TERLALU sukar untuk mentafsir definisi demokrasi di Malaysia pada hemat saya sebagai seorang mahasiswa.
Menilai atmosfera politik lokal, jalur ekonomi dan orbit sosial negara seakan mengiya-iyakan pendapat saya bahawa nilai demokrasi Malaysia semakin merudum jatuh. Buktinya, anak muda yang bergelar mahasiswa seperti kami dilayan seperti budak kecil yang masih menyusu badan.
Pemikiran dan pergerakan kami dilimitasikan dengan aktaakta lapuk yang bersifat ortodoks.
AUKU ternyata membantutkan pembangunan kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa.
Anak muda seperti kami dikatakan masih belum mencapai akil baligh untuk layak bercakap mengenai politik.
Suatu enigma yang sudah lama terbenak di hati, bilakah masanya yang dikatakan kami sudah akil baligh untuk bercakap mengenai politik?
Adakah pada masa negara sudah jatuh terlingkup dek tangan tangan kotor kerajaan korup masa kini?
Itukah garis masa yang sesuai? Anak muda di Malaysia mesti pantas menyahut cabaran dan bingkas melawan.
Kita tidak sepatutnya tegar membiarkan negara diperkosa kesuciannya oleh penguasa bernafsu serakah buas.
Jangan lagi menelan bulat-bulat pada segala yang disuap kerajaan. Buanglah segala topeng pak angguk yang selama ini terlekat kemas di muka dan tepislah tangan penguasa bertopengkan syaitan yang selama ini menadahkan masa depan yang bersifat delusi kronik.
Rentetan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung AUKU, revolusi kebangkitan mahasiswa semakin memuncak darjahnya.
Kini, tiba masanya mahasiswa disalut hormat sang penguasa kerana mahasiswa bukan lagi pejuang jumud seperti yang mereka labelkan.
Picis-picis perjuangan anak muda mampu menggerombolkan suatu kuasa ampuh untuk melenyapkan kuasa “veteran” yang ada.
Usah tunduk dengan birokrasi dungu pemerintah yang sebenarnya dilema dan takut dengan bayangbayang sendiri.
Niat kerajaan untuk membawa keputusan Mahkamah Rayuan ke Kabinet jelas mendedahkan gejolak cemas kerajaan melihatkan situasi semakin ramai anak muda murtad daripada menganut dasar fasis kerajaan.
Kini, tiba masanya mahasiswa bergasak di gelanggang sebenar.
Andai kita masih berteleku membiarkan hak demokrasi kita dikuburkan tanpa nisan oleh pemerintah zalim, maka layaklah kita digelar anak muda yang bacul dan dayus.
Sudah terlalu lama telinga kita ditulikan, hak-hak kita dimandulkan dan suara kita dibisukan.
Sedarlah bahawa hedonisme sedang membunuh negara kita dalam senyap. Belum terlewat untuk kita membina semula ketamadunan holistik di atas ketulan runtuhan demokrasi yang dipandirkadukkan selama ini.
-Detikdaily
Tuesday, November 22, 2011
Telah tiba masa mahasiswa bangkit !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
knp student dilarang melibatkan diri dgn politik sdgkan mereka inilah yg akan mewarisi pentadbiran negara? UMNO yg bertindak 'membonsaikan' pemikiran rakyat mungkin takut sbb golongan inilah yg tahu mencari maklumat sebenar ttg sebarang isu n seterusnya tahu membuat penilaian rasional mengenainya. kebangkitan student/generasi muda adalah trend global n x mungkin UMNO mampu menafikannya...kpd generasi muda keseluruhannya, STAND UP 4 YR RIGHTS!!!
ReplyDeleteGenerasi muda penuh ilmu dan semagat berkobar mencuba untuk perubahan tambah baik,ayo kita gegarkan PRU 13 agar Malaysia tahu Remajalah penganti pemerintah masa depan.
ReplyDeleteUMNO sekarang takut dengan bayang bayang sendiri hingga bayang sendiri pun di anggap hantu!
ReplyDelete