Saturday, November 19, 2011

PAS Mahu SPRM Siasat Penyelewengan Giatmara

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Giat Mara membeli beberapa peralatan tanpa prosedur yang betul.

Mendakwa ia satu penyelewengan, Salahuddin mahu SPRM menyiasat perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas beliau membangkitkannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Suatu siasatan mesti diadakan dan SPRM mesti bertangungjawab menyiasat dan saya sebagai salah seorang panel khas SPRM di bawah Parlimen akan serah laporan ini kepada SPRM Isnin depan," kata beliau pada sidang media di lobi Prlimen hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain tidak meminta sebut harga daripada pihak pembekal sebelum membuat tempahan, peralatan juga dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.

Laporan tersebut juga langsung tidak menafikan perkara itu.

Apa yang dikesalkan, selepas ditegur Ketua Audit Negara, pihak Giat Mara hanya bertindak menghantar surat kepada pihak pembekal meminta wang lebihan dikembalikan.

Antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

"Jawapan yang saya terima daripada pegawai kementerian, saya anggap tidak munasabah.
"Mereka sudah bayar duit kepada pembekal tapi bila audit tegur baru minta syarikat bayar balik harga lebihan.

"Betapa tidak telusnya dan tidak cermatnya agensi dalam membeli barang-barang sehingga ditegur audit," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. -HD

14 comments:
Write comments
  1. hal ini mmg perlu disiasat,.

    ReplyDelete
  2. jgn biarkan penyelewengan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Harap SPRM akan berusaha menyiasat segala penyelewengan yang dilaporkan.

    ReplyDelete
  4. Baik tunggulah hasil penyiasatan daripada SPRM.

    ReplyDelete
  5. Ada saja pas nie! yalah siasatan akan dilakukan dengan kadar yang segera.

    ReplyDelete
  6. PAS hanya tahu bising tapi tidak pernah pula memberikan sumbangan.

    ReplyDelete
  7. biarlah SPRM melakukan tugas mereka..tunggu sajalah perkembangannya.

    ReplyDelete
  8. harapkan MACC siasat n ambil tindakan sewajarnya? paling2 mencipta 'superman' sj tu, tontolou kena picit oleh UMporNO...

    ReplyDelete
  9. bukan sprm memang mahu siasat ka??

    ReplyDelete
  10. Berikan laporan kepada SPRM. Pasti mereka akan menyiasatnya.

    ReplyDelete
  11. adakah ini tidak termasuk dalam laporan Audit yang telah dibentangkan?

    ReplyDelete
  12. pastikan pengurusan dan penggunaan wang dibuat dengan baik dan terancang.

    ReplyDelete
  13. Jangan saja NFA lepas siasatan dibuat. No one should be above the law.

    ReplyDelete
  14. macam mana mahu siasat sebab failnya sudah hilang ikut dengan YB nya yang telah kalah mangkali.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.