Ada seseorang bertanya soalan dalam Facebook tentang status gaji para artis yang berlakon atau menjadi model; apakah hasil gaji mereka itu halal atau haram. Mendapat persoalan sebegitu, terasa agak pelik. Mengapa persoalan sebegini dibangkitkan.
Diberitahu bahawa dalam TV 3 baru-baru ini, kononnya berlaku sedikit perkelahian antara seorang ustaz dengan dua orang artis tentang status gaji itu. Ustaz terbabit tetap berkeras menyatakan bahawa gaji artis atau model adalah haram, jika dalam lakonan mereka itu ada unsur yang haram, seperti membuka aurat dan seumpama dengannya.
Secara peribadi, aku menganggap bahawa tindakan menyatakan hasil atau gaji artis yang bekerja dalam bidang lakonan atau nyanyian atau model yang membuka aurat sebagai haram secara mutlak adalah satu tindakan yang gopoh, dan tidak sepatutnya berlaku.
Mengapa aku menyatakan demikian? Mari kita perhatikan dari sudut penghujahannya.
Pertama;
Hukum haram itu, tidak boleh dilihat dari satu bentuk sahaja. Ini kerana, dalam pengajian ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, hukum haram itu hendaklah dilihat kepada dua bentuk, iaitu haram mutlak dan haram liwasfih (melayu : haram berfaktorkan sifat). Lalu, haram liwasfih ini terbahagi pula kepada dua pula, iaitu haram liwasfih al-mujawir dan haram liwasfih al-lazim.
Maksud haram mutlak adalah sesuatu itu adalah haram yang tidak ada ruang untuk menyatakannya sebagai halal. Ia seperti Allah SWT mengharamkan makan daging babi yang termasuk juga tulang dan segala-gala yang berkaitan dengan babi. Dengan erti kata lain, pengharaman makan daging babi itu adalah haram mutlak.
Adapun maksud dengan haram liwasif al-mujawir adalah pengharaman terhadap sesuatu berfaktorkan sifat. Dan sifat tersebut pula, boleh direnggangkan. Contohnya adalah pengharaman solat dengan memakai pakaian curi atau berpuasa nazar pada satu syawal.
Hukum solat dalam keadaan pakaian curi adalah haram, tetapi perbuatan solat itu adalah sah. Serupa juga hukum menunaikan puasa nazar pada satu syawal, yang mana hukum puasa itu adalah sah, tetapi perbuatan berpuasa pada satu syawal itu adalah haram.
Berpuasa dan solat itu adalah amalan yang baik. Tetapi, memandangkan ada sifat yang tidak baik (haram) berdempek dengan amalan tersebut, maka ia dikira sebagai haram juga. Dengan erti kata yang lain, hukum solat itu adalah halal; hukum berpuasa itu adalah halal, ekoran itu puasa dan solat itu adalah sah. Tetapi, solat itu dilakukan dalam keadaan memakai pakaian curi, maka haramnya pada sifat curi itu. Begitujuga pada puasa yang dilakukan pada satu syawal. Dengan maksud, puasa itu adalah halal, ekoran itu ia adalah sah. Tetapi, puasa itu dilakukan pada satu syawal, maka haramnya itu pada satu syawal tersebut.
Adapun hukum haram liwasfih al-lazim pula adalah haram pada sifat. Sifat tersebut pula, tidak boleh berenggang langsung, tidak sepertimana pada haram liwasfih al-mujawir. Ia diumpamakan seperti hukum haram riba.
Riba merupakan sifat kepada jual beli. Tetapi, apabila disebut riba, mesti ia berkaitan dengan jual beli, sedangkan tidak semua jual beli itu adalah riba.
Kedua;
Memahami perkara ini, cuba kita perhatikan pula kepada hukum hasil kewangan yang terhasil oleh para artis yang berlakon yang mempunyai unsur yang tidak sepatutnya seperti buka aurat dan seumpamanya, seperti filem Tahajud Cinta, ayat-ayat cinta dan banyak lagi filem-filem yang lain.
Hukum berlakon tidak haram. Tetapi, dalam lakonan tersebut ada unsur maksiat seperti buka aurat dan seumpama dengannya. Ini dapat difahami bahawa haram yang dimaksudkan disini adalah haram liwasfih al-mujawir, bukan haram mutlak.
Dengan erti kata yang lain, duit yang terhasil dari lakonan itu adalah halal, tetapi perbuatan membuka aurat itu adalah haram. Makanya, unsur buka aurat itu wajib diberikan teguran dan ia tidak memberi kesan kepada penghasilan dari lakonannya, sepertimana sahnya puasa nazar, waima dilakukan pada satu syawal sekalipun.
Ia berbeda dengan lakonan bagi filem lucah. Ia adalah haram liwasih al-lazim. Dengan maksud, pengharaman tersebut memang dilihat pada sifat, tetapi sifat (lakonan lucah) itu tidak boleh berenggang dengan filem terbabit. Dalam bentuk ini, barulah duit yang terhasil dari lakonan itu adalah haram.
Dari penghujahan ini, aku mengira tindakan Ustaz terbabit yang amat mudah mengatakan duit gaji artis itu sebagai haram tanpa mengklasifikasikan bentuk-bentuk haram ini terlebih dahulu merupakan tindakan yang tidak cermat, dan sepatutnya ia tidak berlaku langsung.
Sekian
Wallahu ‘Alam.
-Bakistani
Saturday, November 26, 2011
Gaji Artis Tidak Haram?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ustaz yang mengatakan pendapatan atau gaji artis itu HARAM . . . BETUL kata Ustaz itu, sebab Ustaz tersebut adalah dari anak HARAM. ,,
ReplyDeleteBakistani u kata tak haram tetapi pendapat kau nie amat lemah sebab apa kata se orang pencuri mencuri dengan niat pinjam duit lantas merogol dan membunuh tuan punya wang so pandangan kau dari aku baca mencuri,merogol,membunuh itu haram tapi duit/wang tak haram pasal dia berusaha untung pinjam tapi terjebak pula kepada kes lain.Aku fikir perbuatan berunsur haram tak boleh digalakan kerana ia membawa keborokan malah lebih dasyat dari itu so kalau nak berlakun ikut ektika yang diharauskan senang cerita.
ReplyDelete