Sunday, November 20, 2011

Badaruddin Akan Tentang Shafie Apdal?

LAWATAN Presiden USNO ke Pantai Timur Sabah yang diadakan minggu lalu bersama rombongan AMT USNO dari kawasan itu mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan mendapat pelawaan untuk bertanding di Pantai Timur pada PRU ke 13 di kawasan Semporna.

Selaku Presiden Penaja Parti itu, beliau telah mengadakan lawatan ke 4 kawasan Parlimen Pantai Timur Sabah, di antarannya Parlimen Kalabakan, Parlimen Tawau, Parlimen Semporna dan Parlimen Silam kerana kesemua Parlimen ini adalah kubu kuat USNO sebelum dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 2004.

Lawatan dan perjumpaan beliau dengan kesemua wakil 12 Dewan Undangan Negeri di kawasan itu diantaranya Tanjung Batu, Merotai, Sebatik, Apas, Balung, Sri Tanjung, Senallang, Bugaya, Sulabayan, Kunak, Lahad Datu dan Tungku; telah disambut oleh penyokong USNO di sana yang kebanyakannya, buat masa ini masih memegang keahlian UMNO atau berjawatan dalam kerajaan UMNO di negeri ini, sebagai PJKKK, Ketua Kampung, Wakil Anak Negeri, Ketua Daerah, pegawai kerajaan serta guru-guru yang sedang bertugas dan yang sudah pencen.

Lawatan beliau diiringi bersama beberapa AMT USNO, Datu Arifin Datu Abdul Salam, Mohd. Abdillah Timbasal, ke Parlimen Semporna diadakan di kediaman Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh bertempat di Kampung Air Semporna; hanyalah bersebelahan dan kurang 100 meter dari kediaman mantan TYT Sabah dan Mantan Ketua Menteri Pertama Sabah dari UMNO, Tun Sakaran Dandai.

Sambutan hangat di kalangan Veteran USNO dan golongan pemuda serta belia di Daerah itu telah disambut oleh ketua-ketua Penaja USNO kawasan Parlimen Semporna iaitu Abdul Karim Ahmad, Mamat Balhana dan Piramli Barahim dan beberapa pemimpin tempatan daerah itu.

Dua kuat orang kuat mantan AJK Bahagian USNO Semporna yang terlibat membawa UMNO ke Sabah, khasnya Bahagian Semporna secara rasmi meminta beliau untuk bertanding di kawasan Semporna semada di Parlimen atau mana-mana DUN yang ada di kawasan itu bagi menentang sesiapa sahaja calon BN di sana, telah mendapat sokongan penuh daripada hadirin.

Sementara itu, di Parlimen Tawau terutama di Dun Balung, Ketua Penaja kawasan itu Mohd. Abdillah Timbasal bersama AJK Penajanya sebulat suara meminta beliau untuk bertanding di Dun Balung pada PRU ke 13 kerana Dun Balung adalah kubu USNO yang terakhir dan pernah dimenangi oleh Wakil Rakyatnya Datu Ismail Jook.

Manakala dalam lawatan beliau ke Parlimen Kalabakan, beliau telah disambut oleh pemimpin USNO di kawasan itu yang diketuai oleh Hakim Tawe Tanjung Batu, Salahuddin Albauddin (Sebati)k dan Abu Bakar Jambuan (Merotai).

Mantan Ahli Majlis Tertinggi USNO, Haji Ahmad Awang turut sama menyertai rombongan Badaruddin di kawasan Tawau.

Dalam perjalanan ke Lahad Datu dan Tungku beliau singgah di Kunak salah satu kawasan kubu USNO yang pernah di wakili oleh abangnya, Datuk Abdul Hamid Bin Tun Datu Mustapha dan mendapat sambutan dari kalangan AJK Bahagian UMNO serta beberapa orang Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu.

Mereka turut mengalu-alukan bahawa akan terus memberikan sokongan kepada beliau jika bersedia menyambung perjuangan Allahyarham abangnya di Kunak yang pernah memberi tanda mata kepada rakyat kunak dengan pembinaan salah satu sekolah terbesar di Sabah iaitu SMK Madai, Kunak Sabah.

Di Lahad Datu beliau telah disambut oleh ketua penaja kawasan itu Azlan Tsen Abdullah yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan AJK Penaja Tungku dan Lahad Datu bagi memberikan sokongan penuh kepada perjuangan beliau menghidupkan USNO semula di Negeri Sabah.

Kawasan pantai Timur Sabah adalah kawasan dan kubu kuat USNO kerana terdapatnya 4 parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri yang pernah diwakili kesemunya oleh Parti USNO.

Oleh : MEDIA USNO (sabahkini)

45 comments:
Write comments
  1. Harap rakyat akan menilai dengan bijak parti-parti yang datang merayu undi. Undilah parti yang terbaik untuk masa depan Sabah.

    ReplyDelete
  2. PRU-13 dah semakin menghampiri, rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi perlulah daftar segera.

    ReplyDelete
  3. Setiap undian amat penting dan berkebolehan menukar sejarah Sabah. Hargai lah setiap undian dan membuat penilaian dengan betul.

    ReplyDelete
  4. "Di Lahad Datu beliau telah disambut oleh ketua penaja kawasan itu Azlan Tsen Abdullah yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan AJK Penaja Tungku dan Lahad Datu bagi memberikan sokongan penuh kepada perjuangan beliau menghidupkan USNO semula di Negeri Sabah."

    Inilar usaha yang rakyat mengidamkan dan semoga usaha semua pihak bagi penghidupkan USNO juga mendapat kejayaan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  5. Masa depan anakmudda berada di tangan setiap rakyat di Sabah. Menilai dengan betul-betul, parti manakah yang berdedikasi dan sanggup memperjuangkan yang terbaik untuk semua rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Elakkan projek IC, undian hantu dll. Pilihanraya harus dilaksanakan dengan adil, bersih dan terbuka.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin seharus membuat lawatan sebegini supaya lebih mendekati penduduk dan berkebolehan memberi bantuan dan perhatian yang lebih wajar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. Good luck to USNO. Semoga sambutan ini dapat menambahkan semangat USNO supaya lebih berusaha untuk semua rakyat.

    ReplyDelete
  9. "Dua kuat orang kuat mantan AJK Bahagian USNO Semporna yang terlibat membawa UMNO ke Sabah, khasnya Bahagian Semporna secara rasmi meminta beliau untuk bertanding di kawasan Semporna semada di Parlimen atau mana-mana DUN yang ada di kawasan itu bagi menentang sesiapa sahaja calon BN di sana, telah mendapat sokongan penuh daripada hadirin."

    BN masih kuat di Sabah. Walaubagaimanapun, politik susah untuk diramal, berkemungkinan banyak yang melompat parti di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  10. "Selaku Presiden Penaja Parti itu, beliau telah mengadakan lawatan ke 4 kawasan Parlimen Pantai Timur Sabah, di antarannya Parlimen Kalabakan, Parlimen Tawau, Parlimen Semporna dan Parlimen Silam kerana kesemua Parlimen ini adalah kubu kuat USNO sebelum dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 2004."

    Perjuangan baru oleh USNO. Harap USNOmasih mendapat sokongan dan sambutan walaupun dibubarkan beberapa tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  11. Jika tiada projek IC, PATI dll sindiket, pasti PRU akan datang akan menjadi persaingan giat antara parti. Semoga Permohonan USNO dapat diluluskan.

    ReplyDelete
  12. USNO masih mendapat sambutan walaupun dibubarkan dahulu. Harap, usaha USNO demi rakyat dapat dibuktikan dan rakyat tetap akan mengundinya.

    ReplyDelete
  13. USNO mungkin menjadi saigan kuat bagi UMNO sekiranya dibenarkan bertanding apathlagi ahli UMNO sebenarnya adalah ahli USNO.Apapun bersaing cara sihat.

    ReplyDelete
  14. Pemimpin yang prihatin adalah pemimpin yang mahu mendengar suara rakyat dan melawat rakyat.

    ReplyDelete
  15. rakyat pandai2lah menilai keikhlasan pemimpin2 yang ada.

    ReplyDelete
  16. Cicit Paduka Mat SallehNovember 21, 2011 at 6:16 PM

    Kalau Parti USNO tidak dapat didaftarkan secara sah kerana sabotaj dicadangkan agar pemimpin2 USNO bertanding atas tiket BEBAS. HIDUP!!! USNO!!!

    ReplyDelete
  17. Harap rakyat tau menilai mana yg betul2 ikhlas menbantu rakyat..

    ReplyDelete
  18. Harus sentiasa melawat kawasan masing2 untuk mengetahui apa masalah rakyat dan dapat lebih dekat dengan rakyat...

    ReplyDelete
  19. semoga perjuangan USNO ini mendapat sambutan ramai

    ReplyDelete
  20. semoga USNO masih diminati ramai

    ReplyDelete
  21. harap parti USNO berjaya

    ReplyDelete
  22. namun, kemenangan/kekalahan sesuatu parti, semuanya bergantung pada rakyat Sabah di PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  23. kita tunggu sahaja keputusannya nanti

    ReplyDelete
  24. i hope they will fight with clean and fair.

    ReplyDelete
  25. Biar rakyat sendiri yang menentukan pemimpin yang paling sesuai untuk memimpin mereka.

    ReplyDelete
  26. Baik kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  27. jika USNO berjaya dihidupkan semula, kita tgk adakah sokongan terhdap USNO masih kuat.

    ReplyDelete
  28. apapun, semoga USNO dpt lakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  29. rakyat pandai-pandailah menilai mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  30. apa pun, tunggu dan lihat sajalah..kebanyakan rakyat pasti tahu mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  31. Tungglah jawapan mereka, janganlah menggunakan tangan kotor pula.

    ReplyDelete
  32. Jika USNO dihidupkan semula, maka akan lebih meriahlah dunia politik di Sabah.. harap semuanya akan berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  33. dulu dia bubar sebab mahu memberi laluan kepada umno.. sekarang dia mahu hidupkan balik usno dan bersaing dengan umno.. peh..

    ReplyDelete
  34. Tentang saja kalau mampu. Orang bilang ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete
  35. Recycle is good for the environment. But 'recycle' leader or party? I'm not so sure.

    ReplyDelete
  36. USNO kepingin sudah bertanding dalam PRU tapi nampaknya sampai sekarang belum ada kelulusan untuk jadi parti politik mahupun badan NGO.

    ReplyDelete
  37. perjuangan USNO sebagai parti politik mungkin hanya tinggal sejarah. ada juga ura2 yang mengatakan mereka akan bergabung dengan USBO jika benar USNO tidak dapat kelulusan dari RoS.

    ReplyDelete
  38. Nampaknya tetangan hebat untuk Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  39. Mampukah Badaruddin menentang Shafie? Mungkin sukar untuk kita memastikan jawapannya. Maka PRU13 keputusan segala pertanyaan itu.

    ReplyDelete
  40. USNO masih lagi tergantung..Belum ada kelulusan diberikan kepada USNO.

    ReplyDelete
  41. USNO merupakan parti lama tempatan Sabah yang dahulu sangat berpengaruh. Tetapi telah lama dibubarkan disebabkan hal tertentu. Tapi sekarang mahu dihidupkan semula. Masih belum ada kepastian.

    ReplyDelete
  42. Nampaknya Shafie perlu memperbetulkan kelemahan yang ada dengan diri beliau bagi memastikan sokongan penduduk Semporna akan terus berpihak kepada beliau.

    ReplyDelete
  43. usno merupakan parti lama tempatan sabah yang dahulu sangat berpengaruh tetapi bila kemasukan UMNO pengaruhi telah bertukar kepada UMNO..hidup usno

    ReplyDelete
  44. Usno sudah mengikuti Star sekarang, terpulanglah kepada rakyat sama ada mereka masih releven ataupun tidak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.