Wednesday, November 23, 2011

Matlamat menghalalkan cara menindas?

http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/PilihanrayakecilParlimenSibu/sibu084Dalam apa pun bentuk politik perkauman, etosnya hanyalah satu – matlamat mehalalkan cara.

Kata-kata ini yang mula diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli dalam hasil tulisannya ‘The Prince’ pada abad ke-16 telah menjadi amalan parti-parti politik, terutamanya yang berasaskan perkauman di negara ini.

Apabila kita berbicara tentang suku kaum, kita juga berbicara tentang nilai-nilai identiti, warisan, keluarga, dan sejarah kita. Itulah diri kita dan kita tidak dapat lari daripadanya.

Nama boleh ditukar, kulit yang gelap boleh dicerahkan, tetapi kaum kita tetaplah kaum kita. Oleh itu, sememangnya amat mudah di Malaysia untuk orang mengidentifikasikan politik dirinya dengan parti kaumnya. Namun mitos paling besar ialah UMNO itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah UMNO.

Perlembagaan di negara kita amat unik kerana ia secara jelas menjamin hak untuk satu kaum. Yang uniknya juga, kerana ia menjamin kedudukan istimewa kaum itu, maka definisi Melayu juga tertakrif di dalamnya.

Definisi Melayu

Mengikut Perlembagaan negara kita, definisi seorang ‘Melayu’ mempunyai tiga ciri, beragama Islam, berbahasa Melayu, dan mengamalkan adat orang Melayu. Tiada terperincian tentang definisi agama Islam, amalan dan penggunaan Bahasa Melayu, apatah lagi takrif mendalam tentang adat istiadat dan resam budaya Melayu.

Tentunya juga tiada terperincian tentang warna kulit, kesepetan atau keterbialakan mata, kepenyetan atau kemancungan hidung mahu pun bilangan bulu di badan.

Sesungguhnya apabila minda kita dijana dengan elemen permikiran rasis atau pun perkauman, terutamanya dalam bidang politik, maka kita percaya bahawa kita melakukan segalanya-gala demi bangsa kita, maka matlamat menghalalkan cara.

Pimpinan kuku besi ikonik abad ke-20 Adolf Hilter, percaya bahawa beliau sebenarnya betul dan melakukannya segala bentuk kezalima dan penindasan atas nama anak bangsa ‘Arya’.

Maka dengan itu, atas semangat bangsa dan kenegaraan, segalanya matlamatnya menjadi halal. Pembunuhan orang Yahudi dan etnik-etnik minoriti yang dianggap tidak setaraf dengan ketuanan Arya, penguatkuasaan undang-undang yang menindas dan tidak munasabah, ketiadaan sistem berdemokrasi, dan segala macam taktik yang kejam dilakukan demi mengekalkan kuasa.

Tanda-tanda yang menimbulkan kegelisahan

Di Malaysia, kita masih jauh dari itu. Tetapi tanda-tandanya telah menimbulkan kegelisahan. Kita sudah pun mempunyai Ketuanan Melayu, undang-undang yang menindas dan tidak munasbah, dan kita sedang menyaksikan kehancuran institusi-institusi negara demi mengekalkan kemandirian sebuah parti politik.

Memang tidak semua ahli-ahli parti itu selesa dengan perkembangan ke belakang ini tetapi suara mereka jarang kedengaran. Mereka pula terpaksa menerima tempelak apabila dikritik dan dikutuk atas tindakan dan amalan para pemimpin parti mereka.

Tambahan pula, wujudnya suku-suku pelampau kaum dan sebagainya yang mengutuk demokrasi dan melabel hak asasi manusia sebagai satu agama baru yang didalangi Barat. Ini juga bukan perkara baru kerana Hitler dan para pemimpin fasis, yang kebanyakan mereka bukan Islam, juga benci kepada demokrasi dan amalan liberal.

Sewaktu parti-parti pembangkang Malaysia tidak sekuat pada hari ini, para pemimpin mereka sering dihumban ke dalam penjara tanpa sebarang sebab di bawah undang undang kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Amalan media massa yang tidak pernah bebas terus menjadi alat propaganda semata-mata sehingga saat ini. Ia sudah pun mencapai tahap melampau di mana terdapatnya lagu mendewakan Perdana Menteri kini berkumandang di siaran siaran TV dan radio yang sungguh meloyakan, selain daripada berita yang bunyinya sama dengan kempen pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional.

Halal kerana kaum?

Segalanya halal kerana mereka percaya semuanya demi bangsa dan kaum mereka. Kebanyakan mereka yang menyokong gerakan perkauman biasanya mereka dari golongan yang kecewa, termasuk kelas menengah yang merasakan diri tidak mendapat projek seperti mana kroni-kroni parti, dan juga golongan bawahan yang mudah diusik emosi mereka kerana mereka jarang berpeluang meluaskan ilmu pengetahuan yang melibatkan demokrasi, hak asasi, keadilan, malah kadang-kadang tercicir dari pengetahuan agama yang lebih meluas skopnya.

Mereka biasanya dipimpin oleh seorang atu sekumpulan manusia yang berpelajaran tinggi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran mengusik perasaan dan membakar api perkauman.

Bagi golongan yang ramai, mereka kebanyakannya terdiri daripada manusia-manusia kecewa kerana tidak mendapat kerja yang baik, kurang berpendidikan, kurang bergaul dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, malah sejak sekolah mereka sudah mula berpuak-puak mengikut warna kulit dan bahasa pertuturan, dan merasa bahawa mereka tertinggal dari arus pembangunan negara. Apabila ini terjadi, mereka yang tiada nampak jalan keluar akan mempersalahkan orang lain.

Mencari jalan keluar

Jika golongan ini tidak terperangkap lebih awal, mereka mungkin menghargai nilai berdikari dan merasakan secara individu dapat berfikir dan bertindak sendiri tanpa memerlukan pemimpin politik mengajar mereka untuk membenci orang lain.

Dengan itu, mereka akan menolak sistem politik sempit berdasarkan kebencian dan perkauman ini. Golongan yang tahu membezakan buruk dan baik ini akan mula menyedari budaya Melayu sendiri mengajar gotong-royong, tolong-menolong, muhibah dan berkongsi dalam hidup bermasyarakat.

Malah, mereka lebih sedar bahawa martabat Melayu tetap terbela apabila Melayu berani berjuang dalam ombak persaingan dengan kaum-kaum lain. Malah sepatutnya mereka yang telah berpeluang belajar di luar negara sedar bahawa mereka berjaya membawa pulang ijazah tanpa perlu ada kuota kaum.

KeMelayuan mereka juga tidak hilang, bak kata pepatah ular menyusur akar tak kan hilang bisanya. Yang Melayu tetap Melayu, yang Cina tetap Cina, yang India tetap India, yang Iban tetap Iban, yang Kadazandusun tetap Kadazansudun. Yang menyatukan kita adalah bangsa (nation) kita adalah Malaysia, milik kita bersama.

Sistem politik perkauman, dan dasar pecah dan perintah selama lebih 50 tahun ini merupakan barah yang harus kita bedah dan dibuang segera demi negara kita yang tercinta ini. – Roketkini.com

3 comments:
Write comments
  1. selama 54/48 tahun, UMNObigdog dgn doktrin divide n rule + malay supremacy telah berjaya dgn cemerlang menyemai kebencian, ketidakpercayaan n kesangsian di kalangan pelbagai etnik rakyat malaysia. proses pembodohan berterusan menghasilkan rakyat yg x tahu berfikir n menyimpan akal dlm lubang pantat saiful bukhari azlan. tahniah UMNO!!!

    ReplyDelete
  2. di Malaysia ,kita bertuah kerana setiap kepentingan kaum dijaga tanpa mengabaikan satu dari yang lainya atas nama dasar muhibah dan melalui semangat ini,Malaysia menjadi sebuah negara maju .Dalam kerajaan Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai parti yang mewakili kaum dan identiti masing-masing,kesinambungan ini berterusan dan keluhuran pelembagaan sentiasa terjaga.

    ReplyDelete
  3. Betul itu sdra pemerhati keluhuran perlembagaan sentiasa terjaga di mana Datuk Tiga T bebas menayangkan video lucah di Carcosa Sri Negara tanpa gangguan polis. Syabas UMNO pengedar video lucah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.