Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.
"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.
"Biarpun Umno boleh berbangga dengan pelbagai pencapaiannya sebelum ini, tetapi sebagai sebuah parti politik, ia perlu prihatin dengan perubahan dalam landskap politik hari ini yang berbeza.
"Dunia telah berubah dalam banyak cara dan hari ini kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru, dan Umno sebagai sebuah parti politik, kita sendiri perlu melakukan perubahan secara berterusan, malahan kita perlu melakukan pembaharuan dan mentransformasi diri kita supaya kita dapat dilihat sebagai sebuah parti yang dinamik, dan itulah cabaran terbesar bagi sebuah parti yang telah berkuasa terlalu lama," semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.
Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.
"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."
Najib berkata selepas melalui banyak era, daripada perjuangan bagi mencapai kemerdekaan, menentang pemberontakan komunis, membawa pembangunan dan perindustrian, Umno kini menuju ke fasa lebih menarik kerana ini akan menjadi fasa terakhir terhadap apa yang disifatkan sebagai benar-benar menarik dan menyatukan semua rakyat Malaysia.
"Semasa perdana menteri sebelum saya Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata, mari kita hantar orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat.
"Saya beritahu Dr Mahathir, anda buat bahagian yang mudah, anda lakukan bahagian "apa", tetapi saya perlu lakukan bahagian "bagaimana"," katanya secara berseloroh.
Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.
Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.
"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.
"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya. -MK
reformasi UMNgOk ialah RM, RM, RM!!!
ReplyDeleteParti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia.
ReplyDeleteUMNO tiap kali berkata kita akan rampas semula negeri-negeri yang dipegang oleh Pembangkang jadi sahlah UMNO itu huruf penuhnya U=Untuk, M=Merampas, N=Negeri, O=Orang.
ReplyDelete