Tuesday, November 22, 2011

NFC : Keluarga Shahrizat 'guna' dana biayai umrah?

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

NONEBeliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

azlanSebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli. -MK

4 comments:
Write comments
  1. bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

    ReplyDelete
  2. Dakwaan Saifudin Nasution sudah dijelaskan secara terperinci oleh pihak NFC mahupun kerajaan dan segala dakwaan Saifudin Nasution terbukti tidak berasas.Adakah beliau sengaja ingin menjatuhkan sebuah syarikat yang anak Melayu mengusahakanya.Diakui,pengarah NFC merupakan suami kepada seorang menteri tetapi kajilah siapakah beliau.Dan fikirlah samada beliau layak atau tidak berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang berkaitan.NFC merupakan projek yang membawa pelbagai faedah pada masa hadapan.Jangan nafikan

    ReplyDelete
  3. dear pemerhati:

    1. RM250j dikeluarkan sb pinjaman utk piara sapi, bukan utk tujuan lain.
    2. peruntukan tersebut dikeluarkan tanpa pelan pembayaran balik. kc percuma la itu kan...
    3. NFC sebenarnya x ada pun kepakaran dlm bidang ini. mcmana loan boleh approved?
    4. production x mencapai target.
    5. hasil daging drpd NFC dijual dgn diskaun [di bawah market price] kpd rangkaian restoran milik shaJILAT. double cropping kan...


    ketahui fakta2 anda supaya x menjadi laughingstock!!!

    ReplyDelete
  4. Sdra Pemerhati, kalau saya mohon pengeluaran KWSP untuk membeli rumah tapi kemudiannya saya tak beli rumah tetapi saya gunakan wang itu untuk beli kereta bolehkah? Atau saya tak beli rumah tapi wang itu saya gunakan untuk belanja kahwin bolehkah? Duit saya jugakan bukan duit Najib pun! Jadi tolong bagitahu kerajaan Najib kalau keluarga Sarijat boleh guna wang dari kerajaan untuk tujuan lain izinkan saya sebagai pencarum KWSP ( duit saya sendiri) untuk mengeluarkan wang KWSP untuk berniaga!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.