan kedua itu seolah-olah kami warga guru telah dipermainkan dengan proses pertukaran ini. Kami diperlakukan seperti budak-budak, ditunjukkan gula-gula tapi tidak diberi merasanya. Hampir 5, 7 dan lebih 10 tahun kami berjuang nasib untuk pulang ke daerah kami dengan membuat permohonan pertukaran setiap kali sesi tersebut dibuka dan difahamkan salah satu syarat permohonan adalah melebihi 3 tahun mengajar di pedalaman.
Malah dijanjikan guru yang di reployment hanya 3 tahun sahaja di pedalaman. Tapi hingga kini kami masih di sini dan apabila permohonan pertukaran kami diluluskan, ia dibatalkan pula. Itukah keadilan dan perikemanusiaan? Mungkin perkara yang sama sedang berlaku kepada rakan-rakan sejawatan kami yang lain.
Kami dah juak dengan Jabatan Pelajaran Kelantan yang menjadi ' Pendusta Kelas Pertama' dalam menjaga kebajikan warga pendidiknya. Kami tahu, hampir 80% warga pekerjanya adalah pembohong, hipokrit, gila pangkat, gila kuasa, gila betina nasib baiklah tidak mendapat penyakit 'gila babi' terutamanya Pentadbir Pertama atasan jabatan ini, ketua sektor yang menguruskan hal ehwal sekolah, malah pegawai yang terlibat dalam proses kelulusan pertukaran ini.
Bila kami membuat panggilan ke Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menanyakan status pembatalan pertukaran ini, mereka meminta kami merujuk kepada Penolong Pengarah Pengurusan Guru iaitu YM Raja Anoro bin Raja Kob di talian 09-7418099. Kami menghubungi beliau dan memohon penjelasan. Beliau dengan angkuh menjawab itu adalah kesilapan teknikal dan keputusan dalam egtukar online tidak boleh digunapakai. Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan rasmi adalah apabila kami menerima surat penempatan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang ditandatangani Pengarah sahaja. Begitu mudah jawapan yang diberi.
Kami rasa amat tidak berpuas hati dan cuba mencari jawapan lagi mengikut saluran yang betul. Menelefon pegawai berkaitan, bertanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sebagainya. Namun amat terkejut, bukan kerana kegagalan pertukaran kami, tetapi dengan maklumat peribadi pegawai yang terlibat dalam kes ini adalah seorang yang mempunyai rekod peribadi yang sangat buruk sewaktu beliau bertugas di Institut Perguruan Kota Bharu dan telah dipoolkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat tentang dirinya telah tersebar luas di internet dan pelusuk negeri Kelantan. Sungguh hebat pegawai yang menguruskan pembatalan pertukaran kami ini. Sama hebatnya dengan Pengarah Pelajaran Kelantan yang telah membawa masuk dan menempatkan beliau di Jabatan Pelajaran Kelantan.
Lagi mengejutkan kami adalah ada di antara guru-guru yang lulus bertukar tanpa membuat permohonan seperti kami dan ada di kalangan mereka yang baru 2 tahun, baru 6 bulan mengajar di pedalaman. Mereka sudah dapat pulang ke daerah masing-masing dengan bantuan kabel politik. Cukup jelas apabila agenda ini direstui oleh Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan! Mungkin bagi kami guru-guru yang mengikut saluran yang betul, yang tiada kabel akan menunggu disini sehingga mati dalam menunggu permohonan demi permohonan yang silih berganti. Kami telah diperbodohkan oleh warga pendidikan sendiri yang selalu sibuk mewarwarkan kepentingan perkhidmatan sebagai guru, integriti dan ketelusan. Jika perkara seperti ini berterusan, ia bukan sekadar merosakkan Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai bumbung tempat kami berteduh, malah merosakkan seluruh sistem pendidikan Kelantan dan yang amat sedih apabila murid generasi depan akan menjadi mangsa kerakusan kepentingan diri para pegawai ini. Untuk makluman seramai lebih kurang 178 guru di seluruh Kelantan yang telah diluluskan permohonan telah dibatalkan tanpa sebab!
Jadi, janganlah memperbodohkan kami yang bodoh ini dengan alasan disebabkan masalah teknikal. Kerana selama kami menggunakan perkhidmatan online egtukar ini, masalah teknikal tidak timbul dengan pengurusan kelulusan permohonan tidak bermasalah. Secara bodohnya, kami dapat mengagak bahawa masalah yang timbul adalah berpunca daripada pegawai yang diberikan kepercayaan menguruskan pertukaran ini di samping mempunyai agenda tersendiri ( agenda politik, semestinya ) oleh Tuan Pengarahnya dan turut disubahati oleh Ketua Sektornya. Disini juga jelas bahawa penyalahgunaan kuasa, kemerosotan integriti dan jenayah merosakkan nama baik jabatan ketara dilakukan.
Wahai warga Pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan, kamu akan lihat suatu masa nanti kemusnahan pendidikan Kelantan dengan kewujudan bangsa Melayu berideologi Yahudi dengan dosa-dosa dan pengkhianatan yang kamu lakukan dan ciptakan sendiri terhadap bangsamu! Kamu akan lihat keputusan dalam pilihanraya umum ke 13 Kelantan nanti tidak dapat dicapai seperti yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri. Itu suatu yang kami amat pasti!
-Tranungkite
Tuesday, November 22, 2011
Luahan kritikal seorang guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.