Friday, November 18, 2011

MB S'gor: Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya.

12 comments:
Write comments
  1. Kita tunggulah pengumuman rasmi daripada kerajaan tentang soal tarikh pilihan raya yang sebenar.

    ReplyDelete
  2. Bersedialah untuk membuat pengundian bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. tarikh PRU pun kita belum tahu lagi bila.

    ReplyDelete
  4. tapi lebih baik adakan pilihanraya negeri dan umum serentak.

    ReplyDelete
  5. terserah kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bila beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.

    ReplyDelete
  6. apa pun baik tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  7. Eh, bolehkah juga Selangor memilih untuk tidak sertai p/raya?

    ReplyDelete
  8. Biasanya PRU dibuat pada bulan Mac. Tapi tidak tahulah pula PRU13 ini.

    ReplyDelete
  9. mungkin PRU-13 juga akan diadakan sekitar bulan Mac dan April.

    ReplyDelete
  10. tidak heran la.. sebelum ini pun pemimpin2 Pakatan pernah buat kenyataan supaya tidak melaksanakan pilihanraya serentak dengan kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  11. tunggu dan lihat apa nasib Selangor lepas PRU nanti.

    ReplyDelete
  12. Keputusan itu terpulang dengan KM Selangor sendiri untuk membubarkan DUN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.