Friday, November 25, 2011

MCA Hina Islam, UMNO/Perkasa Buat Apa?

Mengapa Umno dan PERKASA tidak bersuara ketika MCA terus menerus menghina Islam?
“Lawak Jenaka yang teruk dan tidak sepadan! MCA menganjurkan forum yang bertemakan "Hudud dan Implikasi ke atas bukan Islam di Malaysia" pada 4 Dis. Dan pada semua orang, Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dicemari skandal akan menyampaikan ucaptama serta ucapan penutup.

Yang pertama, adakah Chua seorang Muslim? Adakah dia sudah memeluk Islam? Adakah dia benar-benar memahami Hudud? Apa yang membuatkan beliau berhak keatas Hudud? Apakah perkataan "zina" di dalam kamus? Sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh untuk menentang dan menghina Hudud kerana, jika dia telah memeluk Islam, dia telah dilempar batu hingga mati kerana menipu isteri dan keluarganya. Politik hanya perlu berasaskan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ia adalah niat buruk ahli-ahli politik yang kegilaan kuasa yang bertanggungjawab bagi keadaan semasa yang memalukan negara, hal ehwal - ketidakadilan, rasuah dan penghakisan hak-hak demokratik rakyat Malaysia.

Dengan Umno membenarkan MCA dan Soi Lek untuk memperkecil-kecilkan nilai-nilai Hudud sebagai undang-undang jenayah Islam, dengan itu menghina Islam, apakah salah rakyat Malaysia untuk mengatakan bahawa MCA memang anti-Islam? Jika ya, apa yang Umno dan Perkasa lakukan mengenainya? Apakah lidah mereka telah terputus?”

Terjemahan dan petikan padangan dari Jackson Ng adalah seorang wartawan yang telah bersara dalam Malaysia Chronicle.

Kalau kita boleh buat kesimpulan bahawa memang Umno/Perkasa hanya berani bersuara apabila ianya melibatkan pembangkangtetapi apabila rakan mereka sendiri menghina dan mempertikaikan undang-undang Islam mereka senyap seribu bahasa. Sepatutnya mereka jangan biarkan MCA terus mencabar dan menghina Islam dengan mengatakan sekiranya perundangan Islam yang terdapatnya Hudud dalamnya akan menyebabkan negara ini akan mundur kebelakang dan pelabur akan lari.

Bukan semua rakyat Malaysia dan yang bukan Islam takut dengan perundangan Islam di Malaysia hanya mereka yang suka melakukan jenayah berat saja yang akan menentang perundangan Islam. Kita mendesak agar MCA hentikan perbuatan yang terus menerus mencabar dan menghina Islam. Kepada Umno/Perkasa mengapa membiarkan Islam di hina oleh MCA? Apa tindakan kamu untuk menghalang MCA terus mencabar dan menghina Islam?

Kita rakyat Malaysia tidak mahu ada orang yang cuba mengeruhkan keadaaan dengan memainkan isu agama seperti perbuatan yang melampau yang cuba dilakukan oleh MCA.

Islam yang di perjuangkan PAS bukan seperti yang digambarkan oleh Umno/BN tetapi lebih kepada membawa rakyat Malaysia hidup sejahtera, aman dan damai serta menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

5 comments:
Write comments
  1. UMporNO n perkasa jujur membela agama islam? putung lancau la. prioriti bg mereka adalah malay supremacy n RM shj n aspek ketuhanan adalah perkara ke-2...

    1 lagi projek wayang kulit UncivilizedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  2. Chua Soi Lek pelakon Video Lucah yang dipuji oleh UMNO dan Perkasa tidak berhak bercakap mengenai Islam! Hoi mana PERKASA kenapa tak bangkit menentang Pelakon Video Lucah ini menghina Islam, Mana Jamil Baharom! Atau Perkasa dan Jamil Baharom ini hanya kuda tunggangan si Pelakon Video Lucah ini.

    ReplyDelete
  3. Kalau Lim Guan Eng yang cakap macam CSL UMNO dah lama menyalak tapi kalau si Pelakon Video lucah yang cakap UMNO diam sebab UMNO melalui Datuk 3T juga penayang Video Lucah. Kerajaan BN hanya suka yang lucah-lucah sahaja maklumlah pempimpinnya siapa?

    ReplyDelete
  4. Nak harap PERKASA? PERKASA itu bacol kalau melibatkan anggota BN

    ReplyDelete
  5. MCA Hina Islam, UMNO/Perkasa Buat Apa? buat bodoh la

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.