Dewan Pemuda PAS menjejaki satu lagi operasi dipercayai sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing secara tidak sah di Pusat Latihan KIWA di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat Adram Musa ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mengesan perkara itu petang tadi dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Menurutnya, kira-kira jam 5 petang tadi, orang ramai melihat sekumpulan warga asing berada di situ dan dilihat seperti sedang dipindahkan dari bilik latihan tersebut.
"Pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan telah menahan lima orang suspek yang cuba melarikan diri.
"Apa yang mencurigakan kita, agen atau penganjur nya kita dapati orang yang sama dalam kes serupa yang berlaku di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putra Jaya tempoh hari," katanya.
Kesemua suspek tambahnya, berjaya ditahan dan telah dibawa ke balai polis IPD Sepang.
"Kita serah kepada polis menyiasat kes ini," katanya lagi.
Oktober lalu, sindiket serupa dipercayai ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan melakukan operasi tersebut di sebuah resort berhampiran Putrajaya.
Ketika itu, enam buah bas didakwa membawa warga asing dibawa ke resort tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman mendakwa bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan.
Namun alasan itu dibidas Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
Suhaizan mendakwa, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat malah tiada keperluan warga asing mengikuti kursus usahawan kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia. -HD
Thursday, November 24, 2011
Lagi 'sindiket IC' warga asing dikesan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah UMNO yang kerjanya saban hari memberi IC kepada PATI
ReplyDeleteKPD sepang pun bangang jg. knp memberikan kursus keusahawanan kpd org asing? knp rakyat sendiri x diberi bantuan seumpamanya? x masuk akal. mungkin beliau adalah produk akademi pengajian donkey UMNgOk!!!
ReplyDeleteAlamat tergadailah negaraku Malaysia kepada PATI akibat BN/UMNO,ayooo kita ubah di PRU 13 nie.
ReplyDelete