Friday, November 25, 2011

P’raya berasingan: Sarawak boleh, kenapa Selangor tidak?

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012.

Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. Umno yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihan raya seluruh Malaysia

Sering kali parti-parti yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini.

Pertama kali dalam sejarah, Umno dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Datuk Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini.

Namun alasan-alasan yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihan raya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

Saya menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka.

-Oleh Pengundi Kota Anggerik

1 comment:
Write comments
  1. noh omar, kc ajar dulu c shaJILAT mcmana piara sapi emas la...x habis2 bangang kau ni. x perlu pertikaikan kuasa yg diperuntukkan dlm perlembagaan, takkan sudah lupa advantage UMNO selama ini [sebelum PR menguasai selangor]???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.