Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang
Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.
Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.
Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.
Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negerinegeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.
“Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang” katanya.
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Tuesday, November 22, 2011
BN bakal tewas di Pahang, Johor dan Melaka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN akan tersungkur di kebanyakan negeri di Semanajung cuma rakyat Sabah dan Sarawak saja yang masih menyokong kerajaan pengemis kepada rakyat
ReplyDeletediharapkan wind of change jg akan berlaku di sabah n sarawak, sekurang-kurangnya utk menafikan penguasaan 2/3 oleh UMNObigdog...
ReplyDeletemana mungkin BN kalah di negeri -negeri berkenaan dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh prestasi BN.Melaka semakin maju dengan pelanconganye .Pahang melalui pelaksanaan projek Lynas yang akan membuka peluang kerja baru dan fitnah tidak berasas yang dilemparkan pembangkang berjaya ditangkis..Jangan lupa pembangkang hanya tau bercakap sahaja walhal isu air di kelantan x selesai2
ReplyDeleteGenarasi muda berilmu tidak mudah diperbodohkan oleh kerajaan dan dunia IT menambah cepat lagi berita keseluruh Malaysia berkenan permasalahan rayat.ORANG muda mungkin penentu PRU 13 dan tidak mustahil negara berubah pemerintahan.
ReplyDeleteMungkin Malaysia akan berwajah baru dan pemerintah baru selepas PRU 13.
ReplyDeleteBetul itu sdra pemerhati Melaka sudah membina rumah untuk gadis yang hamil tiada suami. Inilah kejayaan besar BN najis yang disokong oleh golongan muda! BN pun tau cakap saja nak janji selasaikan masalah PATI di Sabah tapi sampai sekarang minta tubuh RCI pun BN najis takut! Inilah yang kamu sokong sangat BN najis! Tak lama lagi kita jadi pelarian di buni sendiri.
ReplyDeleteUMNO sabah akan tersungkur...dan ketika itu, hanya parti tempatan sabah menjadi harapan untuk BN menang di sabah...maka pada ketika itulah kita boleh menuntut apa sahaja yang baik untuk rakyat sabah
ReplyDeleteperalihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, kat sabah kalau tidak ada tampias baru nak mengundi, di bagi enjin sangkut, tangki terang la biji matanya.
ReplyDelete